CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

mencari sinar~

Photobucket

aku dan sesuatu~

aku dan sesuatu~
something unexpected alwayz appears in our life,..is this fate or only a coincidence.....Allah knows everything.....

*i'm not a writer, i'm a mere volunteer missionary n storyteller*

"Inna Fatahnaa Laka FathanMubinaa"

Menarik di dalam~

Saturday, February 3, 2018

Mesej dari telemovie PokYa Cong Codei.

Mesej dari telemovie PokYa Cong Codei.



Viral cerita PokYa ni, kawe raso bangga sebab citer oghe kelate keturunan ayoh kawe ni dapat sambutan orang ramai.

Nak share sikit je mesej dari citer ni.
.
.

Cerita ni nak mengajar kita supaya jangan berlagak sombong dengan siapa kita dulu. Sebabnya, kita ni nak mati nanti dinilai berdasarkan siapa kita sekarang. Bukan yang dulu. Sejarah kita yang gah takde siapa pun nak tau kecuali kita ni tokoh2 hebat baru orang nak tau tentang kita.

.
.

Walau siapa pun kita, Allah tetap hebat dalam hati kita. Perasan tak berapa banyak kali PokYa sebut pasal takdir Allah? "Kalau Allah izinkan aku mati, aku akan mati. Kalau Allah tak izinkan, sebutir peluru pun tak kena ke aku". Lebih kurang gini la ayatnya.
even dia tu ketua gangster, dia still meletakkan Allah lebih hebat dari semua dalam hati dia.

.
.

Bersedekah amalan mulia. Sifat suka memberi yang ditonjolkan PokYa ni sangat bagus. Dia tak tamak walau se sen pun duit orang. Walaupun dia ada hak dengan duit tu. Tapi dia bagi pada orang bawahan dia yang lebih memerlukan.

.
.

Isteri perlu taat dan bercantik2 untuk suami. Dalam citer ni dialog PokYa walaupun kasar tapi ada mesej tersirat kat bini dia. Dia nak bini dia ikut apa dia suruh. Ayat dalam sarcasm dia tu sangat terkena pada yang bergelar isteri.

.
.

Suami kena sentiasa hargai isteri dan tetap merasakan isteri sendiri lebih cantik dari perempuan lain. PokYa dalam cite ni suka puji bini dia kat orang. Walaupun dia terjumpa perempuan comey pun, dia still rasa bini dia comey lagi dari perempuan tu. Kenapa? Sebab dia meletakkan isteri dia yang paling comey di hati dia.

.
.

Cukuplah 5 dulu.
Nanti ada lagi kawe tambah lagi.

LOVE,
D.

*Sumber
ansyuhanim.blogspot.com



No comments :

KHAZINATUL ASRAR~

copy this to your blog
Photobucket

mari berbicara bersama...~