Awek Legoland: Macam Cantik je, Macam Comel je

Assalamu'laikum wbt kepada pembaca setia blog saya dan juga kepada yang baru saja buat pertama kali membuka ruang ini, ahlan wa sahlan saya ucapkan.

Kali ini post yang agak penting bagi saya untuk diketengahkan memandangkan semakin ramai remaja wanita khususnya yang semakin menipis sifat dan perasaan malunya. Allahu...

Siapa yang mengenal sifat Rasulullah saw, dia pasti tahu betapa Baginda saw seorang yang tersangat pemalu. Malah malunya melebihi malunya seorang perawan.
Tetapi di zaman serba canggih dan moden ini, terlalu banyak medium yang bisa menjadikan seorang perawan dan wanita itu hilang sifat malunya.

Rata-rata di YouTube, Facebook, twitter, dan banyak lagi dapat kita lihat betapa hebatnya fenomena para remaja wanita mempamerkan diri untuk menjadi tatapan ribuan malahan jutaan manusia tanpa rasa malu.

Apa yang berlaku kepada para remaja yang kritikal ini bukanlah untuk dihina, dikutuk dan dimaki. Tapi perkara ini perlu dipandang serius lebih-lebih lagi buat golongan ibu dan bapa serta para aktivis dakwah yang dirahmati Allah.

Setiap orang mempunyai latarbelakang atau background keluarga yang berbeza. Ada yang family nya sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam dan memiliki tarbiyyah yang sempurna. Ada juga yang family background nya biasa saja dan mungkin tidak mengenali apa itu tarbiyyah.

Jadi di sinilah tugas para da'ie bermula!

Terkadang kita tidak tahu tujuan remaja seperti ini meng'upload' video mereka dan gambar mereka di laman sosial dan YouTube. Kemungkinan besar mereka ini kurang diberi perhatian oleh keluarga sendiri.

Dan apa pula tujuan para muslimeen atau lelaki yang melihat video tersebut ? Adakah mungkin kerana ingin tahu atau sekadar penyuci mata untuk nafsu semata ?

Segalanya bermula dari hati. Di mana baik hati itu maka baiklah seluruh jasadnya, jika buruk dan busuk hati itu maka buruklah seluruh jasadnya.

Allah berfirman di dalam kitab-Nya yang mulia;

Sesungguhnya orang yang paling mulia dalam kalanganmu adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.

Allah tidak pandang pada kecantikan kita. Walau cantik mana kita itu merupakan ujian bagi Allah buat kita. Perlu dimuhasabah dan diperbaiki dengan akhlak yang mulia.

Seseorang yang permulaannya untuk menuju ke arah TAQWA itu pasti tidak akan membuang masa dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada dirinya.

Rasulullah saw bersabda mafhumnya;

Di antara ciri-ciri seseorang Islam itu ialah dengan meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.

Arabnya berbunyi;

من حسن الإسلام المرء تركه ما لا يعنيه.

Akhir kalam,
Semoga setiap dari kita ini mempunyai suatu matlamat yang membawa kebaikan kepada diri, keluarga dan masyarakat. Usah dihabiskan masa dengan perkara tidak bermanfaatkan kita. Kerana hidup di dunia tidak lama.

Assalamu'laikum wbt.

By Delisha Haseena.

Post a Comment

0 Comments