Rokok Makruh atau Haram?


"Ala, rokok tu makruh je la.. Bukan haram pun.. itu pun nak kecoh ke.."

Antara sebab sebab fatwa mengeluarkan rokok itu haram dan bukannya makruh ialah:

- Dulu fatwa dah keluar makruh tapi sekarang dah jadi haram, sebab perkara makruh jika buat hari hari/ selalu ia jadi haram. 

- Dalil yang menyatakan Jangan meletakkan diri kita ke dalam kebinasaan itu telah dijadikan bukti kepada kita agar menjauhi perkara yang boleh membinasakan kita seperti merokok, hisap dadah, hisap gam, dll.

- Asap yang terkeluar dari hembusan rokok itu memberi mudarat dan menyebabkan orang orang sekeliling merasa tidak senang, dan perkara yang menyebabkan jiran tetangga, orang orang awam tidak senang, adalah dikira sebagai dosa.

- Asap merupakan kesukaan jin dan syaitan dan api juga adalah kebanggaan syaitan, Syaitan berkata yang telah Allah rekodkan di dalam al Quran, "Sesungguhnya aku dijadikan dari api dan dia (Nabi Adam) dijadikan dari tanah." Maka orang yang sukakan asap dan api dekat dengan syaitan dan syaitan adalah musuh Allah dan musuh orang orang Islam yang nyata.

- Rasulullah saw dan para sahabat tidak pernah merokok. Justeru, mengapa kita perlu merokok?

- Jika kita pertikaikan takpe buat sebab makruh sahaja. Tapi jika buat benda makruh hari hari dan selalu serta kerap buat perkara makruh dalam hukum fiqhnya boleh jatuh haram.

- Beli rokok seperti beli benda yang tidak berfaedah. dan ia membawa kepada pembaziran, dan Allah berfirman dalam surah al isra', "Sesungguhnya pembaziran itu merupakan saudara kepada golongan syaitan."

#Sebagai penutup, buanglah rokok dan dekatilah Quran dan sunnah Rasul. Allau a'lam.

Post a Comment

1 Comments

cimon said…
Slalu anak2 merokok sbb lihat bapa diorang merokok. -_-"