"Kadang kadang saya nak jaga ikhtilat (pergaulan) saya dengan dia, tapi saya takut dia sakit hati. Saya takut dia terasa hati. Saya nak jaga hati dia juga. Macam mana nak buat dia tak terasa hati?"
Saya juga selalu terfikir benda yang sama. Tapi IMAN saya membisik.
'Hati si dia bukan mahram kamu jaga, tapi 'hati' Allah kamu tidak jaga dan tidak hiraukan.. Mana kamu nak utamakan? dia ke Allah? Apa yang Allah larang kamu buat, apa yang dia larang kamu tak buat.. Apa yang Allah suruh kamu tak buat, apa yang dia suruh kamu buat pula.. Siapa tuhan sebenarnya? dia atau DIA?'
Aku mula berfikir. Dan membuat keputusan untuk tidak berhubung dengannya walaupun dia sakit hati atau terasa hati kerana hubungan Allah yang aku perlu utamakan, bukan dia. Jika ada jodoh, pasti Allah akan temukan kembali aku dengan dia. :)
Jadi... Saya bertindak segera! Tidak mahu menghubunginya...
Seminggu kemudian........
"Sudah hampir seminggu kamu dan dia tidak berhubung. Bagus! Teruskan usahamu untuk bermujahadah."
Imanku bersuara.
Sebulan kemudian...........
Sekarang sudah hampir sebulan kamu dan dia tidak berhubung. "Ah, rindu pulak kat dia" hati kamu berbisik. Iman kamu pula segera menjerit "Jangan kontek dia! Teruskan bermujahadah!" Kamu pun segera mencampakkan handphone kamu ke atas katil. Dan kamu terus mengambil wudhuk dan solat serta mendoakannya. Ketahuilah Allah menilai usahamu melawan hawa nafsu. Smile. :)
Abaikan kata kata syaitan dan nafsu mu yang sesat itu!
10 Comments
dah mula nak menjustifikasi sesuatu perbuatan yang haram.
biasalah tu.
bukankah kamu tahu bahawa Rasulullah saw adalah rasul yg trakhir??
dan ada hadith nabi saw yg mnggalakkan perkahwinan, "sesungguhnya aku suka melihat umatku yang ramai" mafhum hadth nabi...
jika salah tlg btulkan bkn mnghukum dan mmukul rata.. Allahu a'lam
Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Daud dan Al-Hakim:
ini mksd sy ttg Rasulullah suka melihat umatnya yg ramai di akhirat nnt.. tp bukan sj kuantiti yg dibanggakan, tp kita sndiri mstilah mengkualitikan anak2 cucu2 cicit2 kita nnt supaya mnjd seorang mujahid dan mujahidah yg Rasulullah saw banggakn di akhirat kelak.. Allahu a'lam
just nak share:
baca link ni:
http://suriliyana.blogspot.com/2012/11/muslimah-dakwah-cinta-dan.html