CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

mencari sinar~

Photobucket

aku dan sesuatu~

aku dan sesuatu~
something unexpected alwayz appears in our life,..is this fate or only a coincidence.....Allah knows everything.....

*i'm not a writer, i'm a mere volunteer missionary n storyteller*

"Inna Fatahnaa Laka FathanMubinaa"

Menarik di dalam~

Monday, March 26, 2012

Kisah benar: Kerana sebiji epal aku terpaksa berkahwin dengan isteri yang tidak sempurna


Diriwayatkan dalam kisah orang-orang soleh dalam Daerah Jilan di Iraq terdapat seorang pemuda yang soleh.
Suatu hari dia berehat di bawah sepohon pokok di tepi sebatang sungai. Dia terasa amat lapar. Tiba-tiba pemuda tersebut ternampak sebiji epal yang sedang terapung dibawa arus sungai. “Eh, ada epal.” Hatinya terdetik. Kerana kelaparan, dia mengambil epal tersebut lalu memakannya. Tiba2 dia terfikir, “ya Allah, aku lupa.... Epal ni pasti ada yang menanamnya, kalau tidak, masakan boleh wujud tiba2 di sini...” Dia berasa amat kesal dan takut kepada Allah s.w.t. kerana memakan buah epal yang tidak diketahui pemiliknya itu tanpa izin.
“Mungkin tuan buah epal ini berada di hulu sungai, lebih baik aku mencarinya untuk memohon maaf padanya.” Hatinya berdetik
Demi mencari tuan punya buah epal itu, dia sanggup menyusuri sungai dengan harapan akan menemui kebun epal. Memang benar telahannya. Terdapat sebuah kebun epal di hulu sungai dan beberapa pohon yang buahnya berjuntai ke arah sungai. Dia segera bertemu dengan tuan kebun tersebut. “Assalamu’alaikum, maaf tuan.. tujuan saya datang sini untuk minta maaf dan minta menghalalkan buah epal yg saya makan ni, tadi saya lapar sangat sampai terlupa untuk berfikir tentang ini, maafkan saya....”
Tuan kebun tersebut sungguh kagum dengan kewarakan si pemuda lantas menguji pemuda itu. “Baiklah, boleh tapi dengan satu syarat.”
Si pemuda tadi bersinar2 matanya kerana gembira maafnya diterima. “Apa syaratnya?”
Tuan kebun itu pun menjawab, “kamu hendaklah bekerja di kebun epal ini selama 10 tahun tanpa upah sebagai syarat saya untuk memaafkan dan menghalalkan buah epal yang telah kamu makan.”
Bagai nak jatuh rahang si pemuda itu akibat terkejut, tetapi kerana kewarakannya dia tetap menerima syarat tersebut.
Setelah tamat tempoh 10 tahun, pemuda tersebut meminta izin untuk pulang. Namun tuan punya kebun sekali lagi mengenakan syarat tambahan kepadanya.
“Ada lagi satu syarat sebelum kamu pergi.” Tuan kebun itu bersuara.
“Hm, apa syaratnya?” pemuda itu rasa bersalah, tetapi kerana ingin dihalalkan juga epal itu, dia patuh saja.
“kamu dikehendaki berkahwin dengan anak perempuan pakcik yang buta, pekak, bisu dan cacat anggota badan.” Tuan kebun itu memandang tepat ke anak mata pemuda itu menunggu jawapannya.
‘Allah... Mungkin sudah jodoh itu isteri aku, hibanya rasa hati ini ya Rahman, tapi aku tetap redha pada takdir-Mu ini ya Ilahi... Asalkan punya iman itulah paling penting..’ hatinya bermonolog. Akhirnya dia bersetuju bersetuju asalkan kesalahannya memakan buah epal 10 tahun yang lalu dihalalkan.
Tibalah saat yang dinanti-nanti, usai majlis akad nikah pemuda tersebut pun melangkah masuk ke dalam kamar untuk bertemu isterinya yang dikatakan buta, pekak, bisu dan cacat itu. Sebelum memasuki kamar, dia memberi salam. “Assalamu’alaikum...” matanya perlahan menala ke kamar tersebut. Tiba2 dia terdengar jawapannya itu dijawab lembut.
“Wa’alaikumussalaam...” lembut si isteri memberi respon.
‘Subhanallah.... adakah aku salah bilik???’ pemuda itu terkejut. Segera dia melihat wajah perempuan itu, ternyata perempuan itu cantik rupa parasnya dan tidak cacat langsung. Sempurna.... dia melihat bahawa perempuan di dalam bilik itu tidak bisu dan pekak. Dia pun lari keluar kerana menyangka dia telah tersalah bilik.
Lantas bapa mentuanya memberi penjelasan bahawa buta yang dimaksudkan ialah kerana anaknya itu tidak pernah melihat perkara yang diharamkan Allah s.w.t. Pekak yang dimaksudkan itu pula kerana dia tidak pernah mendengar perkataan lagha, umpatan dan sebagainya. Dikatakan bisu pula kerana dia menjaga lidahnya daripada mengatakan perkara-perkara yang mebawa kepada kemurkaan Allah. Manakala anggota badan yang cacat itu pula tersirat maksud anggota badannya terpelihara daripada mengerjakan maksiat.
Mendengar penjelasan itu, si pemuda tadi terharu dan bersujud syukur kepada Allah kerana dikurniakan isteri solehah seperti itu.
Hasil daripada perkahwinan pemuda yang wara’ dengan isterinya yang solehah itu maka lahirlah seorang anak yang akhirnya membesar menjadi seorang wali Allah yang masyhur dan tinggi ilmunya. Iaitu Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.


18 comments :

Anonymous said...

Kisah yg tak shahih. Sebabnya:
1- takda fakta ttg ketulenan kisah ini; nama org tu sapa, nama pemilik epal sapa, tarikh kisah bila..etc.
2- terdapat kontradik dgn prinsip Islam:
- Memakan epal yg terapung disungai, dan si pemakan itu dlm keadaan darurat tidaklah berdosa.
- dlm islam hukum memakan milik org lain adalah dgn membayar harga brg tersebut, dah selesai. Cth sebiji epal byr 50 sen sbb harganya lbh krg cmtu je. Tak munasabah kerana sebiji epal kena kerja bertahun-tahun.
- klu betul lah seseorang tu warak, dia takkan menerima pernikahan tersebut tanpa melihat si wanita, kerna ianya berlawanan dgn apa yg dianjurkan Rasulullah S.A.W supaya melihat terlebih dahulu kpd pinangan sblm menikahinya. Wallahuaklam. Sekadar menjelaskan saja, sbb kisah2 yg tak shahih mcm ni tmbhn pula bertentangan dengan prinsip Islam amatlah menjatuhkan imej suci Islam.

Delisha Haseena said...

Maaf, ana pn jahil. cuma nk tny, bukankah kisah2 ini masyhur dlm kitab spt kitab syarhul hikam? klu x silap ana....Allahu a'lam.

Anonymous said...

Ya mmg kisah ni masyhur.. tp masyhur tak bermaksud shahih. Brp bnyk hadis yg masyhur tp ianya xshahih. Apatah lagi kisah2 ulama. Ahlu al-Hadis mengatakn bhw ada golongan2 yg selalu mencipta hadis2 atau kisah2 palsu demi kepentingan mrk; cth: spt ingin m'bnrkn bid'ah mrk, atau terlalu taa'ssub trhdp tok syeikh hingga sanggup buat hadis atau kisah palsu. Dan golongan yg terkenal dlm bidang pemalsuan ni adlh syi'ah dan sufi. Allahu a'lam.

Delisha Haseena said...

Oh, ok2.
mana saudara tau ttg ni ye? ada rujukan dr mne2 ulamak x yg ckp kisah ni rekaan semata2? mohon share utk ana baiki smula post ini, tq...

Delisha Haseena said...

Satu lg nak knfm kan, setau sy kisah ini tlh dilagukn, dr kumpulan rabbani, cari pasangan tajuknya, kalau slh btolkn, tq. jd mcmne ye?

Anonymous said...

Prinsipnya mudah je ukhti. Ibn al-Qayyim tlh menulis dlm kitabnya [المنار المنيف في الصحيح والضعيف] ttg ciri2 hadis palsu (dan ia bole diaplikasikan utk kisah2 ulama). Antara ciri yg disebutkan adlh: isi kandungannya kontradik dgn prinsip islam (al-Quran dan Hadis) spt kisah ni. Jadi apa pun kisah yg berkaitan ulama atau wali ke, bila bertentangan dgn hukum atau prinsip islam ianya ditolak kerana jelas2 ia palsu. Sbb tulah nabi menegaskan umat islam spy berpegang teguh dgn al-Quran dan Sunnah, sbb apa2 pun yg bertentangan dgn keduanya adlh batil ditolak.

Anonymous said...

Yg psl dilagukan tu... tulah dlm msyrkt melayu kita ni mmg bnyk sgt beredar kisah2 palsu yg disandarkan kepada ulama, bahkan hadis palsu pun bnyk jg. Jd bila sesuatu bnda klu dah masyhur (tertulis dlm buku@kitab, dilagukan, ustaz2 cerita...etc) maka mentaliti org kita akan percaya yg bnda tu shahih lalu menelannya bulat2... :(

Anonymous said...

Satu lg nk gtau...ana pernah baca kisah ni dgn jln cerita yg sama tp ending yg beza. Klu yg ni anak dia adlh syeikh abdul Qadir, tp kisah yg satu lg anak dia adalh imam Abu hanifah.. hmmm.

Delisha Haseena said...

Aduhai... mcm2 versi ye... jd mana 1 sahih ye? Ana pn makin pening dibuatnya....

Delisha Haseena said...

Itula pasal... kdg2 kita tgk mmg byk sgt kisah2 yg brikan teladan kpd manusia, tp klu x sahih kita yg menyebarkn pula rasa brsalah.,. Allahu Robbi.....

Delisha Haseena said...

Ooh...ana pnh dgr seorg ust ckp, klu kisah2 yg blh bri teladan mcm ni, blh djdkn sbg contohi kisah dn teladannya sj, dn xprlu sandarkn ia kpd hadith atau Quran... supaya masyarakat tahu ini kisah contoh sahaja, bkn kisah sahih utk diprcayai... kiranya tdk rosak akidah klu prcaya, klu xprcya pn xpe.. cuma jgn mmbenarkannya dgn mngaitkn dgn Quran dan hadith..Allahu a'lam...

Delisha Haseena said...

Btol..tp sbgai manusia biasa, kita masyarakat jahil, trutama ana... sbb tu kita trima bulat2 je tnpa kaji..inilah tugas para alim, ulamak utk mmbrikn sumber sahih, xblh brsikap ghuluw dah lpasni...hmmm

ahmed wafi said...

Imam abu hanifah la. Nukman Bin Sabit . nama dia sabit. yg cerita ni Imam Hanafi la. xpe la bnyak versi . asal kan pengajaran tu kita dapat.Sy xde ilmu agama. ni apa yg sy dpt dgn Habib Ali AlJufri la

Delisha Haseena said...

Trrima kasih Ahmed wafi...

koko ten said...

Ya, saya juga mendengar cerita yang sama daripada Habib 'Ali Zaenal Abidin. Anak kepada pasangan ini ialah Imam Abu Hanifah. Walaupun pelbagai versi, intipati cerita ini adalah untuk menggambarkan betapa wara'nya seseorang. Tingkat-tingkat wara' ini berbeza bagi setiap Muslim. Semakin bertambahnya wara'nya seseorang itu, perkara yang mungkin biasa bagi kita di zaman ini pun dianggap besar. Tidaklah kita sampai kepada Dia, melainkan kita meningkatkan iman dan taqwa, serta menjauhi perkara yang syubhah.

Semoga kitapun akan digolongkan Allah dalam kalangan mereka yang mempunyai sifat wara' ini.

koko ten said...

Ini video daripada Habib 'Ali yang saya maksudkan:
https://www.youtube.com/watch?v=k0mppMGKQQU

Delisha Haseena said...

Terima kasih koko ten atas respon nya :)

Delisha Haseena said...

Terima kasih atas link yg di share. InshaAllah sy akan tgk :)

KHAZINATUL ASRAR~

copy this to your blog
Photobucket

Semoga bermanfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berbicara bersama...~