Review Filem 3 Idiots





  
Assalamualaikum wbt.

Mohon maaf kepada sahabat kita yang minta ulasan / review filem 3 Idiots. Saya usaha cari review yang saya pernah buat tentang filem ini, namun tidak jumpa. Gambar saja yang dapat diselamatkan. Jadi saya tepaksa menulis semula review ini.

Ada banyak nilai-nilai hebat yang ditonjolkan dalam filem ini. Seperti yang kita tahu, filem ini diadaptasi dari sebuah novel yang bertajuk  “Five Point Someone  yang ditulis oleh Chetan Bhagat. Dan watak utama dalam filem  ini juga berdasarkan dari seorang engineer bernama Sonam Wangchuk dari Ladakh.

Sonam Wangchuk, a 50-year-old mechanical engineer from Ladakh, is the man who inspired Wangdu's character in 3 Idiots.”

Kembali kepada tajuk sebenar saya menulis artikel ini. Jujur saya katakan, filem 3 idiots ini adalah di antara filem Aamir Khan yang saya tonton berkali-kali. Lebih-lebih lagi sewaktu di zaman university dahulu. Kerana filem yang motivated, dan high values itulah menyebabkan saya mesti menontonnya berkali-kali.

Antara pengajaran dan nilai yang boleh diambil dari filem ini ialah:

1.      Ukhuwwah dan persabahatan jika dijaga bernilai di sisi agama.
-        Ukhuwwah sangat penting. Lebih- lebih lagi di zaman Rasulullah saw dahulu. Jika kita lihat, mereka bersahabat saling bantu-membantu dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. Dan dengan sahabat soleh jugalah boleh jadi syafaat untuk kita masuk ke dalam syurga. Begitulah yang ditonjolkan dalam movie ini. Tidak seperti cerita Hindustan lain yang banyak mengisarkan tentang cinta lawan jenis sahaja. Tapi point ini lebih tertumpu kepada “Love in friendship”.

2.      Kekuatan dan motivasi dalam menuntut ilmu.
-        Islam sangat menganjurkan kita menuntut ilmu. Bahkan ada kata-kata sebahagian ulama mengatakan “Jadilah orang yang berilmu, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang mendengarkan ilmu, atau orang yang sukakan ilmu. Maka, janganlah kamu jadi golongan yang kelima, iaitu (yang tidak tergolong dalam empat golongan di atas) nescaya kamu akan binasa.” Begitulah pentingnya ada ilmu. Dalam cerita 3 idiots lebih mengutamakan kita untuk jadi orang yang suka berfikir dan belajar dengan cara yang betul. Bukan dengan menghafalkan ilmu tersebut, bahkan memahami dan mengamalkan ilmu yang dipelajari tersebut. Jika sekadar ilmu di atas kertas dan bukan di dada, maka sukarlah untuk kita jadi orang yang cemerlang dan Berjaya. Bak kata Ranchodas dalam cerita ni, “Qaabil Bano qaabil..” maksudnya “jadilah orang yang cemerlang/hebat, kejayaan akan mengejar kamu.”

3.      Cabaran menghadapi ujian.
-        Bukan kehidupan namanya jika kita tidak diuji. Sedangkan dalam Al-Quran Allah ada menyebut jika kita diuji bagaimana nak ukur keimanan kita? Di alam persekolahan dan kolej kita juga diuji dengan adanya peperiksaan dan ujian. Bagaimana pensyarah dan guru nak tahu kita punya pemahaman di tahap mana. Ya, benar tidak semestinya orang yang dapat straight A dan 4 flat tu hebat dan bijak. Tapi dengan cara itulah guru kena nilai pelajarnya. Dalam cerita 3 idiots ni banyak scene yang menunjukkan “we have to face our life” walau apa cara sekalipun cabaran dan ujian yang melanda kita. Dan begitulah pentingnya ada sahabat yang mengingatkan kita supaya kuat menghadapi cabaran.

4.      Sikap menghargai sahabat yang baik adalah sikap yang terpuji.
-        Seperti di point pertama tadi, pentingnya bersahabat dengan sahabat yang soleh dan penting juga menghargai sahabat yang baik. Kerana kadang-kadang sahabat yang baik inilah punca kita Berjaya. Tanpa mereka mungkin kita tiada sokongan selain sokongan ahli keluarga.

5.      Cara mengajar dengan betul.
-        Ini adalah antara point penting dalam cerita ni. Sebab kadang-kadang sebahagian guru malas dan sambil lewa dalam mengajar. Bagi mereka, jika pelajar gagal bukan salah guru dah. Sedangkan guru sangat berkait dalam menghasilkan pelajar yang Berjaya atau gagal. Rasulullah saw sendiri merupakan seorang guru. Tengok dan baca sirah macam mana Rasulullah berikan ilmu pada para sahabat. Baginda akan melihat ke anak mata setiap yang mendengar ceramahnya dan baginda akan mengulangi 3 kali ilmu yang diberi dalam keadaan sebutan satu persatu (word by word) agar mudah para sahabat mengingati ilmu yang disampaikan. Dalam cerita ini mengajar kita jangan jadi guru yang selfish dan ego. Tapi jadilah guru yang ada sikap rendah diri dan bertanggungjawab.

6.      Menggunakan system pembelajaran yang tepat dan efektif.
-        Ini adalah point yang paling utama dalam movie ini. Kalau kita tengok balik cerita ni, principal ICE iaitu Mr Virus (nickname) sangat bangga dengan pencapaian kolej dia. Sedangkan kolej yang dia banggakan tu telah melahirkan ramai student yang tertekan dengan system yang wujud dalam kolej tersebut sehingga ramai yang terlibat dengan bunuh diri. Jika kita seorang yang prihatin, biarlah kita mencipta sistem pembelajaran yang efektif dan bermanfaat untuk pelajar khususnya. Dan jadi guru yang sangat menitikberatkan kelemahan pelajar serta sanggup menghabiskan masa dan tenaga demi melahirkan dan mendidik generasi yang Berjaya!

Lots of love,
Delisha Haseena.

  

Post a Comment

0 Comments