Bedah Filem: Ulasan bagi filem PK (Peekay)

Syukur alhamdulillah Allah masih bagi pinjam nyawa untuk sebarkan dakwah InshaAllah.

Maaf kepada sahabat-sahabat kerana lambat respon persoalan yg dituju pada saya untuk memberi ulasan tentang filem PK.

Sebenarnya saya dah tengok filem PK selepas beberapa hari filem ini release di pawagam India, dan saya tengok filem ni tanpa subtitle (sama juga ketika saya tengok filem 3 idiots pertama kali tanpa subtitle sebab baru release), tapi sekarang baru berkesempatan mengulas filem ini.

Kita semua kenal lead actor filem PK yang juga merupakan lead actor filem 3 Idiots (filem box-office di India), iaitu Aamir Khan. Filem arahan Rajkumar Hirani yang sememangnya amazing dan penuh dengan mesej seperti filem arahannya, Munna Bhai MBBS yang juga mempunyai moral of the story buat para doktor khususnya juga tidak kurang hebatnya.

Kini, buat pertama kali dalam sejarah industri filem Bollywood di India bahawa filem PK telah memecah rekod filem terlaris dan mencapai box-office dalam tempoh yang paling singkat. Ini kerana filem PK juga telah menjadi kontroversi di seluruh India khususnya kerana ada unsur-unsur mempersendakan agama Hindu di dalam filem berkenaan.

Jadi, InshaAllah saya akan kupas sedikit filem PK ini dan akan dikaitkan dengan ayat-ayat Quran atau hadith (jika berkaitan) serta akan cuba selitkan sedikit kesalahfahaman penganut Hindu terhadap kitab mereka.

1. Watak Aamir Khan sebagai alien yang diturunkan dari planet lain ke planet bumi dalam keadaan tidak berpakaian membawa simbolik seperti bayi yang baru lahir. Tidak tahu apa-apa, tidak kenal siapa tuhan, dan sebagainya. Jadi, yang mencorakkan si bayi adalah ibu bapa juga surrounding.

Rasulullah saw bersabda mafhumnya;

"setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kemudian kedua orang tuanyalah yang menjadikan anak itu menjadi Yahudi, Nashrani atau Majusi...."

[Diriwayat dari ramai ahli hadith termasuk Imam al-Bukhari]

2. Selepas rantai "remote control" PK (AamirKhan) hilang kena curi, dia mencari-cari sehingga banyak daerah dan negeri dia jejaki. Sampailah satu tahap dia dapat perkataan baru iaitu "bhagwan" membawa maksud "tuhan". Dia ingin tahu siapa "tuhan" yang dimaksudkan setiap manusia-manusia yang berjumpa dengannya. Mereka menyatakan "hanya tuhan mampu tolong kamu" tapi siapa "tuhan" itu? Dia pergi ke kedai berhala/patung yang menjual "bhagwan" Hindu untuk membelinya untuk try/test kefungsian "tuhan" yang orang Hindu sembah. Tapi hampa "tuhan" orang Hindu itu disangkanya telah habis bateri. Maka, bermulalah dialog akidah PK (AamirKhan) dengan penjual/pembuat patung itu.

PK (AamirKhan): kenapa "bhagwan" ni tak berfungsi, habis bateri ke? Tolong masukkan bateri lagi.

Penjual patung: Kamu mabuk ke? "Bhagwan" mana pakai bateri.

PK (AamirKhan): jadi kenapa tidak function?

Apa dialog yang paling menarik sekali ialah apabila PK (AamirKhan) tanya pada penjual itu "Siapa buat patung ni?" Dijawabnya dengan bangga "tentulah saya". PK tanya lagi "Siapa tuhan sebenarnya? Dan siapa pula yang buat/cipta kamu? Jika kamu cipta tuhan siapa pula cipta kamu?"

Penjual patung balas, "tentulah tuhan juga..."

PK tidak mahu mengalah, dia tanya lagi, "jika tuhan cipta kamu, kenapa kamu mahu cipta tuhan pula?"

Akhirnya penjual itu balas, "kamu mahu rosakkan bisnes saya ke?"

Jelas, fikirkan! Apakah message sebenar director filem ini cuba sampaikan?

Cuba kita flashback balik sejarah Nabi Ibrahim a.s yang pernah berhujjah dengan kaumnya.

Nabi Ibrahim bertanya kepada kaumnya;

“Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadah kepadanya?” (QS. Al Anbiya’: 52)

Kaumnya menjawab, “Kami mendapati bapak-bapak kami menyembahnya.” (QS. Al Anbiya’: 53)

Ibrahim berkata lagi, “Sesungguhnya kamu dan bapak-bapakmu berada dalam kesesatan yang nyata.” (QS. Al Anbiyaa’: 54)

Kaumnya menjawab, “Apakah kamu datang kepada kami dengan sungguh-sungguh ataukah kamu termasuk orang-orang yang bermain-main?” (QS. Al Anbiyaa’ : 55)

Ibrahim menjawab, “Sebenarnya Tuhan kamu ialah Tuhan langit dan bumi yang telah menciptakannya: dan aku termasuk orang-orang yang dapat memberikan bukti atas yang demikian itu.” (QS. Al Anbiyaa’: 56)

Kita juga tahu apa berlaku selepas itu, Nabi Ibrahim menghancurkan berhala-berhala itu dan sengaja dibiarkan satu berhala paling besar dan diletakkan kapak di situ. Apa dialog seterusnya? Mari baca sambungan maksud Ayat Quran di bawah.

Mereka berkata, “Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang zalim.”(QS. Al Anbiyaa’ : 59)

Salah seorang di antara mereka berkata, “Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim.” (QS. Al Anbiyaa’ : 60)

Kaumnya berkata, “Bawalah dia dengan diperlihatkan kepada orang banyak, agar mereka menyaksikan”. (QS. Al Anbiyaa’ : 61)

Nabi Ibrahim pun dihadapkan kepada mereka dan disidang, “Apakah kamu yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, wahai Ibrahim?” (QS. Al Anbiyaa’: 62)

Ibrahim menjawab, “Sebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya, maka tanyakanlah kepada berhala itu, jika mereka dapat berbicara”. (QS. Al Anbiyaa’ : 63)

“Mengapa kamu suruh kami bertanya kepada patung-patung itu, sedangkan kamu tahu bahwa mereka tidak bisa bicara.”

Ketika itulah Nabi Ibrahim ‘alaihissalam berkata,

“Maka mengapa kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikitpun dan tidak memberi bahaya kepada kamu?” (QS. Al Anbiyaa’: 66)

“ kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak mahu berfikir?” ( QS. Al Anbiyaa’ : 67)

Begitulah yang terjadi kepada PK yang semakin konfius mengapa orang menyembah patung yang tidak boleh bercakap dan tidak boleh buat apa-apa. (Walaupun dalam filem ini dia tidak bergama pada asalnya).

3. Scene Ketika PK berlari berkejaran mengejar seorang lelaki yang disangkanya "bhagwan". Scene ini dan juga scene PK letak sticker "bhagwan" di pipi sebagai self-defense adalah scene kritikan kepada penyembah-penyembah berhala, penyembah tanda salib/jesus, penyembah api/matahari, dan juga penyembah benda-benda yang dicetak/dibuat dari tangan manusia sendiri. Ini kerana dalam kitab Hindu sendiri iaitu, kitab Yajur Veda. 32:3 berkata, "there is no image of him" "He is bodiless and pure"

Mengikut hujah Dr. Zakir Naik, orang hindu sendiri tak faham kitab mereka, dan perbuatan mereka menyalahi kitab mereka sendiri. Hakikatnya, Tuhan itu tiada image, tidak berjisim, tidak boleh dipegang dan dilihat. Maka logikkah tuhan-tuhan berhala yang mereka sembah ini?

Mari kembali ke maksud surah al-Ikhlas ayat 1-4;

Allah berfirman;

Katakanlah (wahai Muhammad): " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Allah juga berfirman dalam surah as-Syura ayat 11 mafhumnya;

"Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat."

Jadi "bhagwan" sebenar, "khuda" yang sebenar ialah Tuhan yang tiada sesuatu pun yang sebanding/sama dengan-Nya.

4. Scene Tapasvi Maharaj (guruji) atau erti nama lain "messenger of god" atau "godmen" yang boleh berhubung dengan tuhan atau wakil tuhan. PK berdebat dengan guruji itu bahawa tidak ada lagi "messenger of god". PK juga gelar golongan ini "wrong number". Kerana tiada manusia yang boleh berhubung dengan tuhan kecuali Nabi dan Rasul.

Jom lihat maksud surah an-Nisa' ayat 163-165;

Allah berfirman mafhumnya;

"Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur."

"Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan)."

" Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Dalam scene "wrong number" juga PK cuba perlihatkan kepada mereka bahawa orang yang mereka anggap "messenger of god" atau "guruji" itu adalah orang yang ambil kesempatan untuk dapat duit/bisnes dan untuk jadi kaya raya dengan menyamar sebagai "messenger of god".

Para Rasul dan Nabi yang sebenar adalah mereka yang tidak mengambil imbalan/duit/apa-apa faedah dari umatnya.

Lihat maksud firman Allah dalam surah al-An'am ayat 90;

"Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk mereka; Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya."

"Dan (ketahuilah) wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah menyampaikan ugama Allah itu, tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata;...." (Hud:29)

5. Scene Sarfaraz (pegang watak Muslim), yang kononnya tidak setia kerana mostly di India dan juga mana-mana negara menyatakan bahawa Muslim tidak setia, kerana Muslim dari puak "terrorist", maka mana mungkin seorang Muslim itu setia?

Mari kenali siapa leader paling terhebat bagi orang Muslim. iaitu Muhammad BiN Abdullah. Sifatnya bagaimana? Baginda seorang yang jujur, amanah, bijak, sehingga digelar al-Amin (terlalu jujur). Allah juga berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 21 maksudnya;

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"

Bagi Rasulullah saw itu contoh teladan yang terrrrbaikkk buat kita. Jadi, siapa yang pembohong, tidak amanah, pengganas, pembunuh, tidak jujur, tidak setia dengan majikan dan sebagainya adalah tidak mengikut sunnah dan jejak Rasulullah saw.

6. Scene PK memuja kubur "orang-orang soleh". Ini biasa terjadi kepada golongan Musalman Barelvi di India. Walhal, Islam amat melarang perbuatan memuja kubur.

Salah satu perbuatan yang menggambarkan sikap ghuluw (keterlaluan) mereka di dalam memuliakan orang-orang soleh dalam kalangan mereka ialah menjadikan kubur orang-orang soleh tersebut sebagai pusat beribadah. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mafhumnya; ْ

Maksudnya:

"Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani kerana mereka telah menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai tempat ibadah."

[Hadis riwayat al-Bukhari, no. 190, 435 dan Muslim, no. 5229, 531.]

"Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah menjadikan kubur-kubur para nabi mereka sebagai tempat ibadah. Maka janganlah kamu menjadikan kuburan sebagai tempat ibadah. Sesungguhnya aku melarang perbuatan itu."

[ Hadis riwayat Muslim, no. 532]

7. Scene perdebatan antara PK dan "Guru Ji" di akhir filem. Saya cuma nak petik sikit dialog PK, "Tuhan sebenar tidak perlukan bantuan...Tuhan sebenar ialah yang mampu protect diri Dia sendiri tanpa perlukan bantuan manusia/makhluk..."

Adakah berhala itu mampu pertahankan dirinya sendiri? Siapa "tuhan" yang mampu pertahankan diri sendiri?

Rujuk Quran (2:20)

"sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

(2:255)

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)"

(59:23)

"Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya."

Terlalu banyak ayat Quran yang menunjukkan kekuasaan Allah dan bukti Allah tidak perlukan bantuan sesiapa!

Mengapa kita tidak mahu berfikir?

8. Scene PK mencari "tuhan" dengan percubaan masuk ke semua agama.

Scene pukul badan hingga berdarah. "Beating oneself bleeding". Saya akan jawab persoalan orang Hindu yang bertanya soalan ini kepada Aamir Khan di YouTube sedangkan Aamir Khan tidak baca persoalan kalian dan sudah pasti tidak menjawabnya. "Beating oneself bleeding" bukanlah dari ajaran Islam. Itu datang dari fahaman Syiah. Syiah bukan dari ajaran Islam. Rasulullah saw tidak pernah buat perkara ini malahan baginda sangat melarang perbuatan yang boleh merosakkan dan menyakitkan diri sendiri. Jadi, setakat itu sahaja ulasan saya untuk filem PK. Jika ada terbaru InshaAllah saya akan tambah lagi dan dialu-alukan bagi sahabat-sahahat yang ziarah blog DH untuk komen dan beri pandangan.

Conclusion:

Tidak perlu saya tulis panjang-panjang untuk conclude ulasan saya bagi filem PK melainkan saya cuma mahu tulis satu ayat sahaja, "The real God is unseen..." Fikirkan. InshaAllah semoga kita dapat melihat Zat Tuhan kita di Syurga nanti, Aamiin....

* Perkongsian dialog menarik Aamir Khan dalam filem PK, "Berhentilah memuja dan menyembah tuhan yang kamu cipta, dan carilah Tuhan dan sembahlah Tuhan yang menciptakan kamu..."

p/s:

Bagi yang minta pada saya video ulasan saya tentang filem 3 idiots boleh PM InshaAllah saya akan kongsikan hasil video yang saya edit/buat/mengulas filem 3 idiots dalam konteks education.

Terima kasih,

Lots of love, Delisha Haseena

[Novelist, Author, Writer of iluvislam.com, lyrics writer, Bollywood film Analyst]

Post a Comment

8 Comments

deeja said…
tq,delisha haseena yg telah membw sy ke entri ni,lama dh kepingin nk tgok ceta pk..filem ni membw kita kepd pemikiran mngunakkn logik akal..

"the real God is unseen but He is exist and He present Himself in His essences."

renungan~ Lihatlah Allah dr mata hati,hilangkan keraguan supaya tenang hatimu.
Delisha Haseena said…
Ur most welcome deeja:) trima ksh sudi luangkn masa bc post ini.. jika kita rajin mmbaca InshaAllah akn dpt byk ilmu dn info brguna:)

#sharing is caring... ^_^
Muhammad Alfy said…
saya kira anda bicara indonesia,ternyata melayu hehehe,bagus sekali ulasan nya tentang film PK
Delisha Haseena said…
itu bermaksud bahasa saya mudah difahami kan? :) trima kasih Sdr Muhammad Alfy atas komennya.
Unknown said…
Boleh beri pada saya bedah tok film 3 idiot. Tq
Delisha Haseena said…
Maaf lmbt reply. Sy cuba cari semula di mana saya letak softcopy powerpoint ttg filem 3 idiots. Jika jmpe saya akan share di blog ye. Tq sudi komen.
Delisha Haseena said…
Maaf lmbt reply. Sy cuba cari semula di mana saya letak softcopy powerpoint ttg filem 3 idiots. Jika jmpe saya akan share di blog ye. Tq sudi komen.
Delisha Haseena said…
@Farhan Aziz, ini dia link review filem 3 idiots. maaf lmbt.

[http://ansyuhanim.blogspot.my/2017/01/review-filem-3-idiots.html]