Sambungan Kisah Nabi Yusuf (Part 2)

Selepas suami Zulaikha menyuruh Nabi Yusuf melupakan apa yang terjadi, dan seterusnya meminta isterinya insaf dan bertaubat kerana kesalahannya menggoda Nabi Yusuf itu. 

Tetapi, Zulaikha seolah-olah tidak berpuas hati. Kisah tentangnya dan Nabi Yusuf tersebar  di seluruh kota itu. Perempuan-perempuan di Kota itu mengata macam-macam mengenainya.. 

mereka berkata: Isteri al-Aziz menggoda dan merayu pelayannya Yusuf untuk bersama-sama dengannya. Teruk dan hinalah perbuatan itu....

Zulaikha tidak mahu berdiam diri. Kemudian, dia merencakan sesuatu untuk membuktikan dia tidak bersalah. Dia menjemput kesemua perempuan-perempuan yang mengutuknya ke suatu majlis untuk membuktikan bahawa yang bersalah adalah Yusuf atas ketampanannya itu, bukan dirinya. 

Di dalam Majlis itu Zulaikha menyediakan pisau-pisau untuk setiap perempuan-perempuan itu memotong jamuan yang disediakan di atas meja. 

Zulaikha berkata kepada Yusuf: Keluarlah sekarang, (di waktu perempuan-perempuan itu sedang memotong buah-buahan) 

Sedang Nabi Yusuf berjalan perlahan keluar, Mereka melihat ketampanan dan kehebatan rupa paras Yusuf sehingga mereka tidak sedar terpotong/terlukakan tangan mereka sendiri. 

Perempuan-perempuan itu pun berkata: Maha sempurna Allah, ini bukan manusia ni... Ni Malaikat!!!

Zulaikha pun berkata: Hah, sekarang tengoklah sendiri kenapa aku boleh tergoda dengannya. Inilah sebab kamu semua mengutuk aku bukan? Memang benar aku menggodanya tetapi dia tidak mahu menerima ajakanku. Dia menolak kemahuanku, jadi, sekarang jika dia tidak mahu melayanku akan aku penjarakannya! 

Nabi Yusuf pun berkata: Ya Allah, jika beginilah situasinya di dalam istana ini, aku lebih rela masuk ke dalam penjara (itu menjadi kemahuanku buat masa sekarang ini). Jika bukan Engkaulah yang memeliharaku nescaya aku akan terjerat dengan ajakan mereka dan sudah tentu aku akan termasuk dalam golongan orang yang bodoh.

Kemudian, doa Yusuf dikabulkan Allah. Akhirnya Nabi Yusuf dipenjarakan!

bersambung...... 




Post a Comment

2 Comments

oraiittt..noted..menanti sambungannn