Pengisian Ceramah Israk dan Mikraj

Tajuk Khutbah: Israk Mikraj, mukjizat dari yang Maha Agung untuk menguji keimanan kita.
Bertaqwalah kepada Allah swt!
Marilah sama sama meningkatkan keimanan kepada Allah dengan beramal, beringat sentiasa kpd-Nya, dan bersedia untuk menemui-Nya.
ALLAH telah menyediakan mukjizat untuk semua Rasul sebagai persediaan dalam menemui musuh.
Ianya hanya berlaku dengan izin Allah sahaja kepada Nabi dan Rasul. Bukan makhluk yang lain seperti manusia, jin, dsbg
Ianya adalah ujian buat kita semua, dan bukan sihir, malah bukti kerasulan nabi / rasul kepada kita.
Peristiwa israk dan mikraj adalah salah satu mukjizat yang dikurniakan kepada Rasulullah saw
Ianya adalah sebagai anugerah kepada baginda yang telah melalui pelbagai ujian dan tentangan mahupun fitnah dan mehnah dari musuh baginda.
Peristiwa ini jua dikenali dengan 'Aamul Huzni bermaksud Tahun Kesedihan buat baginda saw kerana pada tahun itulah bapa saudara baginda dan isteri tercintanya dijemput Ilahi.
Rasulullah saw telah dibawa berjumpa dengan semua rasul sebelum baginda berjumpa di alam roh luh mahfuz, kemudian di sidratul muntaha.
Demikian agungnya Rasulullah saw yang dibawa bertemu dengan Allah swt yang tidak pernah dicapai oleh mana mana rasul mahupun manusia lain.
Ianya tidak mampu difikirkan oleh akal manusia. Terlalu hebat dan istimewa!
Allah swt berkuasa melakukan apa sahaja.
Allah swt meminta kita bersyukur, namun hanya sedikit sahaja yang suka dan mahu bersyukur.
Rasulullah saw tetap teruskan usaha dakwah walaupun dengan ujian dan mehnah.
Israk Mikraj, ianya tiada bukti dari penglihatan dengan mudah, namun hanya wajib percaya apa yang dikatakan oleh Rasulullah saw dan apa yang diberitakan di dalam Al Quran, (ayat/surah al-Isra')
Itulah ujian keimanan kita dan kita wajib meyakininya!
Ada dua fasa perjalanan; pertama dari Masjidil Haram ke Bukit Tursina, tempat Nabi Musa berbicara dengan Allah dan lahirnya Nabi Isa.
Kedua ialah bila bergerak naik (mikraj) ke atas dari baitul maqdis hingga ke sidratul muntaha dan berjumpa di alam roh dgn rasul lain dan akhirnya Allah swt.
Bila baginda beritahu khabar itu kepada orang Quraish, ramai yang tak percaya. Namun Abu Bakar r.a. tetap percaya. Kata beliau, "jika apa yang disampaikan oleh Rasulullah saw aku tetap pecaya walau perkara lebih pelik dari itu sekalipun."
Baginda mengimamkan solat bersama nabi nabi lain, membuktikan baginda adalah penghulu segala nabi.
Baginda telah diperlihatkan keadaan semua ummat manusia, spt bahagian limpahan nikmat kpd manusia yg soleh. Juga keadaan manusia yg ditimpakan seksaan manusia yg melakukan kejahatan di dunia ini dahulu.
Setiap manusia akan ditimpakan balasan walau seberat zarah mahupun baik atau jahat.
Realitinya dunia ini tempat mencari ilmu dan beramal. Bukan buat kerja mungkar dan maksiat. Kebaikan dibalas dgn nikmat dan mungkar dibalas dgn seksaan. Jgn berdusta dgn risalah kenabian, dgn mengajak kpd maksiat dan menghalang kebaikan.
Israk mikraj berakhir dengan kurniaan ibadat solat 5 waktu sehari semalam. Ianya simbolik kepentingan ibadat solat itu. Manusia sebenarnya mampu lebih dari itu, namun skrg 5 kali sehari semalam pun malas/ tak larat.
Umpama mandi 5 kali sehari semalam, badan akan suci dan bersih. Itulah perumpamaannya solat 5 kali sehari semalam.
Beriman itu yakin kpd Allah dan Rasul tanpa perlu bukti. Melaksanakan apa yg diperintahkan tanpa banyak soal.
Ayuh mari sama sama kita berjihad utk kembali kan martabat Islam daripada dinjak injak oleh yahudi dan nasrani.!
Patutkah manusia menyangka mereka cukup shj dengan kata diri mereka beriman tanpa diuji dengan (jihad) ?!
Kesimpulan, pentingnya keyakinan dlm iman dan menuruti perintah seperti dalam urusan jihad jiwa raga dan harta serta tenaga dan masa. Perlu fokus kpd perjuangan dan memartabatkan agama Islam serta menjauhkan diri dari kemaksiatan.

By My eldest Brother, Khairul Ikram 

Post a Comment

0 Comments