Siri Baitul Muslim: Hatimu untuk siapa..??




Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?



Mak jawab, kedua-duanya bukan..



Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.



Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.



Macam mana nak ta...u orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.



Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.



Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan
sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah..
mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu
membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana
Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan
oleh seseorang tu..



Saya memintas, Tak faham..



Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama
mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang
bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin
dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh
ada daya tarikan magnet tu..Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak
dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia
telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi..
Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti

seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.



Secret Admire



Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar
surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak
halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah
tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang
miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama
budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan
membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh
mak, maka tak pernah dia menerima

balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..



Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil
memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak
tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan
tu..

Mak takut pada Allah...

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..mak
memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya
mengusap rambut di kepala saya.



Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih
berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa
keturunan sebelum ni

yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada

sesiapa yang mendorong..

Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej
agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji..
Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung
betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian
kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar
kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak
jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah
jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai
seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di
hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu
sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi
kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang
di sekolah dulu.



Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan
mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir
betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau
tidak. Mak ayah berdosa tak?

Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si
lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa
pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung

sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan
timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai
anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba
memahami maksud mak saya.



Adakah ia suatu diskriminasi?



Kakak..

Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu
tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang
yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena
ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh
cinta atau saling cinta mencintai..

Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin
dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak
mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan
dikahwinkan dengannya..

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar
hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah

menzalimi hambaNya..

Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu
sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang
bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak

semestinya memilikinya.



Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama
lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara
perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada
batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi,
tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan
seorang lelaki dan seorang

perempuan.

Cuba kakak renungkan..

kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan
rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan
lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah
antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha
Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari
redha Allah.. Perbezaannya, dia

halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi

seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..



Bukan luar biasa



Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak..

jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.
Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki
lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada
orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena
perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh
cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah,
kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati
kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah
adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang
atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri

berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .



Kakak..

Hatikita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik
kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh
memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab
kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk
dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya

bercinta.

Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab
kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah
sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman
bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama
rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa
nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang
mampu mengerti.



Redha



Kakak..

Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan

hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau
yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak
nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri
setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.

Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya

hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil
kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu
kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu
bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap
pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian
air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.



Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..



Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah

untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak

dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Post a Comment

5 Comments

MuSHRooM said…
salam...
saya sangat tertarik dengan entry ini...
saya memang tengah mencari sinar ke arah mencari cinta Allah...mencintai dan dicintai kerana Allah...
terima kasih sahabat...
Delisha Haseena said…
wassalam...subhanallah...walhamdulillah...all praises to Allah...shukron ya ukhtii krn sudi ziarah blog ana...dan ana harap byk entry2 lain jga akn mnjd manfa'at yg besar kpd pmbaca2 di luar sana...mudah2an inshaAllah...ameen...shukron skali lagi ya ukhtii...peace with imaan...>_<
cintayangsyahid said…
entri ni sedih... :( byk bgi saya sesuatu yg saya tak faham dulu... terima kasih sgt2.. tapi sedih2 pun menarik hati saya.. :) mgkin saya leka dgn dunia, lantaran itu hubungan dgn Allah menjadi semakin jauh... hati manusia sng berbolak-balik... tdk tetap... insyaAllah kalu hub. kita dgn Allah amat baik, kita takkn rasa sgt sedih kan.. bila dia pergi... neway thanks 4 d wonderful entri.. :)
cintayangsyahid said…
assalamualaikum...
entri ni sedih... :( byk bgi saya sesuatu yg saya tak faham dulu... terima kasih sgt2.. tapi sedih2 pun menarik hati saya.. :) mgkin saya leka dgn dunia, lantaran itu hubungan dgn Allah menjadi semakin jauh... hati manusia sng berbolak-balik... tdk tetap... insyaAllah kalu hub. kita dgn Allah amat baik, kita takkn rasa sgt sedih kan.. bila dia pergi... neway thanks 4 d wonderful entri.. :)
Delisha Haseena said…
Alhmdulillah. shukron krn sudi ziarah blog ana