Maksud tersirat lagu Suci Dalam Debu

SUCI DALAM DEBU - IKLIM

Engkau bagai air yang jernih
..Itulah diri kita yang sebenar (Ruh)

Di dalam bekas yang berdebu
..Jasad/Badan yang asalnya di jadikan dari tanah.

Zahirnya kotoran itu terlihat
..Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain

kesucian terlindung jua
..Hal-hal yang baik biasanya tak beberapa di pandang dan ambil peduli.

Cinta bukan hanya di mata
..Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat

Cinta hadir di dalam jiwa
..Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah

Biarlah salah di mata mereka
..Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat

Biar perbezaan terlihat, antara kita
..Perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia

Kuharap engkau kan terima
..Bermunajat agar di terima Ilahi

Walau di pandang hina
..Sebagai hamba yang hina

Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa
..Perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata

Suatu hari nanti, pastikan bercahaya
..Di alam akhirat

Pintu akan terbuka, kita langkah bersama
..Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya

Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat
..Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar

Debu jadi permata, hina jadi mulia
..Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat

Bukan khayalan, yang aku berikan
..Kitab Al Quran

Tapi keyakinan yang nyata
..Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran.

Dinyanyikan oleh Saleem Iklim pada tahun 1990.. Setelah 25 tahun baru terurai isinya..


Post a Comment

0 Comments