Aku Cintakan "Yusuf"!






Kenapa surah Yusuf digelar 'Ahsanul Qasas' (kisah yang terbaik)?

Ini pada pandangan penulis sendiri. Yang baik boleh dijadikan ibrah dan teladan. Insha-Allah sama-sama berusaha jadi hamba-Nya yang terbaik.

Pada pemerhatian dan research yang dibuat, kisah Nabi Yusuf ini sangat unik dan penuh dengan cabaran. sekiranya ia dapat difilemkan dengan baik sekali, pasti kita akan menangis di setiap babak lebih-lebih lagi pada "ending" cerita ini.

Uslub yang digunakan sangat menakjubkan. Bagi sesiapa yang faham bahasa arab ia merupakan satu kelebihan untuk merasakan emosinya kisah ini.

INTIPATI "SENTUHAN" DALAM SURAH YUSUF:

➡ SENTUHAN tentang kekeluargaan, "parenting", "brotherhood", sillaturrahim. Cara seorang ayah yang soleh bertindak atau berinteraksi dengan anak-anaknya yang bermacam karenah.

➡ SENTUHAN tentang pergaulan antara lelaki dan wanita. Bagaimana seorang lelaki soleh 'handsome' yang digoda untuk melakukan perzinaan tetapi ditolaknya dan segera memohon perlindungan Allah.

➡ SENTUHAN bagaimana menjadi sahabat yang baik. Perwatakan Nabi Yusuf dalam penjara sebagai sahabat yang baik dan soleh dengan menyampaikan dakwah serta menolong dua kawannya untuk mentafsir mimpi

➡ SENTUHAN tentang kepimpinan yang baik, yang ditonjolkan oleh Nabi Yusuf sebagai Menteri Kewangan di Mesir. Beliau seorang menteri yang amanah lagi bijaksana.

➡ SENTUHAN kasih sayang seorang bapa terhadap anak-anaknya. Walaupun karenah anak-anaknya menyakitkan hatinya sehingga menjadi asbab beliau jadi buta, tetapi beliau tetap redha dan terus berdoa untuk kebaikan mereka sekeluarga.

➡ SENTUHAN taubat bagi pendosa. "Scene" abang-abang Yusuf yang melakukan kesilapan besar apabila mereka bertaubat di akhir cerita membuktikan Allah Maha Pengampun dan bukti Dakwah Nabi Yusuf dan Nabi Yaakub terkesan di hati mereka.

➡ SENTUHAN uslub dakwah Nabi Yusuf ketika menerima keampunan abang-abangnya. Beliau tidak sandarkan kesalahan itu kepada abang-abangnya, tetapi Yusuf menyatakan kesalahan itu akibat perbuatan Syaitan yang direjam.

*Semoga bermanfaat dan dapat dijadikan iktibar. I really love this Surah! The best story ever!!!


Lots of Love:
#DelishaHaseena
#KhazinatulAsrar
#SurahYusuf


Post a Comment

0 Comments