Diriwayatkan dalam kisah orang-orang soleh dalam Daerah Jilan di Iraq terdapat seorang pemuda yang soleh.
Suatu hari dia berehat di bawah sepohon pokok di tepi sebatang sungai. Dia terasa amat lapar. Tiba-tiba pemuda tersebut ternampak sebiji epal yang sedang terapung dibawa arus sungai. “Eh, ada epal.” Hatinya terdetik. Kerana kelaparan, dia mengambil epal tersebut lalu memakannya. Tiba2 dia terfikir, “ya Allah, aku lupa.... Epal ni pasti ada yang menanamnya, kalau tidak, masakan boleh wujud tiba2 di sini...” Dia berasa amat kesal dan takut kepada Allah s.w.t. kerana memakan buah epal yang tidak diketahui pemiliknya itu tanpa izin.
“Mungkin tuan buah epal ini berada di hulu sungai, lebih baik aku mencarinya untuk memohon maaf padanya.” Hatinya berdetik
Demi mencari tuan punya buah epal itu, dia sanggup menyusuri sungai dengan harapan akan menemui kebun epal. Memang benar telahannya. Terdapat sebuah kebun epal di hulu sungai dan beberapa pohon yang buahnya berjuntai ke arah sungai. Dia segera bertemu dengan tuan kebun tersebut. “Assalamu’alaikum, maaf tuan.. tujuan saya datang sini untuk minta maaf dan minta menghalalkan buah epal yg saya makan ni, tadi saya lapar sangat sampai terlupa untuk berfikir tentang ini, maafkan saya....”
Tuan kebun tersebut sungguh kagum dengan kewarakan si pemuda lantas menguji pemuda itu. “Baiklah, boleh tapi dengan satu syarat.”
Si pemuda tadi bersinar2 matanya kerana gembira maafnya diterima. “Apa syaratnya?”
Tuan kebun itu pun menjawab, “kamu hendaklah bekerja di kebun epal ini selama 10 tahun tanpa upah sebagai syarat saya untuk memaafkan dan menghalalkan buah epal yang telah kamu makan.”
Bagai nak jatuh rahang si pemuda itu akibat terkejut, tetapi kerana kewarakannya dia tetap menerima syarat tersebut.
Setelah tamat tempoh 10 tahun, pemuda tersebut meminta izin untuk pulang. Namun tuan punya kebun sekali lagi mengenakan syarat tambahan kepadanya.
“Ada lagi satu syarat sebelum kamu pergi.” Tuan kebun itu bersuara.
“Hm, apa syaratnya?” pemuda itu rasa bersalah, tetapi kerana ingin dihalalkan juga epal itu, dia patuh saja.
“kamu dikehendaki berkahwin dengan anak perempuan pakcik yang buta, pekak, bisu dan cacat anggota badan.” Tuan kebun itu memandang tepat ke anak mata pemuda itu menunggu jawapannya.
‘Allah... Mungkin sudah jodoh itu isteri aku, hibanya rasa hati ini ya Rahman, tapi aku tetap redha pada takdir-Mu ini ya Ilahi... Asalkan punya iman itulah paling penting..’ hatinya bermonolog. Akhirnya dia bersetuju bersetuju asalkan kesalahannya memakan buah epal 10 tahun yang lalu dihalalkan.
Tibalah saat yang dinanti-nanti, usai majlis akad nikah pemuda tersebut pun melangkah masuk ke dalam kamar untuk bertemu isterinya yang dikatakan buta, pekak, bisu dan cacat itu. Sebelum memasuki kamar, dia memberi salam. “Assalamu’alaikum...” matanya perlahan menala ke kamar tersebut. Tiba2 dia terdengar jawapannya itu dijawab lembut.
“Wa’alaikumussalaam...” lembut si isteri memberi respon.
‘Subhanallah.... adakah aku salah bilik???’ pemuda itu terkejut. Segera dia melihat wajah perempuan itu, ternyata perempuan itu cantik rupa parasnya dan tidak cacat langsung. Sempurna.... dia melihat bahawa perempuan di dalam bilik itu tidak bisu dan pekak. Dia pun lari keluar kerana menyangka dia telah tersalah bilik.
Lantas bapa mentuanya memberi penjelasan bahawa buta yang dimaksudkan ialah kerana anaknya itu tidak pernah melihat perkara yang diharamkan Allah s.w.t. Pekak yang dimaksudkan itu pula kerana dia tidak pernah mendengar perkataan lagha, umpatan dan sebagainya. Dikatakan bisu pula kerana dia menjaga lidahnya daripada mengatakan perkara-perkara yang mebawa kepada kemurkaan Allah. Manakala anggota badan yang cacat itu pula tersirat maksud anggota badannya terpelihara daripada mengerjakan maksiat.
Mendengar penjelasan itu, si pemuda tadi terharu dan bersujud syukur kepada Allah kerana dikurniakan isteri solehah seperti itu.
Hasil daripada perkahwinan pemuda yang wara’ dengan isterinya yang solehah itu maka lahirlah seorang anak yang akhirnya membesar menjadi seorang wali Allah yang masyhur dan tinggi ilmunya. Iaitu Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.
18 Comments
1- takda fakta ttg ketulenan kisah ini; nama org tu sapa, nama pemilik epal sapa, tarikh kisah bila..etc.
2- terdapat kontradik dgn prinsip Islam:
- Memakan epal yg terapung disungai, dan si pemakan itu dlm keadaan darurat tidaklah berdosa.
- dlm islam hukum memakan milik org lain adalah dgn membayar harga brg tersebut, dah selesai. Cth sebiji epal byr 50 sen sbb harganya lbh krg cmtu je. Tak munasabah kerana sebiji epal kena kerja bertahun-tahun.
- klu betul lah seseorang tu warak, dia takkan menerima pernikahan tersebut tanpa melihat si wanita, kerna ianya berlawanan dgn apa yg dianjurkan Rasulullah S.A.W supaya melihat terlebih dahulu kpd pinangan sblm menikahinya. Wallahuaklam. Sekadar menjelaskan saja, sbb kisah2 yg tak shahih mcm ni tmbhn pula bertentangan dengan prinsip Islam amatlah menjatuhkan imej suci Islam.
mana saudara tau ttg ni ye? ada rujukan dr mne2 ulamak x yg ckp kisah ni rekaan semata2? mohon share utk ana baiki smula post ini, tq...
Semoga kitapun akan digolongkan Allah dalam kalangan mereka yang mempunyai sifat wara' ini.
https://www.youtube.com/watch?v=k0mppMGKQQU