Personality Test dan Matlamat Saya




Perkaitan di antara personaliti saya dengan matlamat saya:
Perfect  Melancholy
Selepas membuat test personaliti ini, hasil yang saya dapat ialah ‘Perfect Melancholy’. Ia sangat berkaitan dengan matlamat saya iaitu;

·         Pro-Aktif

Mampu memulakan sesuatu perkara baru dengan berani dan dengan kesungguhan. Seperti sekarang saya mahu menjadi seorang penulis motivasi dan Islamik yang berjaya, maka saya dengan bersungguh dan berani memulakan penulisan saya sendiri dan berjaya menerbitkan sebuah buku sendiri di bawah syarikat terbitan Malaysia.

·         Plans and organizes

Untuk mencapai matlamat saya ini, iaitu menjadi seorang penulis motivasi Islam yang berjaya ialah dengan memulakannya dengan merancang dan mencipta peta minda di dalam diri saya sendiri. Saya seorang yang tersusun. Jika saya ingin memulakan sesuatu kerja dan apatah lagi untuk mencapai matlamat saya, saya telah membuat peta minda saya sendiri untuk mencapainya suatu hari nanti.

·         Creative

Sebagai seorang yang ingin berjaya dan mempunyai matlamat yang tinggi. Kadang-kadang perlunya untuk menggunakan otak kiri dan kanan secara serentak. Iaitu dengan logik bercampur kreatif. Untuk mencapai matlamat kita mestilah berfikir secara kreatif untuk menghasilkan sebuah karya yang baik dan berkualiti serta diminati ramai.

·         Perfectionists

Setiap orang berbeza cara dan gaya mereka berfikir. Tetapi bagi saya, saya seorang yang mementingkan kesempurnaan. Mungkin dari segi perkara yang penting bagi saya, saya mementingkan kesempurnaan, contohnya berfikir dengan sempurna untuk menghasilkan karya saya agar penerbit menerima manuskrip saya untuk diterbitkan. Hal ini amat penting bagi mereka yang inginkan Khilafah Islamiyyah tertegak, kerana untuk menegakkan Khilafah mereka yang memerintah itu seharusnya seorang yang mementingkan kesempurnaan, dan pastinya mereka adalah orang yang sempurna imannya dan akhlaknya.


·         Detail-oriented

Dalam setiap gerak kerja dan perbualan, saya suka memberitahu dan diberitahu sesuatu perkara dengan details dan terperinci. Contohnya, jika saya mahu keluar, saya akan beritahu saya mahu pergi ke mana. Bukan hanya berkata, “saya mahu keluar.” Jadi, begitulah jika saya ingin mencapai matlamat saya. Iaitu dengan menulis sesuatu artikel, saya akan perincikan tajuk tersebut mengenai apa dan sudah pasti ia menjadi fokus yang terbaik untuk saya brainstorming idea saya dengan lebih baik.

·         Analytical

Untuk menjadi seorang yang berjaya, bagi saya pemerhatian adalah sesuatu yang sangat berguna dan penting. Saya seorang yang suka membuat pemerhatian atau observation di kaca mata saya sendiri.  Kemudian, saya akan mula bermain soalan-soalan di dalam minda saya. Saya mulakannya dengan bertanya kemudian saya menjawabnya sendiri di dalam minda dan hati. Jadi, saya lebih suka membaca dan membuat analisa serta kajian saya sendiri dan berfikir baik buruk sesuatu perkara agar saya dapat menulis tentang perkara yang saya persoalkan itu di dalam minda saya sebentar tadi.

·         Genius prone

Saya tidak pasti kenapa hasil personality test saya berakhir dengan genius prone. Saya membuat pemahaman yang agak lama dengan meneliti dua perkataan ini dengan sebaiknya. Iaitu apa maksud ‘genius’ yang sebenar? Dan apa pula maksud ‘prone’? jika diterjemahkan maksud kedua perkataan ini ialah ‘terdedah atau cenderung kepada  kegeniusan atau kepintaran yang luar biasa’. Bahasa arabnya disebut sebagai ‘Abqariyy iaitu bijaksana dan pintar yang sangat dahsyat.  Tapi, saya bukanlah seperti itu. Kerana saya seperti manusia biasa yang perlu menjalani learning process di sekolah-sekolah dan juga di universiti. Jadi, saya berpendapat kemungkinan yang dimaksudkan di sini dan juga boleh dikaitkan dengan saya sebagai ‘genius prone’ ialah bakat semula jadi yang Allah kurniakan buat saya. Iaitu, bakat menulis yang pada awalnya ia menjadi matlamat saya dan itulah yang menjadikan saya seorang yang ‘genius prone’ iaitu bakat penulisan yang Allah kurniakan buat hamba-Nya yang lemah ini. Allahu a’lam.....








Yang benar,
Delisha Haseena,
Counseling Skills trained by Sis. Syuhada 

Post a Comment

2 Comments

cimon said…
Lama sungguh tak buat "personality test". Agak2 personaliti kita akan berubah tak seiring masa?
Delisha Haseena said…
Allahu a'lam. mgkn blh brubah jika habits kita sudah byk brubah...