Novel: Ini Jalan Cinta-Nya





Sesungguhnya jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis...”

Cuaca di bumi Jordan sungguh dingin. Tingkap bilik Kamar Seni di Al-Karak dibuka perlahan. Suasana seperti itu telah menyebabkan ramai pelajar-pelajar universiti Jami’ah Mu’tah ditimpa demam dan selesema. Mungkin antibody mereka yang lemah menyebabkan penyakit itu datang bertandang. Tetapi bagi Saiful Ashraf, dia sudah biasa dengan cuaca dan suasana di Mu’tah. Tambahan pula dia sudah dibekalkan oleh ibunya ubat homeopathy untuk merawat dan menjadi ikhtiar baginya berlindung dari sebarang sakit seperti demam dan sebagainya. Pepatah hikmah juga pernah menyatakan, “Mencegah itu lebih baik daripada merawat.” Mindanya teringat kepada seorang sahabat baik Rasulullah saw, iaitu Abu Bakar as-Siddiq. Beliau tidak pernah menelan sebarang ubat, kerana baginya ubat yang terbaik ialah keyakinan kepada Allah. Subhanallah... Sungguh hebat tahap keyakinannya terhadap Tuhan sekalian alam. Sungguh aku tidak mampu menjadi sepertinya. Saiful Ashraf bermonolog sendirian.
Empat tahun menuntut ilmu dalam bidang Syari’ah Fi al-Fiqh wa Usul al-Fiqh di Jami’ah Mu’tah, Jordan ini telah menyebabkan Saiful Ashraf mempunyai banyak pengalaman dan sudah biasa dengan suasana di sini. Baginya, kehidupan di sini lebih dia sukai berbanding suasana di tempat kelahirannya. Kerana di sini adalah medan ilmu dan juga merupakan bumi para anbiya’ dan para mujahidin yang berperang di jalan Allah.

Subhanallah....”  Ucapan tasbih meniti di bibir Saiful Ashraf. Melihat ciptaan Ilahi di dada langit, menjadikan dirinya serba kerdil dan sekaligus membesarkan kalimah Al-Ilaah.
“Oit! Jauh mengelamun...”  Hanif menepuk bahu Saiful Ashraf yang sedang leka termenung melihat langit melalui tingkap biliknya.
Astaghfirullah... Terkejut aku Nif.. Kalau ye pun bagilah salam dulu..”  Saiful Ashraf tersenyum kelat melihat kawan sebiliknya itu. Hanif tersenyum melihat reaksi wajah sahabat baiknya.
Asif-asif... Assalamu’alaikum Ustaz Saiful Ashraf bin Saifuddin.”  Hanif tersenyum lagi melihat sahabatnya mula melemparkan senyuman manis. Manis wajah Saiful Ashraf. Ramai siswi-siswi di Mu’tah yang jatuh hati pada pemuda ini. Bukan saja tertarik dengan wajahnya yang berkulit hitam manis dan kacak itu. Malahan, kerana mereka lebih tertarik dengan perwatakan dan akhlak Saiful Ashraf. Ramai siswa-siswa di sini mahu meneladani watak yang ditonjolkan olehnya.
“Ha... Wa’alaikumussalam. Macamtu baru nampak sopan dan sekurang-kurangnya dapat pahala...”  Saiful Ashraf melemparkan senyuman.
Na’am-na’am... Em, buat apa termenung? Ada masalah?”  Hanif memuntahkan soalan yang bersarang dalam mindanya sejak melihat sahabatnya itu termenung di tepi tingkap.
“Ish... Tak adalah. Aku teringat kat kawan-kawan lama aku kat sekolah dulu. Entah tiba-tiba teringat kat dia orang. Terutama.....” 
“Mus!”  Hanif menyambung ayat Saiful Ashraf. Acap kali Saiful Ashraf bercerita tentang sahabat baiknya itu. Mustafa mohd. Kawan zaman mereka bersekolah sejak dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Itulah salah satunya kawan baik yang paling rapat dengan Saiful Ashraf. Sebelum tidur, selepas bercerita tentang sahabat-sahabat Rasulullah saw, pasti Saiful Ashraf akan bercerita mengenai kawannya itu. Mustafa.... Yang pernah dan selalu bantu Saiful Ashraf di sekolah. Mustafa lah sahabat yang selalu backup dan mempertahankan Saiful Ashraf yang sering dibuli oleh samseng-samseng sekolah sewaktu ketika dahulu. Hanya Mustafa sahaja yang berani berhadapan dengan geng ‘Copek’ di sekolah.
Saiful Ashraf tersenyum. Dia kemudian menganggukkan kepalanya. Hanif membalas senyumannya mesra. “Tahun ni, tahun akhir aku Nif. Aku nak balik Malaysia dah. Aku ingat aku nak cari Mus balik. Entah apa dia buat sekarang. Entah-entah dah jadi ahli business man ke, kan?”  Saiful Ashraf memandang sahabatnya itu. Menunggu jawapan dan harapan baik yang dia berikan.
“Insha-Allah.. Dia mesti jadi orang hebat-hebat punya. Sebab tengoklah kawannya ni, tak ke hebat... Hehe...”  Hanif mengagumi sifat dan ilmu Saiful Ashraf. Saiful Ashraf seorang yang berjawatan di Universiti Jami’ah Mu’tah. Tambahan pula, beliau selalu menaiki pentas kerana setiap semester mendapat pencapaian yang cemerlang. Tidak dinafikan, sifat dan perwatakan inilah menjadi kegilaan para siswi di sini. Hanif dan Saiful Ashraf tersenyum mesra.


Post a Comment

4 Comments

Qawiem Khairi said…
Orang Jordan rupanya. ^^
Delisha Haseena said…
Pelaut Rabbani, Siapa mksd anda?
Anonymous said…
Hello can I reference some of the material here in this entry if I reference you with a link back to your site?
Anonymous said…
I was more than happy to find this page. I need to to thank you for ones time due to this wonderful read!! I definitely liked every bit of it and I have you saved as a favorite to see new stuff on your website.