Kenapa kita tak boleh tengok Allah, Ustazah?”  Zakiah berasa senang dapat berjumpa juga dengan Baheera Wafiyya. Hasratnya untuk bertanya pelbagai soalan akhirnya dapat juga dimuntahkan. Baheera Wafiyya terkebil-kebil mencari hujjah dan jawapan.

“Ehem....”  Baheera Wafiyya tersenyum kelat. Dia membetulkan kedudukannya di atas kerusi. “Allah itu Maha Mengetahui segalanya, Zakiah. Kita tak boleh tengok Dia sebab kita tak mampu untuk melihatnya...”  Baheera Wafiyya memandang wajah Zakiah dan Shakirah yang sedang duduk bersila di hadapannya. Shakirah memandang muka Zakiah untuk mendengar respon kawannya itu.


“Tak mampu? Maksudnya?”  Sekali lagi soalan yang keluar dari mulut Zakiah.