Ibu memanggilku dari meja makan. Aku keluar dari bilik perlahan. Mataku tunduk memandang lantai sambil berjalan. Ku dengar suara abah membebel di ruang makan.
Aku berdiri depan mereka. Ibu bersuara lembut, "duduk Ash. Makan sekali dengan abah kamu.."
Aku mengangguk kecil. Abah menjeling aku sambil tangannya menyuap nasi ke mulut.
Abah mula berceramah di meja makan. Aku yang baru habis study berserabut dengan subjek electronic yang entah apa apa.
Aku tumpukan mataku ke nasi, sambal ayam dan kuah kari. Abah sempat petik kata kata hikmah dari Luqmanul Hakim tentang kewajipan aku berbakti pada orang tua. Ya, aku tidak pernah menafikan tanggungjawab itu. Aku kunyah perlahan sambil menyulam air sejuk!
Petang itu ibuku whatsapp aku.
Ibu: Ash, lain kali waktu makan, makan la sekali dengan abah kau tu. Bernanah la telinga ibu kena tadah. Ibu tak suka anak ibu diburuk-burukkan.
Aku: Ye ibu, next time Ash makan sekali. Tadi Ash sibuk study. Ash minta maaf ibu. :(
Ibu: okay.
Aku tahu abah selalu bandingkan aku dengan abang Long. Abang Long pandai, semua benda abang long tahu. Repair kereta pandai, repair computer pandai, masak pun boleh tahan, tukar mentol pandai, banyaklah abang long tahu. Tapi aku? Abah selalu cakap aku ni tak berguna. Ambik bidang engineering tapi apply tak reti. Aku diam je. Dalam hati Allah je yang tahu.
Setiap hari macamtulah kehidupan aku. Abah memang suka membandingkan aku dengan abang long dan kakngah. Aku ni apalah sangat. Setakat bidang engineering. Abang long ambik medic, jadi doktor. Kakngah pulak akauntant yang dah berpangkat tinggi.
Abah selalu cakap "senang abang long ada, boleh check abah time abah sakit, kakngah pun senang jaga kewangan abah. Kira-kira laju je.. tak macam Ash, Entah apa yang dia tahu"
Aku pendam perasaan ni. Abah tak tahu setiap solat aku doakan abah dan ibu masuk syurga. Aku doa agar dosa abah dan ibu diampunkan. Aku doa agar kita sekeluarga dapat bertemu di dalam syurga. Abah tak pernah tahu. Abah lupa apa yang paling penting untuk bekalan abah nanti ialah doa anak yang soleh.
Abah tak pernah tahu abang long bukan jenis yang jaga solat. Abah tak tahu kakngah selalu mengata abah di belakang. Tapi Ash tetap sayangkan abah. Abah, Ash harap abah dapat terima anak abah ini seadanya walaupun Ash tak sepandai abang long dan kakngah.
Ibu selalu cakap, Ash pendiam, senang ibu jaga Ash sebab tak banyak karenah.
Ibu pernah cakap suara Ash sedap masa Ash azan dan mengaji.
Ibu pernah cakap Ash pandai mengurut ibu ketika ibu sakit kepala.
Ibu juga pernah cakap, Ash cepat ingat sesuatu maklumat bila ibu cakap sekali je Ash ingat sampai bila-bila.
Abah, manusia tidak ada yang sempurna. Terimalah anak-anak abah walaupun mereka banyak kelemahan kerana anak adalah amanah.
Manusia tidak sempurna. Setiap manusia pasti ada kelebihan dan kemahiran mereka yang tersendiri.
Ash sayangkan abah,
Ash sayang ibu.
Semoga kita bertemu di Jannah! Aamiin.
0 Comments