HUDUD: Psikologi takutkan manusia?

Bila sebut hudud di negara Malaysia, ia merupakan isu sensitif bagi rakyat Malaysia. Kerana apa?
Kerana kita sudah ditanamkan dalam minda kita oleh pemimpin kita bahawa hudud itu tak relevan, hanya politik semata-mata, hanya isu yang ditimbulkan oleh parti tertentu untuk menarik crowded dalam undian mereka. 

Maaf, saya bukan nak ulas isu politik. Dan saya tidak berpihak dengan mana-mana parti. Bagi saya hak Allah kita wajib tunaikan. Begitu juga hukum Allah yang sudah termaktub dalam al-Quran kita wajib tegakkan dan jalankan. 

HUDUD bukan rekaan manusia. HUDUD bukan rekaan para ulamak. Tetapi HUDUD itu rekaan Allah, yang terlalu banyak di dalam ayat-ayat al-Quran Allah mentioned tentang HUDUD ini. Anda inginkan dalil? Ya, saya akan datangkan DALIL selepas saya ulas maksud HUDUD terlebih dahulu.

APa itu HUDUD?

Hudud ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Quran dan Hadith. Hukuman hudud ini adalah HAK ALLAH yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh diubah suai dan dipinda. 

Hukuman Hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun. Mereka yang melanggar aturan-aturan hukum Allah yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah dan Rasul-Nya yang disebutkan di dalam al-Quran dan Hadith adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim.

Dalil?

Dalilnya ialah, Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 229
"ومن يتعد حدود الله فأؤلىئك هم الظالمون"

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang ZALIM.."

Kesalahan apa je boleh dikenakan HUDUD?

Kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan hudud ialah:

1- Berzina
2- Menuduh orang lain berzina (Qazaf)
3- Minum Arak (Yang memabukkan)
4- Mencuri
5- Murtad
6- Merompak (Hirabah)
7- Pendurhaka (Bughat) yakni, rakyat yang menderhaka terhadap pemimpin ISLAM yang mengikut hukum Allah. 

Dan setiap kesalahan-kesalahan di atas ada hukuman-hukuman yang telah ditetapkan di dalam al-Quran hadnya (berapa kali sebatan) di dalam surah-surah tertentu.

Begitulah sedikit sebanyak dapat saya jelaskan apa itu hukum HUDUD. Jadi, mana yang anda mahu ikut dan pilih? Hukum Allah atau hukum manusia (yakni, hamba kepada Allah yang penuh dengan kelemahan dan kerosakan)?

Dan akhir sekali, Percayalah, hukum Allah adalah yang terbaik! Bila diumumkan saja nak implement hukum HuDUD, manusia akan rasa gerun untuk buat maksiat dan jenayah! Itulah psikologi yang Allah tanamkan dalam hati hamba-hamba-NYA..

Sesungguhnya tiada keraguan di dalam al-Quran!


# Tegakkan Islam di dalam hatimu, nescaya Islam akan tertegak di dalam negaramu.

# Aman dengan Iman

Sumber: Kitab Qanun Jinayah Syar'iyyah    

Post a Comment

0 Comments