REVIEW: SUPER 30 MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN

BANYAK DUIT BUKAN BUKTI KEJAYAAN
Nampak gayanya tepaksa jugak saya menulis tentang ni sebab cite dia memang best dan banyak pengajaran dan memainkan emosi yang pelbagai. 

Akhirnya dapat jugak saya habiskan movie Super 30 lakonan Hritik Roshan yang baru je release pada julai 2019.

Saya sarankan kepada semua guru khususnya boleh tengok movie ini. 
.
Kisah ni diadaptasi dari true story tentang Anand Kumar yang miskin tapi bijak Matematik. Dia dapat menyelesaikan masalah matematik yang sangat susah, di mana soalan tersebut belum ada lagi mana-mana profesor dapat selesaikan.
.
Dengan kejayaan dia setelkan masalah math tu, dia dapat offer further studies di Cambridge University tapi disebabkan dia miskin dan takde pinjaman dia tak dapat kejar impian tersebut.
.
Nak dijadikan cite, dengan kelebihan yang Anand ni ada, ada someone yang gunakannya untuk kepentingan diri hingga jadi kaya raya hasil dari kelebihan dan kepintaran Anand Kumar ni.
.
Hingga satu masa Anand tersedar bahawa kelebihan yang ada pada dia bukan untuk dijual, tapi untuk disumbangkan pada yang memerlukan.
.
Anand Kumar sanggup miskin semata-mata nak mengajar dan mendidik rakyat yang miskin yang tak mampu bayar yuran belajar. Dia mendidik 30 orang pelajar miskin secara percuma hingga 30 pelajar tersebut akhirnya menjadi genius.

Kejayaan sebenar seorang guru ialah apabila melihat anak didiknya berjaya mencapai cita-cita.

Walaupun miskin harta, tapi kekayaan jiwa dan keikhlasan dalam mendidik itulah bukti kekayaan dan kejayaan yang sebenar.
Bayangkan jika Anand Kumar ini seorang Muslim, betapa banyaknya pahala yang mengalir hasil dari dia mengajar dan mendidik pelajarnya dengan ikhlas, bukan kerana duit dan nama.

Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكتَهُ وَأَهْلَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِيْ جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوْتَ لَيُصَلُّوْنَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الخَيْرَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”. 

[Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]

 Begitu hebatnya menjadi seorang guru yang mengajarkan kebaikan kepada anak didiknya dan kepada sesiapa saja. Berusahalah untuk sebarkan kebaikan dan mendidik anak dengan sebaiknya. 

InshaAllah. 

#Review
#Super30
#HritikRoshan
#HindiMovie

Post a Comment

0 Comments