DILEMA CINTA REMAJA YANG SEDANG DAN MAHU BERMUJAHADAH






"Kadang kadang saya nak jaga ikhtilat (pergaulan) saya dengan dia, tapi saya takut dia sakit hati. Saya takut dia terasa hati. Saya nak jaga hati dia juga. Macam mana nak buat dia tak terasa hati?"

Saya juga selalu terfikir benda yang sama. Tapi IMAN saya membisik. 

'Hati si dia bukan mahram kamu jaga, tapi 'hati' Allah kamu tidak jaga dan tidak hiraukan.. Mana kamu nak utamakan? dia ke Allah? Apa yang Allah larang kamu buat, apa yang dia larang kamu tak buat.. Apa yang Allah suruh kamu tak buat, apa yang dia suruh kamu buat pula.. Siapa tuhan sebenarnya? dia atau DIA?'

Aku mula berfikir. Dan membuat keputusan untuk tidak berhubung dengannya walaupun dia sakit hati atau terasa hati kerana hubungan Allah yang aku perlu utamakan, bukan dia. Jika ada jodoh, pasti Allah akan temukan kembali aku dengan dia. :) 

Jadi... Saya bertindak segera! Tidak mahu menghubunginya...

Seminggu kemudian........

"Sudah hampir seminggu kamu dan dia tidak berhubung. Bagus! Teruskan usahamu untuk bermujahadah." 
Imanku bersuara.

Sebulan kemudian...........


Sekarang sudah hampir sebulan kamu dan dia tidak berhubung. "Ah, rindu pulak kat dia" hati kamu berbisik. Iman kamu pula segera menjerit "Jangan kontek dia! Teruskan bermujahadah!" Kamu pun segera mencampakkan handphone kamu ke atas katil. Dan kamu terus mengambil wudhuk dan solat serta mendoakannya. Ketahuilah Allah menilai usahamu melawan hawa nafsu. Smile. :)


Abaikan kata kata syaitan dan nafsu mu yang sesat itu!

Post a Comment

10 Comments

cimon said…
Boleh bertanya khabar tp jgn sampai perbualan itu melekakan, letakkan sempadan sblum mula bicara. Best of luck!! (^_^)
Delisha Haseena said…
Ohhh... ok.. thanx bg pndpt dn komen....
Anonymous said…
mcm kene kawen je korg ni. dah2 le.
Delisha Haseena said…
Mmg kne kawin pn.. utk mramaikan umat Rasulullah saw yg soleh wa muslih...
Anonymous said…
meramaikan umat rasulullah?

dah mula nak menjustifikasi sesuatu perbuatan yang haram.

biasalah tu.
Delisha Haseena said…
apa mksd kamu wahai anonymous??

bukankah kamu tahu bahawa Rasulullah saw adalah rasul yg trakhir??
dan ada hadith nabi saw yg mnggalakkan perkahwinan, "sesungguhnya aku suka melihat umatku yang ramai" mafhum hadth nabi...

jika salah tlg btulkan bkn mnghukum dan mmukul rata.. Allahu a'lam
Delisha Haseena said…
“Berkahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu dengan banyaknya, sesungguhnya aku akan berbangga dengan kamu berbanding umat-umat lain pada hari akhirat nanti.”

Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Daud dan Al-Hakim:

ini mksd sy ttg Rasulullah suka melihat umatnya yg ramai di akhirat nnt.. tp bukan sj kuantiti yg dibanggakan, tp kita sndiri mstilah mengkualitikan anak2 cucu2 cicit2 kita nnt supaya mnjd seorang mujahid dan mujahidah yg Rasulullah saw banggakn di akhirat kelak.. Allahu a'lam
Delisha Haseena said…
jika kita seorang pencinta sunnah baginda saw kita akan faham dgn sndirinya mksd yg disampaikan.. jika kita sendiri menolak sunnah baginda sprti pernikahan, kita takkan faham dan buat2 tak faham apa yg cba disampaikan di sini... Allahu a'lam bissowaab....
Delisha Haseena said…
“Ini dinyatakan Rasulullah s.a.w dalam hadisnya yang diriwayatkan daripada Sa’ad bin Abi Waqqas bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Berkahwinlah kamu. Sesungguhnya aku pada hari kiamat kelak akan bergembira dengan sebab ramainya umatku. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang Nasrani bertapa hidup membujang”.
Anonymous said…
wah. kagum ngan penerangan.

just nak share:

baca link ni:

http://suriliyana.blogspot.com/2012/11/muslimah-dakwah-cinta-dan.html