~Kelebihan Hari Jumaat dan Al-Kahfi~


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah."
(Abu Hurairah r.a).

sama-samalah kita tingkatkan amalan kita pada hari jumaat dan pada hari-hari lain juga,...
Ingat,...jangan lupa baca surah al-Kahfi pada hari jumaat,...mudah2an kita terhindar dari fitnah dajjal laknatullah,...ameen~

zaman yg dipenuhi fitnah, menukarkan yang hak kepad batil dan yang batil kepada hak (menyamai fitnah dajjal)

Surah kahfi sebaik-baik amalan untuk mengelak fitnah tersebut, menurut Abu Ali hassan al-Nadwi dan sayyid qutb 3 perkara yang mengelak kita dari fitnah tersebut>
1) Membetulkan akidah
2) membetulkan cara manusi berfikir dan melihat
3) Membetulkan sistem nilai

Malahan terdapat hadis yang menyarankan kita membaca surah al-kahfi

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

Post a Comment

3 Comments

Unknown said…
salam nice entry! mintak copy yea..
Delisha Haseena said…
wsslm,...silakan...=)
Delisha Haseena said…
wsslm,...silakan...=)