Bagaimana jodohku nanti??




Tertarik dengan persoalan-persoalan yang bermain di minda remaja kini. Ramai remaja yang banyak berubah untuk menjadi insan soleh dan solehah. Change to be a better person.
It sounds easy but difficult to do, right? Tapi kita tetap boleh berubah menjadi baik. Semua manusia boleh jadi soleh dan solehah laa... Itu hakikatnya! Cuma mau atau tidak sahaja.

Tentang jodoh kita tidak perlu risau. Cuma perlu lebih risau tentang adakah amalan kita akan diterima Allah atau tidak? Seram kan bunyi.... Muhasabah sekejap.

Baiklah, kembali pada tajuk utama. Apa yang mengganggu fikiran remaja sekarang? Cinta? Kahwin? Jodoh?

Ya! Itu yang selalu menjadi suatu perkara penting yang biasa berada di dalam minda remaja. Tapi, ramai remaja yang khuatir tentang bagaimana pasangannya nanti? Baikkah akhlaknya? Banyakkah amalannya? Mari sama-sama kita renungi firman Allah yang bermaksud:

Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]

Apakah yang dimaksudkan dengan 'baik' itu?
Maksud “baik” merujuk ayat di atas ialah pada sifat secara keseluruhan yang menonjol pada diri seseorang seperti kejujuran, kesopanan, kerajinan, banyak melakukan amal soleh dan sebagainya. Ini mungkin definisi 'baik' hanya pada pandangan penulis sahaja. Mungkin berbeza dengan pandangan anda.

Jadi, bagaimana pula seseorang yang dahulunya pernah melakukan maksiat, buruk akhlaknya, ilmu agamanya cetek, bergaul dengan bukan mahram sesuka hati dan sekarang sudah insaf. Berubah 180 darjah atau 360 darjah. Adakah mereka tidak layak mendapat pasangan yang soleh dan solehah? Atau adakah mereka layak mendapat pasangan yang sekufu dengannya?

Inilah persoalannya....
Apakah mereka tidak mempunyai harapan untuk berkahwin dengan pasangan yang baik?
Sebenarnya kita sebagai manusia mempunyai kekurangan dan tak ada manusia yang sempurna. Sesungguhnya Allah maha Adil. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Kisah silam kita yang dahulunya teruk dan kita kembali sedar serta mula berubah 180 darjah atau 360 darjah merupakan perkara yang amat terbaik dalam hidup kita. Tentang jodoh sama ada boleh dapat yang baik juga ataupun tidak, jawapannya ialah ya!

Kita masih ada harapan untuk memiliki jodoh yang baik. Sebabnya mungkin bakal pasangan kita itu juga sedang memperbaiki diri untuk jadi yang terbaik juga. Who knows. So, apa yang penting sekarang ialah kita hendaklah sentiasa berdoa supaya Allah kurniakan jodoh yang sebaiknya buat kita. Kita haruslah beringat bahawasanya Allah maha mendengar dan maha memakbulkan doa....



Dr. Pahrol Muhammad Juoi pernah berkata mengenai jodoh.

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.



p/s: Jodoh dan pertemuan Allah yang tentukan. Kita hanya perlu berdoa dan berusaha menjadi yang terbaik. Sebagai hambaNya, kita seharusnya redha dengan takdirNya. Jika kita mendapat pasangan yang kurang baik, sedarlah itu adalah ujian daripadaNya. dan mungkin itu merupakan jawapan kepada anda, siapa diri anda yang sebenarnya! Renung-renungkan.....

-Aman dengan Iman-

Post a Comment

4 Comments

Anna Ixora said…
artikel yg baik...mohon share utk blog saya blh?
Delisha Haseena said…
boleh2...dipersilakan...smoga ianya bermanfa'at...
sLayZzcHe said…
salam. nk tny ble..apa mksd 'berusaha mencari jodoh yg baik'? adaka kita perlu..o.0
Delisha Haseena said…
wssalam 'alaik...
maksud mencari jodoh yg baik itu terserah pd individu sendri, pasangan 'baik' mcmne yg dia nak cari...dan sudah tentu klu dtnye pd smua menginginkn psgn yg baik...jd,utk mncari jodoh yg baik itu perlu utk kita krn bkn sng utk mmbina kluarga Islam yg sbnr,ia memerlukan psgn yg bnar2 memahami agama dn mngamalkannya...sbb itu kita juga perlu ikhtiar mncari jodoh yg baik...itu adlh utk ms depan kita dn anak2 kita jugak,serta cucu2 kita dn generasi kita kn dtg...