Seminar 1453: Membina Karakter Muslim Produktif

“Kota Konstantinopel pasti akan dibuka (akan jatuh ke tangan tentera Islam). Rajanya adalah sebaik-baik raja, manakala tenteranya adalah sebaik-baik tentera..”

[Hadith direkodkan oleh Imam Ahmad]

Seminar al-Fateh ini telah dimulakan dengan Pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman. Dalam slot ini lebih diketengahkan pembongkaran strategi perang Muhammad al-Fateh.

Sultan Muhammad al-Fateh banyak mempelajari dan mencontohi peperangan Rasulullah saw untuk beliau berjaya menawan kota Konstantinopel. Dalam perang Khandaq Rasulullah saw membongkar rahsia selepas tiga percikan api yang berlaku ketika baginda saw memukul batu pada hari perang Khandaq berlaku. Tiga percikan api itu membawa maksud:-

1) Kota Yaman akan dibuka
2) Kota Romawi akan dibuka
3) Kota Parsi juga akan dibuka

Sahabat ada bertanya kepada Rasulullah saw, kota Romawi yang Rasulullah maksudkan itu adakah Kota Hercules atau Roma? Rasulullah bersabda Hercules dahulu kemudian kota Roma dan di situ jugalah Rasulullah bersabda  “Kota Konstantinopel pasti akan dibuka (akan jatuh ke tangan tentera Islam). Rajanya adalah sebaik-baik raja, manakala tenteranya adalah sebaik-baik tentera..”
[Hadith direkodkan oleh Imam Ahmad]

Dalam perang Khandaq, ia menjadi satu motivasi kepada Muhammad al-Fateh kerana lokasi perang Khandaq itu berlaku begitu jauh dari Madinah. Ia menunjukkan Rasulullah saw berpandangan jauh dan mempunyai wawasan yang tinggi.

Strategi Muhammad al-Fateh ini juga, beliau telah melaksanakan serangan dan bertindak berdasakan maklumat yang ada. Contoh, Ibnu Abbas pada zaman Rasulullah saw, beliau memberitahu tentang pakatan Ahzab dan mereka bertindak berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Ibnu Abbas itu.

Muhammad al-Fateh juga seorang pemimpin yang mempunyai ciri-ciri pemimpin "Walk the Talk". Dia cakap serupa bikin. Apa yang dia cakap, dia buat terlebih dahulu atau buat bersama-sama tenteranya. Beliau mengikut sunnah Rasulullah saw di mana Rasulullah saw turut serta dalam membina parit ketika perang Khandaq berlaku.

Kemenangan Muhammad al-Fateh bukanlah kerana dirinya semata-mata, tetapi kemenangan ini telah tercipta sejak 800 tahun dahulu lagi. Muhammad al-Fateh hanya menjadi rantai perjuangan para sahabat dahulu dan para pemimpin Islam yang terdahulu. Dengan 12 kali percubaan untuk menawan kota Konstantinopel telah menyebabkan Sultan Muhammad mampu untuk membuat strategi lain dari lain, 'out of the box thinking' sehingga  mampu melakukan aksi luar biasa yang tidak tercapai oleh akal manusia. 

Strategi Muhammad al-Fateh sebelum beliau menawan Konstantinopel ialah:-

1) Individual Preparation (Mental and Attitude)
-Beliau mendapat didikan yang mantap dari gurunya Syeikh Aq Syamsuddin al-Wali. 
-Beliau telah declare untuk menawan kota Konstantinopel ketika beliau berumur 12 tahun.
-Beliau mendapat didikan yang panjang dari gurunya dan sangat menghormati guru-gurunya.
-Beliau berada dalam persekitaran yang baik dan berpendidikan.


2) Followership Preparation  (Rakyat, tentera yang baik)
-Mereka telah ditanam semangat JIHAD dalam hati dengan menjadikan Hadith Rasulullah saw itu sebagai penguat semangat.
-Menanamkan dalam fikiran bahawa ini adalah 'Religious Duty' bukan kerja 'politik' semata-mata.
-Sultan Muhammad berfikiran 'Long-term Thinking' dengan mendatangkan ulama-ulama hebat, menubuhkan banyak masjid-masjid dan madrasah-madrasah untuk melahirkan genarasi dan rakyat yang baik.

3) Battlefield Preparation
-Material, tools... 
-Senjata-senjata terbaik
-Menyediakan pasukan gendang untuk menyuntik semangat tentera.
-Moral dan stamina yang mantap dengan sentiasa solat berjemaah dan bertahajjud serta berpuasa sunat

4) Tactical Preparation (Art of War)
-Beliau telah membaca buku 'War Rom' dan beliau telah menggubah strategi Rom itu.
-Telah membuat 'Roadblock' dari awal lagi, menahan bantuan untuk membantu kota Konstantinopel iaitu dengan membina Rumeli Hissari.
-Beliau telah melukis sendiri bentuk senjata yang akan dibuat
Beliau seorang komited dalam berkerja, telah bersama-sama para tentera untuk membina Rumeli Hissari.
5) Scientific Preparation 
-Meriam Sultan Murad II telah digubah menjadi meriam gergasi.
-Sultan Muhammad sendiri yang design meriam tersebut dan dibuat oleh Urban.
-Kekuatan ekonomi juga sangat penting kerana untuk membayar gaji kepada Urban pembuat meriam terhebat di zaman itu
-Sultan Muhammad juga mempunyai strategi yang berubah-ubah seperti Khalid bin Al-Walid bertujuan untuk menakutkan musuh dan maharaja Konstantine

  Bagaimana Al-Fateh dibentuk? Slot ini dibentangkan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Pembentukan Sultan Muhammad telah menjadikan dia seorang yang hebat sejak beliau kanak-kanak lagi. Syeikh Aq Syamsuddin al-Wali seorang ulama yang sudah nampak 'talent' Muhammad semasa beliau masih kecil lagi.

pembentukan Mikro Sultan Muhammad ialah dari segi Fikrahnya, iaitu idea seorang pemimpin. Begitu juga dengan pembentukan dari segi Makro, iaitu beliau terbentuk melalui surrounding yakni sekelilingnya. 

IBU BAPA  
Sultan Murad II Kodja merupakan Ayah kepada Sultan Muhammad
Hatice Alime Hurma Khatun seorang Nasrani/ ahli Kitabiyyah ini ialah Ibu kepada Sultan Muhammad.

Sultan Murad telah menitikberatkan pendidikan anaknya supaya Sultan Muhammad menjadi seorang pemimpin yang berpendidikan. Sewaktu Sultan Muhammad masih kecil, permainan yang dibenarkan beliau bermain ialah permainan yang membuka minda dan permainan yang membangunkan semangat. contohnya, 
-Memanah
-Berkuda

Bapa Sultan Muhammad juga merupakan seorang yang PRO-AkTIF. Dia mahu impian anaknya pada masa akan datang sama dengan impiannya. Jadi, SUltan Murad selalu bercerita tentang impiannya yang ingin membuka Kota Konstantinople.

PENDIDIK/GURU
Guru Sultan Muhammad al-Fateh ialah seorang ulama yang hebat pada zaman itu...
Antara gurunya ialah Syeikh Muhammad yang juga merupakan guru kepada Imam As-Suyuthi.
Syeikh Aq Syamsuddin al-Wali, seorang ulama yang makbul doanya dan mempunyai ilmu kasyaf.

Keluarga Bani Othman ini sangat hormat kepada ulama', beliau juga tidak pernah meninggalkan solat sunat witir dan tahajjud.

VISI & MISI ANAK MUDA 
Niat:  Sultan Muhammad al-Fateh hanya mempunyai niat yang satu, iaitu kerana ALLAH.
Semangat: Berjihad di jalan Allah. Berangkatlah walaupun berat dan dalam keadaan ringan (senang) untuk berjuang di jalan Allah.
Tekad: Menundukkan Kuffar/Musyrikin
Fikiran: Tawan Konstantinopel dengan 'kelembutan' (counted the details) semuanya diambil kira.
Jihad: Jiwa dan harta
Rindu: Perang dan Jihad serta syahid
Harapan: Pertolongan dan kemenangan daripada Allah SWT.

WASIAT AL-FATEH KEPADA ANAKNYA
-Jadilah pemimpin yang adil, soleh, pengasih.
-Lindungi rakyat tanpa pilih kasih
-Utamakan agama dan hukum Allah
-Berpenat lelahlah bersama tentera dan rakyat
-Jangan pentingkan diri sendiri


FORUM: The Art of Business (Berfikir gaya al-Fateh)
Ahli Panel: Dr Amirullah Hj Abdullah
                      Tuan Amin Idris
                      Tuan Aizuddinur


10 Strategi 'Business' gaya al-Fateh:-
1) Keterujaan (Burning Desire)
2) Mentaliti menang (Winning Mentality) 
3) Aplikasi teknologi termoden (Advance Technology)
4) Sumber manusia berkualiti (Human Resource)
5) Kajian Komprehensif (Comprehensive Research)
6) Kreativiti (Unexpected Solution)
7) Situasi menang-menang (Synergy) 
8) Pengurusan Masa (Time Management)
9) Mentor Terbaik (Best Mentor)
10) Spritualiti (God Fearing)/(Submission 100% to Allah)

Branding & Positioning 
-Menjadi suara kepada harga perkhidmatan
-Tahu kepakaran diri dan fokus bidang (Co-Business)
-Asas 'survival' business
-Relevan dalam industri

Bagaimana?
-Qualification (Akademik dan profesional)
-Penglibatan dalam organisasi sosial
-Menulis Buku
-Menulis Artikel
-Kemunculan Media
-Mega Marketing (guna apa yang ada dahulu)

Pengurusan Bisnes Islam
-Rahsia Abdul Rahman bin Auf
-Nak jadi jutawan kena cintakan Rasulullah saw
Berhijrah (dari buruk kepada baik)
-The power of words iaitu hadith Rasulullah saw menjadi kata-kata semangat buat Muhammad al-Fateh dan tenteranya. Boleh diaplikasikan kepada kita, dengan gaya bisnes iaitu:
-Saya yang baik  (Pemimpin yang terbaik)
-Staf yang baik   (Tentera yang terbaik)
-Pelanggan yang baik  (Rakyat yang terbaik)

Punyai 4 ciri-ciri Rasulullah saw iaitu:
-Amanah (Jujur)
-Siddiq (Benar)
-Fathanah (Bijak)
-Tabligh (Menyampaikan/Promosi)


Bedah Filem: Berfikir Gaya Al-Fateh: Oleh Ustaz Syaari
Rahsia sebenar kejayaan al-Fateh ialah kerana terlalu cintakan Rasulullah saw. Cinta yang terlalu hebat itu sehingga beliau mampu membuat syair yang memuji-muji baginda saw... 
Sultan Muhammad al-Fateh juga dilahirkan ketika mana ayahnya, Sultan Murad sedang membaca surah al-fath, "InnaFatahna laka fathanmubina..."

Persamaan pembukaan kota Makkah dan pembukaan kota Konstantinopel dan perkaitannya dengan surah al-Fath
1) Surah al-Fath merupakan satu ramalan Allah swt yang belum berlaku, iaitu Makkah akan jatuh ke tangan Nabi Muhammad saw.
2) Kisah keyakinan seorang Rasul, iaitu Rasulullah saw bergerak terus dari Madinah terus ke Makkah. Baginda saw bergerak mengikut keyakinan. 
Kota Konstantinopel ditawan mengikut keyakinan Sultan Muhammad al-Fateh dan gurunya, Syeikh Aq Syamsuddin al-Wali.
3) Pengkhianatan dalam perjanjian (Perlanggaran perjanjian) yang berlaku di zaman Rasulullah saw dan ketika Sultan Muhammad menjadi Sultan sementara ketika berusia 12 tahun.

Masjid Aya Sophia/Haghia Sophia di Islambol, Turki


Fetih 1453



Sultan Muhammad al-Fateh telah mempelajari gaya strategi dari Salahuddin al-Ayyubi iaitu beliau telah berfikir untuk memindahkan 70 buah kapal sehingga sampai ke Golden Horn dengan hanya satu malam sahaja.

Bendera Turki yang telah berjaya dipacakkan oleh Hassan Ulubate sehingga beliau mati Syahid dipanah pada 29 Mei 1453 






                                                                                                                                  

Post a Comment

2 Comments

Anonymous said…
This is what I have been searching in quite a few web pages and I ultimately identified it right here. Wonderful post. I am so impressed. Could under no circumstances imagine of these a point is attainable with it…I imagine you have a excellent information in particular while dealings with these kinds of topics.