Perkaitan di antara personaliti saya dengan matlamat
saya:
Perfect
Melancholy
Selepas membuat test personaliti ini, hasil
yang saya dapat ialah ‘Perfect Melancholy’. Ia sangat berkaitan dengan matlamat
saya iaitu;
·
Pro-Aktif
Mampu memulakan sesuatu perkara baru dengan
berani dan dengan kesungguhan. Seperti sekarang saya mahu menjadi seorang
penulis motivasi dan Islamik yang berjaya, maka saya dengan bersungguh dan
berani memulakan penulisan saya sendiri dan berjaya menerbitkan sebuah buku
sendiri di bawah syarikat terbitan Malaysia.
·
Plans and organizes
Untuk mencapai matlamat saya ini, iaitu
menjadi seorang penulis motivasi Islam yang berjaya ialah dengan memulakannya
dengan merancang dan mencipta peta minda di dalam diri saya sendiri. Saya
seorang yang tersusun. Jika saya ingin memulakan sesuatu kerja dan apatah lagi
untuk mencapai matlamat saya, saya telah membuat peta minda saya sendiri untuk
mencapainya suatu hari nanti.
·
Creative
Sebagai seorang yang ingin berjaya dan
mempunyai matlamat yang tinggi. Kadang-kadang perlunya untuk menggunakan otak
kiri dan kanan secara serentak. Iaitu dengan logik bercampur kreatif. Untuk
mencapai matlamat kita mestilah berfikir secara kreatif untuk menghasilkan
sebuah karya yang baik dan berkualiti serta diminati ramai.
·
Perfectionists
Setiap orang berbeza cara dan gaya mereka
berfikir. Tetapi bagi saya, saya seorang yang mementingkan kesempurnaan.
Mungkin dari segi perkara yang penting bagi saya, saya mementingkan
kesempurnaan, contohnya berfikir dengan sempurna untuk menghasilkan karya saya
agar penerbit menerima manuskrip saya untuk diterbitkan. Hal ini amat penting
bagi mereka yang inginkan Khilafah Islamiyyah tertegak, kerana untuk menegakkan
Khilafah mereka yang memerintah itu seharusnya seorang yang mementingkan
kesempurnaan, dan pastinya mereka adalah orang yang sempurna imannya dan
akhlaknya.
·
Detail-oriented
Dalam setiap gerak kerja dan perbualan,
saya suka memberitahu dan diberitahu sesuatu perkara dengan details dan
terperinci. Contohnya, jika saya mahu keluar, saya akan beritahu saya mahu
pergi ke mana. Bukan hanya berkata, “saya mahu keluar.” Jadi, begitulah jika
saya ingin mencapai matlamat saya. Iaitu dengan menulis sesuatu artikel, saya
akan perincikan tajuk tersebut mengenai apa dan sudah pasti ia menjadi fokus
yang terbaik untuk saya brainstorming idea saya dengan lebih baik.
·
Analytical
Untuk menjadi seorang yang berjaya, bagi
saya pemerhatian adalah sesuatu yang sangat berguna dan penting. Saya seorang
yang suka membuat pemerhatian atau observation di kaca mata saya
sendiri. Kemudian, saya akan mula
bermain soalan-soalan di dalam minda saya. Saya mulakannya dengan bertanya
kemudian saya menjawabnya sendiri di dalam minda dan hati. Jadi, saya lebih
suka membaca dan membuat analisa serta kajian saya sendiri dan berfikir baik
buruk sesuatu perkara agar saya dapat menulis tentang perkara yang saya
persoalkan itu di dalam minda saya sebentar tadi.
·
Genius prone
Saya tidak pasti kenapa hasil personality
test saya berakhir dengan genius prone. Saya membuat pemahaman yang agak
lama dengan meneliti dua perkataan ini dengan sebaiknya. Iaitu apa maksud
‘genius’ yang sebenar? Dan apa pula maksud ‘prone’? jika diterjemahkan maksud
kedua perkataan ini ialah ‘terdedah atau cenderung kepada kegeniusan atau kepintaran yang luar biasa’.
Bahasa arabnya disebut sebagai ‘Abqariyy iaitu bijaksana dan pintar yang
sangat dahsyat. Tapi, saya bukanlah
seperti itu. Kerana saya seperti manusia biasa yang perlu menjalani learning
process di sekolah-sekolah dan juga di universiti. Jadi, saya berpendapat
kemungkinan yang dimaksudkan di sini dan juga boleh dikaitkan dengan saya
sebagai ‘genius prone’ ialah bakat semula jadi yang Allah kurniakan buat saya.
Iaitu, bakat menulis yang pada awalnya ia menjadi matlamat saya dan itulah yang
menjadikan saya seorang yang ‘genius prone’ iaitu bakat penulisan yang Allah
kurniakan buat hamba-Nya yang lemah ini. Allahu a’lam.....
Yang benar,
Delisha Haseena,
Counseling Skills trained by Sis. Syuhada
2 Comments