"5 JAM YANG KRITIKAL!"

(Oleh Mentor saya: Tuan Syaari Ab. Rahman)

Apa Kata Jika…

1. Doktor menghubungi anda, bahawa ibu kesayangan anda hanya ada 5 jam sahaja untuk hidup selepas terbabit dalam kemalangan, apakah yang anda akan lakukan ?
2. Anda sedang berada dalam kapal Titanic yang ada lagi 5 jam sebelum karam sepenuhnya ke dalam laut, apakah yang anda akan lakukan ?
3. Anda bermimpi didatangi Malaikat Maut, dia memberitahu anda bahawa 5 jam lagi dia akan kembali bertemu anda secara langsung, apakah anda lakukan sebelum dia kembali pada anda?

1 Hari Belum Tentu 24 Jam!

1. Benar, 1 hari mempunyai 24 jam. Namun, siapa anda menentukan bagaimana anda melihat angka “24” ini. 1 minit bagi masyarakat Jepun sangat bernilai, kerana bangsa ini sangat mementingkan masa meskipun 1 minit!
2. Mari kita “melihat semula” jam tangan kita. Jam kita memang mempunyai 12 digit, tetapi orang-orang sukses melihatnya ada 5 digit sahaja. 5 jam yang kritikal!
3. Anggap sahaja hari esok kita hanya ada 5 jam sahaja masa paling berkualiti untuk kita berbakti pada insan-insan yang paling penting dalam hidup kita. Kita sering memberikan alasan “saya tidak cukup masa”. Kita memang tidak cukup masa untuk melakukan semua perkara. Tetapi kita mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan perkara yang “paling penting” dalam hidup kita.

Berikan Saya Contoh!

1. Mari saya berikan anda contoh seorang mahasiswa yang mahu melakar “sejarah” hariannya yang luarbiasa dalam lingkungan “5 jam kritikal” berikut:
- 2 jam pertama = membeli majalah Gen Q dan menghabiskan bacaannya” (“sejarah” adalah apabila anda tidak pernah memiliki majalah ini!)
- 1 jam kedua = menghasilkan sebuah artikel di blog anda bertajuk “Aku Suka Akademi Syabab Gen Q” (“sejarah” adalah apabila anda tidak pernah ‘update’ blog anda dengan tema “kupasan majalah”!)
- 1 jam ketiga = menziarahi pensyarah anda untuk bertanya pandangan mengenai karier masa depan anda (“sejarah” adalah apabila inilah kali pertama anda mendatangi pensyarah!)
- 1 jam terakhir = berlari 5 kilometer mengelilingi universiti ! (“sejarah” adalah apabila anda tidak pernah melakukan riadhah seperti ini dalam kampus anda!)

Ambil Sehelai Kertas, Fokus!

1. Tuliskan apakah yang anda mahu lakukan dengan bersungguh pada “5 jam kritikal” esok hari.
2. Semasa berada dalam “5 jam kritikal” ini, jangan buat banyak kerja dalam satu masa. Jangan buat satu kerja sampai 50 % sahaja, kemudian bergerak kepada kerja lain sebagaimana yang telah dicatatkan. Buatlah satu persatu.
3. Percayalah, manusia akan mencipta sesuatu produk atau hasil kerja yang luarbiasa apabila dia dia fokus 100 % pada setiap agenda-agendanya dalam lingkungan “5 jam kritikal” itu.

Susun Keutamaan:
1. Tidak ada dua perkara yang berhimpun pada satu masa melainkan pastinya ada yang “lebih utama” dari yang kedua. Maka susun keutamaan ini dengan teliti dalam tempoh “5 jam kritikal” ini. Tenaga anda yang sedang kuat di waktu 2-3 jam pertama belum tentu sama dengan 2-3 jam terakhir dalam lingkaran “5 jam kritikal” tersebut.
2. Sebaiknya, susun 5 jam kritikal ini di waktu tengahari atau petang atau malam, kerana awal pagi adalah waktu anda menyibukkan diri dengan perkara-perkara ‘urgent’ seperti jadual rutin kehidupan dan perkara-perkara yang tertangguh dari hari semalam.
Berehatlah, Berikan Hadiah!

1. “5 jam kritikal” ini tidak bermaksud 5 jam tanpa henti. Anda boleh memecahkannya mengikut masa-masa yang biasanya anda lapang dari sebarang jadual rutin. Jadual rutin adalah jadual yang anda memang tidak boleh elakkan dan seperti ‘mustahil’ untuk melakar “sejarah” dalam jadual rutin ini. Ia seperti menghadiri kelas, makan minum, tidur, mengemas bilik, mesyuarat persatuan dan seumpama dengannya.
2. Apabila anda tidak berada dalam “5 jam kritikal” tersebut, santaikan diri anda dengan apa-apa yang tidak memberikan anda tekanan. Rileks dan berehatlah sebentar. Beri hadiah pada kejayaan anda menggempur 1 jam atau 2 jam pertama dari 5 jam tersebut.
Selamat mengamalkan kuasa “5 jam kritikal”!

“Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang. Jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hingga ke pagi. Gunakan masa sihatmu sebaiknya sebelum masa sakitmu datang. Guna masa hidupmu ini sebelum datang masa matimu” 
(Ibnu Umar r.a)

# Ayuh, melakar SEJARAH!

Post a Comment

0 Comments