Kuasai bidang ILMU dengan sebaiknya



Orang yang belajar Medic dia pasti tahu selok belok tentang ilmu kedoktoran. Kerana dia pengkhususan dalam course tersebut.

Orang yang belajar Accounting lebih tahu tentang subjeknya dan kaedah kira mengira credit debit dengan baik.

Orang yang majoring in Engineering sudah pasti lebih hebat perkiraan formula mereka untuk menyelesaikan masalah matematik dengan baik.

Begitu juga Orang yang takhassus dalam Ilmu Quran Sunnah, lebih berhati hati untuk memetik ayat Quran beserta tafsirnya dan mereka lebih tahu tentang sabab nuzul ayat ayat tertentu.

Dan, begitulah juga mereka yang Khusus dalam bidang Fiqh wa Usul Fiqh lebih tahu betapa susahnya untuk mengeluarkan hukum dan berijtihad dengan berfikir. Mengistinbath Hukum daripada dalil dalil dalam Quran dan Hadith. Kerana mereka belajar mereka tahu betapa hebatnya seorang ULAMA'

Tidak lupa juga kepada mereka yang mengambil bidang Usuluddin dan Comparative religion, lebih rasa betapa sukarnya untuk memahamkan Ummat dengan menggunakan kaedah Ilmu Mantiq dan Ideology ideology yang logik bagi berhujjah dengan golongan jahil dan kafir. 

#Hormatilah Para Ulama', kerana bukan mudah nak jadi Ulama, untuk menjadi seorang yang berILMU saja belum tantu mampu, apatah lagi menjadi seorang Ulama'. Bukan mudah nak jadi ulama, dan bukan mudah nak kenal Ulama. Letakkan diri kita pada tempat yang kita kuasai. Allahu a'lam.   

Post a Comment

1 Comments

cimon said…
++Hormat para guru ^^