CERPEN: Aku ingin menjauhi dirimu kerana Allah



'Bila ku sedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani... bila terkeliru ku ucap nama-MU terasa diriku kembali dipandu..........'

Suara merdu Amir Ukays berkumandang di laptop perlahan...

Sambil ku renungi langit hitam di tepi tingkat bilik... hidupku rasa tenang ketika berseorangan. Dapatku amati indahnya ciptaan Tuhan... yang selama ini ku hanya nikmatinya tanpa rasa bersyukur...

“Subhanallah...” aku menitiskan air mata. Entah kenapa tiba-tiba rasa sedih melanda di jiwa. Baru malam ini aku rasakan yang rupanya aku mempunyai Tuhan. Yang selama ini Dia sangat cintakan dan kasihkan aku... ya Allah, sungguh aku insan yang hina...

Aku lipat sejadah dan telekong... solat sunat taubat aku laksanakan dengan ketenangan tadi seolah-olah meresap ke dalam jiwaku yang hina ini.. bintang-bintang yang aku renung itu berkedip seolah-olah ingin berinteraksi denganku.. aku tersenyum  melihat keindahan alam yang Allah ciptakan..

“Ya Allah, terima kasih kerana sudi menerimaku dan memelukku dengan hidayah-Mu...”
Terasa hilang peristiwa dosa-dosaku bersama dia... hubunganku yang tidak halal bersamanya banyak mendorongku melakukan maksiat kepada Pencipta.. sungguh, cinta itu terlalu buta untuk aku membezakan yang mana hak dan yang mana batil. Ku turutkan nafsuku sesuka hati... memang itulah yang diimpikan remaja kini... yang pasti terlalu besar rasanya dosa yang aku lakukan... Ya Rahman, aku belajar ilmu-Mu tetapi aku tidak ikut perintah-Mu... sungguh hina rasanya diriku...

Hari ini, malam ini dan di saat ini... aku bertekad untuk menjauhimu wahai adam... engkau telah memujuk rayuku untuk melakukan maksiat, tetapi aku tidak menyalahkan dirimu.. kerana puncanya juga adalah disebabkan aku juga yang menggodamu...

Aku berpesan kepada sahabat-sahabatku... janganlah ikut jejak langkahku yang lepas... aku sudah banyak kali termasuk dalam lubang yang sama.. abaikan bisikan-bisikan syaitan itu.. buanglah nafsu jahatmu sejauh-jauhnya.. jika mampu bernikahlah cepat, tetapi jika tidak mampu janganlah bermain dengan api cinta  yang membawa kepada jalan zina... dan berpuasalah kerana puasa itu perisai daripada segala maksiat...

Ini adalah jalan pemisah antara diriku dengan dirimu,
Hari ini aku bertekad, aku ingin menjauhi dirimu kerana Allah!

Yang benar,
Aku.....

Post a Comment

4 Comments

sitinoramira said…
isi hati saya yang tak terluah.. T_T
boleh copy x?
Delisha Haseena said…
Siti nor amira: Boleh silakan copy.. tp promote la skali blog dan page saya ni ye.. hehe ;))) terima kasih sudi ziarah...
Anonymous said…
sangat bermanfaat,, terima kasih
Delisha Haseena said…
Smaa2. Shukron sudi bc...