Doa Khusus Dapat Anak Soleh

T-Shirt Islamik Kanak-kanak Lyvassundus. Untuk harga promosi boleh contact 0105170478  
[Perkongsian Baitul Muslim]

Niat mempunyai anak yang SOLEH.

*Menjadi fitrah bagi kedua ibu bapa menginginkan anak yang soleh kerana anak soleh banyak memberi manfaat kepada kedua orang tuanya, lebih-lebih lagi bila sampai hari tua dan kematian.

*Sunnah para Rasul akan sentiasa berdoa untuk mendapatkan anak yang soleh.

*Para Nabi juga berdoa kepada Allah (sebelum dikurniakan anak) agar Allah berikan mereka anak yang soleh, baik lagi bermanfaat.

*Para ulama' pernah berpesan, "Didiklah anak-anakmu 10 tahun sebelum mereka dilahirkan ke dunia."

Kata-kata ini bermaksud, jika kita mahukan anak yang soleh, yang bijak, yang bermanfaat untuk ummah, maka 10 tahun sebelum kita berumahtangga, kita perlu perbaiki diri agar menjadi seorang manusia yang berguna untuk ummah. Kerana Nabi pernah berpesan, sebaik-baik manusia itu adalah yang banyak beri manfaat kepada manusia lain.

*Amalan-amalan doa para Nabi yang ma'thur di dalam al-Quran (yg diamalkan sebelum mereka dikurniakan anak) agar memperolehi anak yg soleh:

1. Doa Nabi Zakaria a.s

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". -Ali Imran, 38-

2. Doa Nabi Ibrahim a.s

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
-surah Ibrahim, 40-

3. Doa Nabi Zakaria (khusus utk mereka yang sudah lama mahukan anak tapi belum ada rezeki)

ُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".

-Surah al Anbiya', 89-

4. Doa Nabi Musa a.s

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku." -Surah al Ahqaf, 15-

5. Doa Nabi Ibrahim a.s

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
-Surah as Saffat, 100-

6. Doa orang-orang soleh, beriman lagi diredhai Allah

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa."
-Surah al Furqan, 74-


# Semoga bermanfaat untuk kita semua. Insha-Allah. Amalkan doa-doa di atas selepas solat 5 waktu. Semoga Allah kabulkan dan merahmati kita semua. Berdoalah!






Post a Comment

0 Comments