Mujahadah CINTA



Zaman sekarang ni, ramai yang post kat FB tentang cinta dan mujahadah cinta manusia.. Ya, bagi saya itu perkara yg baik dan harus diikuti oleh semua golongan remaja. Tapi, pernah tak terfikir hati mad'u di luar sana? Jom saya bagi situasi untuk kita mula berfikir perasaan mereka...

situasi 1:

Boyfriend: Awk, saya nak cakap ni.. Tadi saya dengar kuliyyah Ustaz Azhar kat masjid.. Saya insaf dah, saya nak clash dengan awk.. kita break up!

Girlfriend: What???? Kita dah lama bercinta.. 5 Tahunnnnnn... kenapa tiba2... (menangis teresak2)

Boyfriend: (Aduh,, ini yg aku tak tahan ni) tolonglah awak jangan menangis.. saya tak boleh tengok.. nanti saya lemah.. saya nak mujahadah!!! tidak!!!!!!!!

situasi 2:

Perempuan: (Berdoa) Ya Allah, bantulah aku melupakan si dia yang aku terjumpa di forum "Cinta High Class" tadi, hensemnya dia.. tapi adakah dia mencintai diriku juga? dia nampak alim, ya Allah.. adakah dia sudah berpunya? Ya Allah, jika dialah jodohku, berilah ptunjuk padanya agar dia melamarku... amin


*Cuba anda perhatikan, situasi mana yg lebih sukar utk mujahada? Sudah tentu situasi 1 kerana mereka sudah lama bercinta, dan mereka suka sama suka.. susah untuk mereka melupakan satu sama lain.. itulah mujahadah yang terhebat jika mereka mampu untuk berpisah.. B

Berbeza dengan

Situasi 2, di mana perempuan itu tak pernah kenal lelaki yang dia minat tadi, dan belum tentu lelaki tu suka jugak kat dia, dia doa supaya Allah beri petunjuk sama ada lelaki itu jodohnya atau pun tidak... itu je la paling2 mujahadah yg dia mampu buat.. tidak sehebat mujahadah bagi mereka yang dah lama bercinta... :) jadi, kepada para pndakwah di luar sana, selamilah hati mad'u.. jangan terlalu extreme menghukum mereka yang sedang bercinta.. bukan mudah nak mujahadah cinta ni.. tanya pada yang ada pengalaman^^ 

salam mujahadah dari saya =) 

Post a Comment

2 Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum... akak boleh tak kalau apa2 input dr blog akk ni saya nak share di FB???
Delisha Haseena said…
Wa'alaikumussalam... silakan dik ;) moga ianya mnjadi saham pahala untuk akak juga ^^ terima kasih sudi ziarah blog akk... :)