Aku dilamar lelaki soleh




“Woi undertaker!”  Jerit Halim dari jauh. Serentak ke semua pelajar lelaki ‘geng samseng’ di sekolah agama menengah Bandar Baru memandang tepat ke wajah Dania Hurin.

“Apahal?!”  Dania membalas sambil mengunyah kerepek yang masih berbaki dalam mulutnya.
“Haha... Sejak bila pulak ko boleh join budak-budak skema kat sekolah ni? Tercalon pengawas pulak sekarang! Kah kah kah...”  Halim ketawa berdekah-dekah diikuti member-membernya.

“Peduli apa aku! Dah ustazah Norli yang nak sangat calonkan aku. Bukan aku nak pun...”  mendatar suara Dania membalas. Malas hendak dilayan. Getus hatinya.

Sambil menunggu ustazah masuk ke kelas. Semua pelajar membuat kerja masing-masing. Menjadi kebiasaan Dania Hurin, apabila ada masa terluang, dia pasti akan membuat kerjanya sendiri tanpa mempedulikan hal di sekelilingnya. Dia mula menyusun matlamatnya untuk menawan Baitul Maqdis suatu hari nanti. Tiba-tiba, Ain datang mendekatinya.

“Dania... tolong aku boleh?” muka Ain agak cemas. Mukanya seolah-olah mahu berlindung dari segala masalah.

“Hm... Apasal?”  sekilas mata Dania memandang wajah Ain, yang memegang jawatan exco sukan di sekolah itu.

“Tolong aku sound Razman. Dia tu tak habis-habis kacau aku la.... aku rimas...”  muka Ain mula tunjuk belas kasihan sambil menunjukkan bahawasanya dia ramai peminat. Sememangnya Ain seorang yang manis. Memang menjadi kebiasaan ramai lelaki cuba mendekatinya dan mengoratnya. Tidak seperti Dania, Dania Hurin seorang perempuan biasa yang berperwatakan selamba dan agak otai di sekolah membuatkan semua lelaki takut untuk mendekatinya, kecuali ‘geng dan member-member Halim!”

“Oh, hmm... tunggu dia datang, nanti aku sound...”  malas saja gaya percakapan yang dilontarkan Dania Hurin kepada kawannya itu.

“Thanks tau!”  Ain tersenyum sambil berjalan menuju ke mejanya.

Dalam beberapa minit selepas itu, Razman datang mula untuk menghampiri Ain, dengan sepantas kilat suara Dania bergetar di ruang kelas 5 Iman.

“Woi! Blah pergi tempat kau sekarang! Tak payah nak kacau anak dara orang la kalau hidup kau pun mak bapak kau masih tanggung...”  selamba ayat yang dilontarkan Dania ke arah Razman. Razman terkulat-kulat menahan malu. Sudah menjadi kebiasaannya, Razman memang agak takut untuk berdepan dengan Dania. Disebabkan Dania pernah mengoyakkan surat cintanya yang dia ingin berikan kepada Ain sewaktu ustazah sedang mengajar di kelas.

Srrrraappp!!! Surat comel itu dikoyakkan tanpa rasa bersalah. Dania memandang tepat ke muka Razman sambil memberi amaran kepadanya. “Kau nampak tak ustazah tengah mengajar kat depan tu? Yang kau selamba dadak ‘duk’ berutus surat dengan minah (Ain) ni apahal?! Aku pantang tengok orang biadap yang tak hormat bila cikgu sedang mengajar...”  terbeliak biji mata Razman. First time seumur hidupnya kena sound dengan seorang perempuan! Huh! Tercabar....

Toingg! Minda Razman kembali ke alam nyata. Dia segera berjalan menuju ke tempatnya. Memang ganas Dania Hurin Rahman yang sememangnya ditakuti oleh sebahagian pelajar lelaki di sekolah itu.

Pernah suatu ketika, Razlan menegur Dania di kantin ketika sedang rehat.
“Dania, aku dengar kau bergaduh dengan Halim. Uish! Gangster yek? Tak pernah ada orang berani dengan si Halim tu... kau memang dasyatlah..”  Razlan bersungguh ingin menunjukkan dirinya ‘kamceng’ dengan Dania di hadapan sahabat-sahabatnya. Dania tidak memandang langsung ke arah muka Razlan. Dia berjalan selamba tanpa mempedulikan Razlan yang menegurnya. Malas hendak dilayan. Tambah-tambah baru saja beberapa hari pergaduhannya dengan ‘Halim and the geng’ menyebabkan dia malas untuk bicara.

Selepas pergaduhan dia dengan Halim itulah ramai lelaki-lelaki di sekolah itu mula mengagumi Dania kerana berani berhadapan dengan Halim yang terkenal dengan pengacau dan samseng sekolah. Dan sejak itu jugalah dia digelar ‘undertaker’.
***

SPM semakin hampir, hari demi hari berlalu mereka semua berjaya menduduki SPM dengan selamat. Kini kesemua pelajar-pelajar sebaya Dania Hurin menunggu hari keputusan SPM dikeluarkan. Umurnya yang mencecah 18 tahun, dia sempat menjejakkan kaki ke sekolah agama menengah tinggi untuk menyambung pelajarannya dalam STAM (sijil tinggi agama malaysia). Dalam tempoh tahun itu dia telah berkenalan dengan seorang lelaki di alam maya. Pertama kali melihat blog lelaki itu, Dania mula jatuh hati. Pertama kali hatinya tertarik kepada seorang yang bernama LELAKI. Sedangkan di sekolah dahulu, dia memang susah untuk suka apatah lagi jatuh cinta kepada mana-mana lelaki di sekolahnya. Dia dapat merasakan lelaki dalam blog itu seorang yang baik, walaupun tanpa melihat muka dan belum pernah berkawan rapat dengannya. Dia mula semakin tertarik hati kepada lelaki itu apabila dia mula terbaca artikel di blog lelaki tersebut. Matanya menangkap pada sebuah tajuk artikel yang bertajuk, “Aku tinggalkan dia kerana Allah!”

Selepas membaca artikel itu, Dania segera menegur lelaki itu di laman chat blog lelaki tersebut.

daNia: Salam, suka baca blog saudara. Tambah2 lepas baca artikel yang saudara post tu... tu memang kisah saudara ke? Kalau betul kisah saudara, saya memang kagum...
comment published

Selepas beberapa hari tak online, Dania membuka komputer di biliknya. Dia online... dan segera melihat di emailnya, adakah lelaki tersebut membalas. Dan ternyata lelaki itu membalasnya...

FatHuL QawiYy: Wassalam... oh, itu bukan kisah ana.. itu kisah sahabat ana, tapi ana copy dan publish di blog ana. Shukron ukhti kerana sudi ziarah blog ana...

daNia: oh, saya ingat kisah saudara... baguslah saudara berdakwah di alam maya macamni, jarang saya jumpa, ini first time saya jumpa orang berdakwah di alam maya..

***

Hari demi hari, waktu demi waktu, kini Dania Hurin dapat melanjutkan pelajarannya di UIA, di matrikulasi Uia banyak dia menimba ilmu dan pengalaman serta mempunyai kawan-kawan yang amat peramah dan bermacam-macam jenis perangai. Dengan perwatakan Dania yang masih belum berubah, sikapnya yang selamba, perwatakannya yang agak ganas dan otai itu, masih ramai kawan-kawan yang suka berkawan dengannya, dan tidak asing lagi, Dania sering digunakan kawan-kawannya untuk menjadi ‘body guard’ atau ‘protecter’ buat mereka. Disebabkan Dania seorang yang kasar dan ganas, dia sering membantu kawan-kawannya yang diganggu oleh lelaki-lelaki miang di UIA...

“Oh, gedebeyy dah masukkk...”  jerit Hassan dengan loghat ‘kelantan’ nya sambil mengambil posisi kedudukannya di kelas.

Dania Hurin masuk ke kelas sambil membuka begnya yang disangkut senget di bahunya. Dia memandang sekilas wajah Hassan. Agak bengang juga apabila gelaran ‘gedebey’ yang diberikan itu kepadanya. Bukan itu yang dia inginkan. Cukup hormat dan kesefahaman yang dia mahukan daripada sahabat-sahabat lelakinya. Tetapi masih belum wujud sahabat lelaki seperti  itu. Hatinya mula memberontak.
***

Selepas setahun setengah di matrik UIA, Dania Hurin berpindah ke UIA Gombak. Di sana bertambah-tambah cabaran yang dia bakal lalui. Dan situlah bermulanya pelbagai ujian dan cabaran buatnya....

‘Kitna pyaara hai ye pyaar... pyaara pyaara....’  (ringtone)

Dania Hurin yang sedang sedap tidur, melihat nama di skrin handphone-nya. Nama ‘Abah sayang’ tertera di skrin handphone. Dia mula mengangkat malas.

“Hello abah... kenapa call Nia?”  suara Dania serak-serak basah sambil menahan kuap.

“Nia ni... tak habis-habis tidur... ish3... ni abah nak bagitau, minggu ni Nia balik rumah tau, ada benda abah nak bincang...”

“Bincang apa abah?” 

“ada orang masuk minang Nia...”

“What?!”  bulat mata Dania terkejut... minang?! Siapa yang masuk minang aku?! Aku tak de kenal dengan mana2 lelaki pun. Arghh! Setahu aku, mana ada lelaki suka kat aku yang ganas macamni... aduhhh....

“abah ni jangan gurau-gurau dengan Nia...”  Dania mula duduk kerana terperanjat dan tidak percaya..

“Abah pernah ke tipu Nia? Tak pelah, Nia balik je minggu ni, nanti kita bincang selanjutnya...”

***

“Ya Allah.... cuaknya aku nak berhadapan dengan keluarga dia... dah la abah kata dia belajar agama, sama macam aku.. baik, selalu pergi masjid, ada jemaah, ada fikrah, selalu join usrah, berjanggut ciput, kopiah sentiasa pakai... perghhhh!!! Layak ke dengan aku????”  Dania Hurin mula menyoal dirinya sendiri.

Dania yang mengenakan jubah labuh berwarna hijau dan tudung bidang berwarna hitam duduk berdebar-debar menunggu apa yang bakal terjadi. Dia hanya berserah. Solat istikharah yang dilakukannya semalam, menjadi kekuatan baginya untuk pasrah dan redha atas segalanya.

“Assalamu’alaikum...”  suara lelaki muda memberi salam menuju masuk ke rumahnya. Abah segera menyahut dan menjemputnya masuk. Mata Dania masih tertumpu di karpet rumahnya. Malu dan cuak untuk mengangkat wajah. Habis hilang segala keotaiannya.

“Nia, ini dia bakal suami Nia, Fathul Qawiyy...”  bulat mata Dania mendengar nama lelaki itu. Bukankah itu lelaki yang pernah dia kenal di blog beberapa tahun lepas? Atau lelaki lain tapi nama sama? Dania segera memandang wajah lelaki itu, dan ya! Ternyata dia lelaki itu! Dania kembali terimbas semula ingatannya yang dahulu dia pernah terlihat foto lelaki itu di blog. Disebabkan gambarnya yang kecil ketika itu, jadi Dania acuh tak acuh saja melihatnya.

Mindanya ligat berfikir. Adakah Allah telah memakbulkan doaku agar dikurniakan lelaki soleh? Adakah Allah telah memakbulkan doaku agar aku dikurniakan lelaki yang baik dan setia? Subhanallah.... teringat kembali bait-bait Fathul Qawiyy selepas perkenalan mereka mencecah satu tahun dahulu...

Fathul: Ana akan datang lamar Nia lepas ana habis study... ini last mesej ana dan kita tak perlu berhubung lagi sebab ana memang tak suka dengan hubungan kita yang macam ni... kalau ada jodoh, insha-Allah Allah akan permudahkan...

‘Eeii.. pelik betul lelaki ni, memang dasar lelaki! Tak setia! Dah jumpa perempuan lain, nak tinggalkan aku! Arghh... boring!

Dania Hurin malas hendak berfikir panjang. Dia kemudian tersedar dari lamunan. Tak sangka, Fathul Qawiyy memang seorang yang jujur dan setia. Dia sangat berpegang pada syari’at dan janji. Subhanallah, aku tak sangka aku dikurniakan lelaki seSoleh macamni...
***

Kini sudah setahun perkahwinan Dania Hurin dan Fathul Qawiyy... mereka dikurniakan sepasang anak kembar yang sangat comel. Kehidupan mereka bahagia setelah memilih jalan yang diredhai oleh Allah swt bukan jalan maksiat yang berbaur aroma neraka yang menyala-nyala....

“Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”

Post a Comment

5 Comments

nurul ain said…
WAA....sgt best!!!!!! hehe tahniah :)
Delisha Haseena said…
best ke? adeh... rasa mcam x cukup perasa...^^ anyway, thnx :)
Faeza Suhaimi said…
wahhh, seronok baca :)

awk tulis sendiri ye kisah ni? ada tulis buku tak? :D
Delisha Haseena said…
Ye, saya tulis sendiri.. hehe, saya ada buat novel, tajuknya Apalah Daya Hati.
Delisha Haseena said…
Ye sy buat sndiri cerita ni, , trima kasih sudi baca. kebetulan sy mmg penulis novel, tajuk nvel sy yg prtama ialah Apalah Daya Hati. tapi sy bukan pnulis famous dan hebat pun.. :-)