Sukar Menundukkan Pandangan

Assalamu'laikum wbt..
Kita semua pernah dengar ayat Quran tentang menundukkan pandangan bukan ?

"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang mukmin (lelaki) supaya menundukkan pandangan mereka.."

Arahan ini juga disarankan untuk para wanita muslim supaya menjaga pandangan dari memandang lelaki ajnabi.

Apakah tujuan post ini ? Kali ini ia berkait rapat dengan dunia teknologi.
Kebanyakan kita berjaya atau berlagak alim menundukkan pandangan di luar yakni di dunia realiti. Tak pandang perempuan kononnya menjaga pandangan. Ia bagus dan sangat bagus kerana kita patuh arahan Tuan Punya Dunia. Tapi apakah itu sudah mencukupi tanpa menjaga pandangan ketika bersendirian ???

Maksudnya di sini ialah, terlalu ramai perempuan di laman sosial tidak kira di YouTube, facebook, twitter dll, banyak yg suka tayang wajah dan badan di alam maya. Di sinilah bermulanya mujahadah seorang lelaki mukmin !

Apakah dia melihat dan merenung video gadis comel dan gambar wanita bogel ketika bersendirian ? Maka di sinilah terjadi anda tidak menjaga pandangan !! Sukar bukan untuk menundukkan pandangan ? Tetapi itulah mujahadah terhebat bagi seorang lelaki.

Ujian ini boleh ditempuh oleh lelaki yg benar2 bertaqwa. Dia takut akan Allah. Dia rasa Allah sedang memerhatikannya. Maka dia pasti akan menyekat pandangannya dari melihat video gadis2 dan wanita seksi.

Wahai sahabat2 ku, dengarlah kalam Allah dengan hati yg bersih.. Amalkan apa yg terkandung dalam Quran sebaiknya maka kita akan dimuliakan Allah ketika di dunia lagi.

Semoga dengan artikel ini menjadi titik perubahan kepada kita semua untuk berhijrah ke arah yg lebih baik !

By Delisha Haseena

Post a Comment

0 Comments