Kisah Muhammad Al-Fatih dirotan gurunya!

Suatu hari Muhammad Al-Fatih tidak mahu membaca al-Quran. Ketika itu beliau berumur 8 tahun. Disebabkan kekerasan dan kedegilan Muhammad al-Fatih, maka gurunya merotannya. Muhammad rasa tercabar, lalu dia berkata "Ayahku seorang Sultan, ayahku tidak pernah memukulku, lalu engkau berani memukulku!"

Muhammad al-Fatih melarikan diri ke istananya. Muhammad pun mengadu kepada ayahnya, Sultan Murad bahawa beliau dipukul/dirotan gurunya.

Sultan Murad pun berkata, "Mengapa gurumu memukulmu?"

Muhammad al-Fatih menjawab, "Kerana aku tidak mahu membaca al-Quran" 

Sultan Murad pun membalas, "Maka, benarlah perbuatan gurumu itu..." Sambil Sultan Murad pun berlalu meninggalkan anaknya. 

Muhammad al-Fatih masih belum puas hati. Muhammad pun pergi bertemu ibunya, untuk meluahkan rasa geramnya itu. Ibunya bertanya, "Mengapa engkau dipukul wahai anakku?"

Muhammad berasa seperti ibunya bakal menyebelahinya. Muhammad pun menjawab, "Keranaa... aku tidak mahu membaca al-Quran"

Ibunya pun terus berkata, "Lalu apakah engkau mengadu kepada ayahmu?"

Muhammad berkata, "Ya"

Ibunya bertanya lagi, "Apa tindakan ayahmu?"

Muhammad berkata, "Tiada tindakan apa-apa.."

Ibunya berkata lagi, "Lalu tidak berhak ke atasku untuk bertindak apa-apa.."

Muhammad al-Fatih terus berfikir, mengapakah ibu bapanya tidak marah? Lalu selepas kes itu, Muhammad al-Fatih belajar Quran bersungguh-sungguh dan beliau menguasai tujuh bahasa akhirnya hasil rotan itulah menjadikannya mampu untuk menawan kota Konstantinopel ketika umurnya masih muda, 22 tahun (sumber lain 23 tahun!) 

* Fikirlah, mahu anak berjaya maka dididiklah mereka dengan sebaiknya. 

Selepas ini saya akan post pula kisah Salahuddin al-Ayyubi di'belasah' ayahnya ketika beliau masih kecil :) 

Post a Comment

0 Comments