Tips Membina Baitul Muslim Bahagia

Semalam bersembang dgn mak mertua. Saja tanya mak mertua tips rumahtangga bahagia. Wlupn Mak mertua saya bukan lecturer, tapi dia merupakan business woman yg berjaya. Banyak tips dan nasihat berguna dia bagi, disimpulkan ia dalam bentuk point.

1. Jaga hubungan dgn Allah.

Ni penting. Solat tiang agama. Dah jaga solat2 wajib, amalkan solat2 sunat. Solat dhuha pulak mama cakap, (*mama panggilan mak mertua saya) bukan boleh buat lepas tidur, maksudnya tidur lepas subuh pastu bangun solat dhuha mntak rezeki kat Allah. Sounds weird. Tapi inilah kena ubah. 

2. Jaga hubungan dgn manusia.

Ni mama cakap, Lepas je kita kahwin, kita dah ada tiga keluarga kena jaga. Keluarga belah suami, keluarga belah isteri dan keluarga yg kita baru je bina setelah akad nikah. Mmg ssh nak suaikan diri dgn keluarga baru, mama fhm sbb mama pun prnah jadi pngantin baru. Jadi ni suami dn isteri kena ambik peranan. Jaga hati kedua2 belah pihak. Hubungan dgn mnusia tu sgt luas. Jika hubungan kita dgn keluarga sendiri pun belum terjaga, tak prlu pergi jauh nak tgk hubungan kita dgn org luar. Jaga hati keluarga dulu sebelum hati org luar.

3. Jangan ada gap (jarak) dgn ahli keluarga mertua.

Bila balik rumah mertua buat je mcm rumah sendiri. Klu nak rumah kemas cantik bersih, kemas je tak perlu minta izin. Kalau nak kenal dgn ahli keluarga mertua, borak dgn ahli keluarga mertua. Simple je..

4. Tegur dgn hikmah.

Mama kata, takde kat dunia ni suami isteri tak pernah bergaduh. Tak pernah selisih faham. Cuma bezanya, suami dn isteri yg baik dia akan handle masalah dgn hikmah. (Maksudnya dgn bijak). Tegur dgn lembut, bukan sindir menyindir, perli memerli. Tapi kalau tegur dgn mulut tak jalan, tegur dgn perbuatan. Cthnya klu isteri tak suka baca Quran, suami baca Quran depan dia.

5. Saling menerima kekurangan.

Mama cakap, kat dunia ni mana ada manusia yg sempurna. Masing2 ada kekurangan dn kelemahan. Utk bahagia rumahtangga kena saling menerima kekurangan each other. Kalau mampu baiki kelemahan tu.

6. Ada masalah jangan sebarkan pada orang luar.

Mama pesan, kalau kita ada masalah dgn suami atau isteri jangan cerita kat org luar. Nnt mengaibkan pasangan kita. Klu nak luah, cerita pada ahli keluarga, cthnya klu isteri ada masalah dgn suami, jgn cerita kat keluarga isteri, tapi cerita pada keluarga suami/mak suami. Begitu juga sebaliknya.

7. Jaga amanah Allah.

Suami kena jaga amanah Allah iaitu isteri. Jika isteri sakit ke, jaga dia, klu perlu bg ubat, bwak pergi klinik. Jaga emosi isteri. Prmpn ni lain emosinya, mama pun perempuan jd mama faham. Isteri pun kena jaga suami, makan pakai dia jaga baik2 (tips utk suami syg).

Itulah antara tips dn nasihat berguna daripada mama (mak mertua saya). Tiba2 teringat hadith Nabi,


مَا يُصِيبُ المُسْلِمَ، مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ، وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ، حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا، إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

“Tidak ada satu musibah yang menimpa setiap muslim, baik rasa penat, sakit, bingung, sedih, gangguan orang lain, resah yang mendalam, sampai duri yang menancap di badannya, kecuali Allah jadikan hal itu sebagai sebab pengampunan dosa-dosanya.” (HR. Bukhari 5641).

Boleh jadi pertengkaran dan perselisihan dlm hubungan suami isteri disebabkan dosa yang pernah kita lakukan. Kemudian Allah memberikan hukuman batin dalam bentuk masalah keluarga. Di saat itu, hadirkan perasaan bahawa Allah akan menggugurkan dosa-dosa kita dengan kesedihan yang kita alam. Segera bertaubat dan memohon ampun kepada-Nya.

Umar bin Abdul Aziz mengatakan,

مَا نَزَلَ بَلَاءٌ إلَّا بِذَنْبِ وَلَا رُفِعَ إلَّا بِتَوْبَةِ

“Musibah turun disebabkan dosa dan musibah diangkat dengan sebab taubat.” (Majmu’ Fatawa, 8/163)

Taubat dan istighfar selalu untuk menghindar perselisihan dan untuk mendapatkan semula Baitul Muslim yang sakeenah, mawaddah wa rahmah. Iaitu keluarga yang tenang, berkasih sayang dan dirahmati Allah.

Semoga tips dan nasihat ini berguna untuk semua. Insha-Allah.

#21Ramadhan1437H


Post a Comment

0 Comments