Deflection Love [Part 1]

Balqis merenung syiling ruang tamu. Terkadang dia mengeluh. Mukanya masam mencuka. Terdengar derapan kaki Wafiyya menghampiri Balqis.

"Apa lagi mamat tu buat kat kau?" Wafiyya duduk bersebalahan Balqis.

Balqis hanya mendiamkan diri. Sesekali matanya menjuling tanda bengkek.

"Weyh, cakaplah.. dah macam cakap dengan monyet pulak gaya aku ni.."

"Aku dah bosan kau tahu hidup macamni. Dah macam macam aku buat nak bagi dia caring kat aku. Aku bagi dia hadiah, aku belanja dia makan, tapi dia masih nak menggatal dengan perempuan lain. Arghh, stressnya aku!" Balqis menjerit sekuat hati.

"Kau jangan jadi hamba manusia boleh tak?" Wafiyya membeliakkan matanya.

"Hamba manusia?" Mulut Balqis melopong tanda kehairanan.

"Yela, kau punya bersungguh nak tarik pehatian manusia sampai sanggup membazir duit, sanggup buang masa kau kerana dia. Tapi ada ke dia hargai kau?" Balqis masih ternganga.

"Kau kena sedar beb, lelaki macamtu tak layak dijadikan suami. Kau nak pilih suami kena pilih betul-betul, bertanggungjawab, sayangkan kau kerana Allah, yang ada ilmu pengetahuan agama dan faham ilmu tu, amalkan ilmu tu. Bukan pilihan lelaki sakai macamtu. Macamtu ke nak pimpin kau nanti?!" Wafiyya mula tegaskan suaranya.

"Ngaa.. hmm.."

"Qis, kau ni cantik, pandai pulak tu. Ramai lagi lelaki berkualiti kau boleh dapat Qis. Jangan tergopoh cari lelaki. Kalau tergopoh takut dapat yang tiada kualiti. Minta pada Tuhan yang menciptakan lelaki. Dia menanti doa dan rintihan dari kau. Bukan luahan kau di laman sosial. Tapi luahan kau depan Tuhan itu lebih makbul. Semoga Allah berikan kau yang terbaik dalam hidup. Aku yakin Allah akan makbulkan doa kau..."

Balqis menitiskan airmata. Dia bangun dan memeluk Wafiyya erat. "Beb, kau housemate aku yang paling aku sayang, sebab kau suka bagi aku nasihat berguna. Walaupun kau pelajar engineering, tapi kau hebat bagi tazkirah."

"Sebab aku sayang kaulah aku bagi kau nasihat. Tak kira lah course apa aku ambik, bukan menjadi syarat wajib orang yang perjuangkan Islam itu semuanya kena berkopiah dan bertudung labuh. Itu hanya analogy saja ye.. hehe.. okeylah beb aku dah lewat nak pergi Lab.. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam.."

#DelishaHaseena
#StoryTelling

Post a Comment

3 Comments

Anonymous said…
Normallƴ I don't rewd posts on weblogѕ, fortunately on this oсcasion I did.

I must say this write up motivated mе. Your writen material is amazing.
Good post!

My site e cig liquid ingredients
Anonymous said…
First of all I would like to say awesome blog!
I had a quick question in which I'd like to ask if you do not mind.
I was curious to know how you center yourself and clear your thoughts prior to writing.
I have had difficulty clearing my thoughts in getting my ideas out.
I do enjoy writing however it just seems like the
first 10 to 15 minutes are wasted simply just trying to figure out
how to begin. Any recommendations or tips? Thanks!


Stop by my webpage ... cheap web hosting uk