BEDAH FILEM: Banjrangi Bhaijaan 2015






Alhamdulillah, baru berkesempatan untuk menulis ulasan serba sedikit tentang cerita Bajrangi Bhaijaan lakonan Salman Khan, Kareena dan Harshaali Malhotra. Baru 15 minit duration dah menitiskan airmata. Memang betul kata Aamir Khan, filem ini telah membuatkannya menangis sepanjang di panggung dan filem ini adalah filem Salman Khan yg paling terbaik!
Antara pengajaran yang Kabir Khan cuba selitkan dalam filem ini ialah:
1) Humanity, sifat kemanusiaan dan kasihan yang sepatutnya wujud bagi mereka yang bergelar manusia. 

2) Berpegang teguh dengan agama
Scene Shahida (Munni) yang keluar dari kuil pergi ke Masjid menunjukkan dia berpegang teguh dengan agama yang diajar ibunya.

3) Didikan ibu bapa sangat penting bagi anak-anak ketika mereka masih kecil. Scene Shahida yang masih kecil, berumur 6 tahun sudah dapat rasa sebati dengan ajaran Islam yg diajar ibunya. Sangat penting didikan agama kerana kelak mereka tidak mudah diperdaya dengan ajaran lain.

4) Helah dan Tipu adalah dua perkara yang berbeza: 
Scene Bajrangi Bhaijaan mahu menghantar semula Munni ke Pakistan dengan membawa sifat/sikap jujurnya yang keterlaluan. Dalam Islam, ketika peperangan kebiasaannya tentera Islam akan menggunakan strategi dan helah untuk mengalahkan tentera musuh. Dalam ajaran Islam tipu dan membohong merupakan satu dosa, tetapi helah dibenarkan dalam Islam. Kerana helah bukanlah menipu. 

5) Sifat jujur merupakan sifat yang terpuji:
Sifat ini telah ditonjolkan oleh watak hero, iaitu Salman Khan yang terlalu jujur walaupun beliau tahu akibat dari sikap jujur itu mereka akan dibunuh atau dipenjarakan. Sifat ini merupakan sifat para Nabi dan sifat ini amat disukai oleh semua manusia yang ada kasih dan sayang dalam dirinya.

6) Permainan busuk politik dalam menggunakan media massa: 
Jika kita lihat di mana-mana sahaja, terutama pihak yang berkuasa dan berpengaruh pasti akan menggunakan media massa seperti Television, majalah, surat khabar dll untuk mengaburi mata rakyat ataupun untuk mengunakannya sebagai platform untuk mendapatkan duit lebih. Dalam filem ini telah membuktikan bahawa zaman fitnah dajjal ini manusia semakin tamakkan harta sehingga tergamak menayangkan berita-berita palsu dan fitnah demi pangkat, harta dan sewaktu dengannya. Scene Nawazuddin Siddiqiue sebagai journalist yang mahu menyiarkan berita sahih tentang Bajrangi Bhaijaan tidak diterima kerana kisah ini seolah-olah tidak akan mendapat sambutan oleh masyarakat. Tetapi, apabila kisah beliau sudah mendapat ranking tertinggi di Youtube, baru semua channel TV mahu menyiarkan berita tentangnya kerana mahukan duit dan ranking channel meningkat!

7) Zaman teknologi boleh dijadikan "zaman kebangkitan":
Dalam filem ini telah membuktikan bahawa zaman sekarang masyarakat lebih mempercayai berita yang ditayang di Youtube, Facebook, dll berbanding di TV kerana kebanyakan channel di TV menyiarkan berita palsu atau fitnah juga berita yang diputar-belitkan. Jadi, untuk mendapatkan kepercayaan dan perhatian Masyarakat umum Youtube adalah merupakan platform pertama untuk dijadikan tempat bagi menyiarkan berita-berita yang sukar disiarkan melalui Television dan Surat khabar. 

8) Leraikanlah kebencian, pupuklah Kasih sayang!
Point paling penting dalam filem ini yang mahu ditonjolkan oleh Kabir Khan ialah permusuhan antara India dan Pakistan yang terlalu lama ini mestilah dihentikan bagi mewujudkan suasana harmoni di antara keduanya, kerana dengan kebencian maka sukar untuk menghubungkan antara seseorang dengan seseorang yang mereka kasihi. Hentikanlah permusuhan ini dan kebencian yang semakin menjadi-jadi antara kedua negara ini. Sudah terlalu banyak filem hindi yang mahukan kebencian ini terlerai dan digantikannya dengan kasih dan sayang. 

9) Keberanian menukar kebatilan kepada kebenaran!
Jika kalian merupakan peminat tegar filem hindi, kalian akan mendapati setiap filem hindi yang wujud di India, watak utama dalam filem mereka pasti mempunyai sifat BERANI. Jika sifat ini tiada dalam diri mereka, maka si Hero tidak akan sekali-kali berjaya menawan apa yang dia inginkan. Dan si Hero pasti tidak akan mampu menukar kebatilan kepada kebenaran jika KEBERANIAN tidak ada dalam diri mereka. Begitu jugalah Panglima Islam sewaktu ketika dahulu, seperi Khalid al-Walid, Umar al-Khattab, Saad Abu Waqas, merupakan pemimpin tentera Islam yang sangat berani menentang kezaliman dan kebatilan sehingga mampu menawan musuh dan kota-kota tertentu dalam sejarah Islam. Pepatah hikmah juga pernah menyatakan, "Berani kerana Benar, takut kerana salah!"



Lots of love, Khuda Hafiz,
Delisha Haseena
-Author, Novelist, blogger, analyst Hindi Films, Lyrics writer- 

Post a Comment

0 Comments