Seminar Magnet Al-Fatih, motivate myself

Assalamu'laikum wbt.

Apa khabar sahabat-sahabatku yang dikasihi Allah sekalian. Lama benar saya tidak publish apa-apa post, dan kali ini saya rasa mahu berkongsi intipati program yang saya join bersama selebriti terkenal, Tuan Amin Idris dan Penulis buku terhebat, Ustaz Syaari Ab Rahman.

Entah bagaimana walau sebelum ini pernah saya hadiri program dua mentor hebat saya ini iaitu program yang berasingan yakni bukan program gabungan seperti ini, tetapi pada program kali ini ia benar-benar memberikan 'something different' in my life!

Nak tahu kenapa ?

Sebab kali ini seminar yang bukan saja teori semata. Malah ada unsur sketsa, montaj dan sedikit praktikal.

Dan....

Intipati yang saya benar benar tidak dapat lupakan ialah berkaitan Matlamat hidup. Ada mahasiswa/wi yang apabila ditanya mereka tidak tahu hala tuju mereka selepas mereka graduate. Ini suatu yang kritikal dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di negara kita.

Seharusnya sebagai seseorang yang mempunya 'vission' dalam hidupnya, dia pasti tahu dan laju untuk menjawab matlamatnya, impiannya dan cita-citanya suatu hari nanti.

One day I want to be.....
I have a dream.....
My vission is.....
etc....

Walaubagaimanapun, sebagai seseorang yang bermatlamat, dalam dirinya pastikan mempunyai sikap Pro-Aktif dalam diri! Seperti dia akan menyegerakan sesuatu yang tidak penting baginya. Contoh, take a breakfast. Dia akan menyegerakan mengambil sarapan pagi kerana banyak lagi perkara lain yang perlu dia lakukan.

Seperti tokoh terhebat Sultan Muhammad Al Fatih, beliau terlalu pro-aktif dalam hidupnya sehingga beliau mampu bersetuju untuk memegang jawatan sultan ketika umurnya 12 tahun! Walaupun ayahndanya Sultan Murad masih hidup.

Maka, dengan mempunyai vission plus mission anda tahu ke mana seharusnya anda tuju.

Target dan Matlamat, inilah cara penentu kejayaan anda di masa akan datang.

See beyond the eyes can see! You will change the world. Change your bad habits immediately, you can change the world obviously!

Fokus pada kelebihan anda untuk menggilap semula potensi anda. Kurangkan fokus kelemahan anda untuk mengelak anda lemah dan tidak bersungguh.

Everyone born with their skills and every person is unique.

Cari potensi anda dan gilap ia sebaiknya.

Ledak potensi dan Hijrah personaliti!

By Delisha Haseena.
03 November 2013
Salam Mohabbat Minni.

Post a Comment

0 Comments