Review Filem Dangal: Inspired Movie By Aamir Khan

Seperti biasa filem Aamir Khan tidak pernah mengecewakan para penonton khususnya bagi peminat setianya yang sentiasa menanti-nantikan filem filem terbarunya keluar.

Dulu filem PK dapat sambutan hebat seluruh dunia. Kini filem Dangal berdasarkan kisah benar bekas penggusti Mahavir Singh Phogat yang mengimpikan seorang anak lelaki untuk merealisasikan impiannya mencapai gold medal dalam perlawanan gusti. Namun, takdir tidak menyebelahinya untuk memiliki anak lelaki, tetapi dikurniakan empat orang anak perempuan yang dia anggap takkan dapat penuhi impiannya.

Rupanya yang disangka mustahil itulah yang bakal penuhi impiannya. Banyak pengajaran yang boleh dikupas untuk filem Aamir Khan kali ini. Filem yang motivated, inspiring, critical thinking seperti ini memang sangat berbeza dengan filem hindustan yang berunsur kecintaan.

Apa yang boleh dikongsi kebaikan dari filem Dangal ini ialah:

1. Takdir Allah takkan pernah mengecewakan kita sebagai hamba.

- Dalam point ni, Mahavir Singh Phogat nak sangat anak lelaki untuk dia train supaya jadi ahli gusti yang akan mengharumkan nama negara. Tapi takdir telah menetapkan bahawa dia akan train anak perempuan untuk merealisasikan impian yang dia pendam bertahun lamanya.

2. Kegigihan seorang ayah mendidik anak perempuannya.

- Kalau kita tengok sejarah Rasulullah saw, kenapa anak anak baginda saw yang hidup sampai dewasa ialah anak anak perempuan, sedangkan anak lelaki baginda wafat ketika masih kecil. Mengikut fakta dan ahli psikologi, nak didik anak perempuan lebih sukar berbanding didik anak lelaki. Dan, ada hadith Nabi juga pernah menyatakan jika seorang ibu/ayah yang mendidik / menjaga anak perempuannya dengan baik besar pahalanya. Jadi, saya sangat tertarik dengan ketegasan dan kasih sayang seorang ayah yang ditonjolkan oleh Aamir Khan dalam filem ini.

3. Disiplin merupakan asas kejayaan.

- Dalam islam kenapa kita perlu solat 5 waktu sehari semalam? Ya, itulah disiplin yang Allah nak tarbiah kita. Setiap kali masuk waktu solat setiap masjid akan melaungkan azan dan solat jemaah didirikan dengan penuh disiplin dan ketekunan. Itulah dinamakan disiplin! Begitu juga di Jepun, setiap rakyatnya dididik menjaga masa dan kebersihan, kerana masa itu sangat bernilai dan kebersihan itu bukti kemajuan. Dalam filem ini, Mahavir sangat tekankan disiplin kepada anak anaknya, tepat pukul 5 pagi mesti dah bangun dan bersedia untuk training. Pukul 5 pagi merupakan waktu tahajjud bagi umat islam, dan waktu itulah yang dipilih beliau untuk mendisiplinkan anak-anaknya!

4. Jangan pandang remeh dengan kekuatan wanita.

- Kalau kita baca sejarah Islam, pasti kita mengenali seorang muslimah hebat bernama Khaulah Al Azwar. Beliau seorang mujahidah yang tangkas dalam bermain pedang dan memanah serta menunggang kuda. Sehinggakan pada satu medan perang, beliau menyerang dengan begitu hebat sampai orang menyangka beliau adalah Khalid Al Walid!
Dalam filem Dangal kali ini watak Aamir Khan "mentarbiah" anak perempuannya sehingga menjadi seorang yang berani tanpa takut dengan gertakan para pemuda di kampung tersebut. Setiap kali pertandingan gusti lawan lelaki pasti anaknya berjaya menewaskan pemuda2 tersebut.

5. Kekuatan fizikal dan mental penting dalam medan jihad.

- Banyak sejarah Islam membuktikan tentera Islam memenangi peperangan kerana adanya tentera tentera hebat dari sudut mental dan fizikal. Ketua panglima Islam akan melatih pasukan tenteranya untuk menguatkan mental dan fizikal mereka bagi menentang musuh musuh yang mempunyai peralatan senjata yg canggih. Dalam filem ini cuba mencontohi gaya kemenangan yang sudah diyakini sewaktu ketika dahulu iaitu latihan fizikal dan mental yang jitu.

6. Ibu bapa madrasah utama anak-anak

- Dalam filem ini ada scene yang cukup emosi dan tersentuh hati. Scene Geeta (anak Mahavir) yang dulunya dilatih oleh ayahnya teknik teknik gusti sehingga dia menang ke peringkat antarabangsa, kemudian dilatih oleh jurulatih baru utk ke peringkat seterusnya. Scene ini menunjukkan kadang2 anak akan lupa jasa orang tua. Jadi, anak anak perlu ingat madrasah pertama kita ialah ibu bapa kita. Mereka yg mendidik kita sejak dari kecil hingga dewasa dan sehingga kita berjaya. Maka, pandangan mereka amatlah berharga dan bernilai ketika kita memerlukannya. Maka ingatilah jasa mereka!

7. Kegunaan strategi dan helah dalam medan.

- Dalam scene perlawanan akhir, ada Mahavir pesan pada anaknya "serangan palsu" atau erti kata lain "helah"/strategi menyerang boleh digunakan untuk saat genting bagi menggapai kemenangan. Fizikal kuat saja tidak cukup jika tidak disertai strategi bijak bagi seorang wira. Begitulah apa yang Rasulullah saw pernah lakukan ketika perang dahulu. Juga Khalid Al Walid pernah melakukan taktik helah bagi mengelirukan musuh sehingga kemenangan berpihak pada Islam.

Mungkin banyak lagi nilai murni dan pengajaran dalam filem Dangal kali ini. Cuma apa yg saya nak ketengahkan filem ini sangat motivated dan inspiring untuk setiap dari kita yang mahu mencapai impian. Filem Aamir Khan kali ini saya kasi 10/10 kerana hasil usahanya menggemukkan dan menguruskan badan hanya semata mata untuk filem ini sahaja! 😂

Lots of love,
Delisha Haseena.

Post a Comment

2 Comments

Saya belum sempat lagi menonton filem-filem ni. Terima kasih atas review ia bakal memudahkan kelancaran saya menonton ini nanti.
Delisha Haseena said…
Terima kasih tuan shameel sudi komen n baca blog saya sekali lg.. :) nnt dah tgk movie nya sudi2 lah komen serba sedikit ttgnya.. Tq tuan! Dn slmt menonton.