Hukuman Qazaf: Zina dan Liwat?

Salam sahabat setia blog saya. Hari ini saya nak ketengahkan isu Liwat dan Zina? Eh, maksud saya hukuman yang sepatutnya dikenakan kepada orang yang menuduh seseorang berzina atau meliwat.

Baru-baru ini saya post isu hudud, yang mana mungkin ada sebahagian boleh terima dan ada sebahagian taknak terima. Well, itu bukan urusan saya untuk kalian nak terima atau tidak. Nanti di akhirat jangan nak mempersoalkan bahawa, "oh Tuhan, tiada siapa yang nak ingatkan atau bagitau saya tentang hudud!" Zassss!!! Itu bukan alasan, kerana tiada alasan di hadapan Robb al-Jalil!

Baiklah, hari ini saya nak bentangkan isu Qazaf. Apa itu QAZAF?

Qazaf ialah, melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya. 

Qazaf terbahagi kepada dua:

1) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan EMPAT orang saksi lelaki yang ADIL. 

2) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman ta'zir, seperti menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arak atau murtad dan sebagainya. termasuklah mencaci, memaki, dan lainnya yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.

Apakah hukuman Qazaf itu?

-Sekiranya seseorang menuduh seseorang itu berzina tanpa membawa EMPAT orang saksi yang ADIL, hukumnya adalah HARAM dan termasuk dalam dosa besar dan wajib dikenakan HUKUMAN HAD QAZAF (SEBAT) sebanyak 80 kali sebatan dan penyaksiannya tidak boleh diterima selama-lamanya.

DAlil?

Dalilnya ialah...

Rujuk surah an-Nur ayat 4. (Cari sendiri dalil, rajin-rajinkan tangan bukak tafsir dan terjemahan al-Quran) :)

So, apa kaitan dengan LIWAT?

Sabar.... Baca lagi selanjutnya...

- Seseorang yang menuduh seseorang yang lain melakukan LIWAT tanpa sesuatu bukti yang boleh menyokong tuduhannya samalah hukumannya seperti menuduh seseorang melakukan ZINA. Jika tidak sabit kesalahan orang yang dituduh itu mengikut bukti-bukti yang disebutkan di atas iaitu mendatangkan 4 orang saksi yang adil dan ikrar si pelaku sendiri, maka orang yang MENUDUDH itu wajib dikenakan hukuman had QAZAF sebagaimana yang dikenakan ke atas orang yang menuduh seseorang berzina. 

Sumber: Kitab Qanun Jinayat Syar'iyyah. 

Kesimpulan, 

Berhati-hatilah dari menuduh dua perkara, iaitu menuduh orang berzina dan meliwat. kerana dua tuduhan ini boleh dikenakan hukum QAZAF.

Di sini saya selitkan sebuah kisah luar biasa untuk renungan bersama.....

Sejarah Imam Malik: Tangan Si Pemandi Mayat Melekat Di Tubuh Si Mati...
Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur). Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu.Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.

Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada 2 pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan. Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus.

Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.

Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa.
Pernah ada satu ketika, Imam Malik mendapat 40 pertanyaan, tetapi yang dijawabnya hanyalah 5. Ini menunujukkan akan berhati-hatinya dan betapa sensitifnya beliau dalam isu agama.

Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu "apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya" ? Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.

Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata: "Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar dan memukul-mukul berkali pada batang tubuh si mati".

Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut, sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi ? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi.
Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah swt, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut...

# "jaga lidah jangan sembarangan fitnah atau sangka buruk kuasa Allah Taala mengatasi segala2nya Allah jangan timpakan aku ujian yang berat yang tak mampu aku pikul ya Allah..."
# Jika kamu kenal dan tahu siapa yang bekerja sebagai pelacur pun, jika kamu tidak pernah melihat perbuatan zinanya, maka kamu dilarang menuduhnya berzina...
*Di sini, saya menyeru kepada diri saya sendiri dan saudara-saudari sekelian supaya kisah Imam Malik dan pemandi mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan iktibar

Allahu a'lam... 

Post a Comment

0 Comments