TAJUK : Dimana Allah dalam Hati Kita ?




Cerita ini adalah realiti kehidupan yang saya ingin kongsikan, harap dengan cerita ini dapatlah kita sama-sama memperbaiki diri kita dan diri orang-orang disekeliling kita....amin...


Manusia memang tak lari dari cerita tentang CINTA. Tapi hakikatnya mengertikah kita tentang hakikat cinta yang sebenar? Bila disebut tentang cinta kita akan mengatakan cinta ALLAH adalah yang cinta utama, cinta yang hakiki, cinta yang sebenar, cinta yang tak akan luput, cinta yang kekal

selamanya, cinta yang....yang...yang....(dan banyak lagi). Hakikatnya kita sedar tentang semua itu. Tapi sedihnya kita tak mencari cinta itu. Kita kata

kita cinta, tapi apa buktinya?? Tunjukkan bukti itu jika betul-betul kita cinta ALLAH... sekarang cuba fikir baik-baik mana kita nak tunjukkan bukti itu. Mana kita simpan semua bukti-bukti itu.?mana?? mana??Baiklah, 20 minit diberikan untuk kita cari bukti itu semua. Jangan baca perenggan bawah sebelum kita jumpa bukti kita cinta pada ALLAH.

Sekarang 20 minit sudah berlalu, rasanyer mungkin kita dah dapat sedikit bukti kita cinta ALLAH. Maklumlah, mungkin ada bukti yang tertinggal di rumah, di pejabat, atau dimana-mana. Kita kan manusia mudah lupa. Semua tahu manusia memang mudah lupa. Kita Cuma boleh tunjuk bukti cinta kita pada ALLAH dengan kain telekung kita, sejadah, tasbih, Al-Quran, buku-buku agama, kain pelekat, songkok, ketayap, sijil penghargaan menyumbang derma, record suara kita baca Al-Quran, ayat-ayat Quran mp3, zikir mp3, CD ceramah agama, alarm azan di komputer, kitab Yasin, Al-mahtsurat dan macam-macam lagi bukti yang kita ada. Kan dah banyak bukti tu. Cukup lah tu.

Betul ke cukup?? Hakikatnya kita tahu itu semua tak cukup. Betul ke tidak?? Jawab dulu................ kita tahu jawapannya ‘Betul’. Lepas ni nak terus cari bukti lagi ke??

Bukti cinta kita sebenarnya pada amal kita. Tapi Mana kita nak tunjuk semua amal kita?? Nak tunjuk balik cara kita solat, sedekah, baca Quran dan macam-macam lagi depan ALLAH.. atau pun nak tunjukkan yang kita dah rakam segala amal kita guna video camera..huh.. susahnya nak tunjuk bukti ni....

Betul ke susah?? Hakikatnya kita tahu senang. Betul ke tidak?? Ye la senang, buat ape susah-susah nak pergi cari bukti, ALLAH dah ada samua buktinya.. kat akhirat nanti tinggal tengok wayang je segala bukti cinta kita pada ALLAH. Kalau tak percaya, Carilah sendiri bukti tu, sampai mati pun tak akan jumpa bukti tu.. macam mana lah nak jumpa, semua bukti pada ALLAH, bukan pada kita. Yang kita ada tu semua bukanlah bukti, tu semua hanyalah hiasan di dunia ni..


Sebenarnya tak payah kupas lagi pasal perkara ni, sebab kita semua tahu Cuma buat-buat tak tahu je. Ya ALLAH, jahil nya kite ni...huh.. Kenapa kita ni jahil sangat ye?? Kenapa?? Nak tahu kenapa??
Sebabnya bila kita dapat hidayah ALLAH, kita tak ambil nya cepat-cepat. Akibatnya hidayah tu pergi tak kembali. Contohnya,dihati kita terlintas nak sedekah, tapi bila kita tengok dompet, duit kita ni macam tak cukup je nak buat beli barang, jadi kita pun kata ” nantilah tunggu duit cukup”. Malangnye bila duit cukup, kita pula lupa nak sedekah. Huh...kan dah rugi tu..
Contoh lain, dihati kita kata seronoknya tengok orang perempuan tu pakai tudung, sopan je, cantik pulak tu. Tapi kita tak cepat-cepat nak pakai tudung, alasanya nantilah dulu tunggu kita ubah perangai kita jadi baik. Malangnya hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun tudung pun tak pakai-pakai lagi. Akibatnya hidayah tak kembali lagi. Huh...kan dah rugi tu..
Kita lupa antara jadi baik dengan pakai tudung mana yang wajib. Tutup auratlah yang paling wajib diikuti dengan akhlak yang mulia. Takut orang mengata kita tutup je aurat, tapi perangai macam setan?? Yang kite ni dah tutup aurat baik-baik tapi pergi merempit,mengumpat, bertepuk tampar dengan lelaki buat apa... siapa suruh?? Mari kita fikir baik-baik.


Contoh lagi, bila kita tengok cerita 18SG/SX, banyak adegan yang tidak senonoh seperti bercumbu-cumbuan atau aurat lelaki perempuan separuh telanjang, kita akan kata astagfillahalazim. Malangnya bibir mengucap tapi mata masih lagi dengan maksiat. Haram ke tak sebenarnye tengok aurat orang ni.?? Haram ke tak?! Mestilah haram...Macam mana kita ni??
contoh lagi, bila azan berkumandang kebetulan kita sedang buat kerja, hati kita kata sekejap lagi lah.. Malangnya, kita tak gerak-gerak lagi pergi solat sampai waktu solat lain dah nak masuk. Kita lupa, azan mengatakan “haiya `ala solah” “haiya `ala fallah”. Maksudnya “marilah menunaikan solat”,” marilah menuju kejayaan”.. siapa yang solat dialah orang yang berjaya. So, Bila kita lambatkan solat, kita lambatlah berjaya.Hidayah diberi oleh ALLAH melalui pendengaran kita, tapi kita tak ambil. Akibatnya hidayah itu pergi buat selamanya.. Huh...kan dah rugi lagi tu..
Hidayah dari ALLAH kalau nak disenaraikan semua contoh yang ada kat dunia ni memang tak terkira banyak nya, malangnya orang yang ‘alert’ je yang boleh dapat. Kesimpulannya, jadilah manusia yang sentiasa ‘alert’ dengan hidayah ALLAH, seperti mana kita ‘alert’ dengan ringtone masej di telefon kita. Dan jadilah lebih ‘alert’ dari itu.Hidayah ALLAH ada di mana-mana, disekeliling kita, ia tak pernah jauh kecuali kita yang jauh darinya. Hidayah bukan saja melalui hati, tapi melalui seluruh pancaindera kita. Rasailah ia...... wallahualam..
Mungkin ayat-ayat dalam cerita ini agak bersepah-sepah, maklumlah baru pertama kali saya cuba menghasilkan cerita dakwah saya. Harap segala kesalahan ini akan mengajar saya untuk lebih menghasilkan lagi surat-surat cinta saya pada sahabat semua. Saya juga hamba ALLAH yang lemah, terlalu lemah sangat-sangat.... maaf atas segala kesalahan dan cacat-cela dalam penulisan ini.
Sedarlah kita semua, dosa kita begitu banyak untuk dipikul. Jika hendak dibandingkan ketinggian Gunung Everast, tinggi lagi dosa kita. Larilah dari segala perkara yang boleh medatangkan dosa kepada kita. Kita semua tahu hakikat ini.. janganlah cuba untuk mempertikaikan janji-janji ALLAH.. sama-samalah kita menasihati sesama kita.

"Benar, Hidayah ditangan Allah. Tapi, usaha mendapatkannya adalah atas tangan manusia itu sendiri"

Post a Comment

3 Comments

i like this one also...^_^...
As salam,

Saya suka penulisan dakwah ni..sesuai utk jiwa remaja..tak terlalu berat utk diterima..
Apa yg d'critakan tu adalah realiti zmn ini.
Klau nak di ceritakan ttg percintaan, ayat yg paling feymes " Sy mencintai awk dengan sepenuh hati" Kalau dh mncintai si kekasih dgn sePENUH hati...dimana ruang utk mencintai Allah swt & Rasul? Dimana nak letak cinta utk Allah swt & Rasul? Kmudian Ibu bapa? Sbb itulah tertutup nya ruang utk mnerima dkwah..maka hilanglah sgala petunjuk & hidayah yg telah Allah swt anugerah kan.Dan,terjadi lah..solat ala kadar..al-Quran sprti perhiasan..derhaka kpd ibu bapa...semata2 kerana 'Cinta Sepenuh Hati' kpd si kekasih.Maaf, sy tdk merujuk hal ni kpd sesiapa, tetapi ini lah realiti fenomena yg tlah berlaku.Risau pd generasi akn dtg..Semoga kita tidak lupa akan Allah swt, dan Allah swt juga tidak melupakan kita. (Juga peringatan utk diri sndiri)
Delisha Haseena said…
wssalaam...shukron syznthewritter...btul apa yg awk kongsikan itu...thnx atas komen dan pandangan anda...=)