Cerpen: Aku dan Kamu


Kereta honda diparkir tepi tasik. Aku dan Haikal turun dari kereta. Haikal pegang tangan aku, kami berjalan sambil mencari tempat terselindung sikit dari orang ramai.

"Sayang, abang gembira hidup macamni, happy rasa dapat tackle sayang. Hari ni sempena birthday sayang, abang bawak kat tasik ni."
Haikal meletakkan punggungnya di atas lantai sambil merangkul pinggang aku.

"Ya, terima kasih abang. dah 3 tahun kita couple, Hani rasa bahagia dengan abang. Bang, boleh Hani tanya?"
Aku pandang muka Haikal yang sedang tersenyum mesra pandang muka aku.

"Tanyalah sayang."

"Bila kita nak kahwin? lama sangat hubungan kita. takut la Hani, takut kita takde jodoh" Aku pandang ke lantai.

"Hm, abang tak cukup duit lagi sayang. lagipun kita sama2 belajar lagi. awal lagi. "

"Emm, okay..." Aku bernada merajuk. Haikal pujuk aku dengan mengusap pipi aku. aku biarkan dia memujuk aku, memang dari dulu dia akan pujuk aku dengan cara romantik macamtu. sebabtu aku cintakan dia.

"Abang takkan tinggalkan sayang, percayalah.. abang cintakan sayang sangat2" Aku dibuai pelukan Haikal dan kata cintanya.

Di kampus........

"Weh Hani... lama tak nampak kau datang usrah. hish ko ni... kau ok tak?" Syakirah tegur aku dari belakang. Angin bertiup lembut berterbangan hujung tudung labuh aku.

"Hmm, aku ada hal la.. Aku busy..." aku cuba berhelah lagi. tapi memang betul aku dah mula rasa tak seronok degan usrah kak Ain.

"Kalau kau ada problem, cerita la kat aku.. aku kan kawan kau.. lain macam aku tengok kau ni..."

"Aku okay je.. aku nak pergi library ni.. bye.." aku malas nak cakap panjang. sebenarnya aku malu nak berhadapan dengan ahli usrah dan kawan2 aku. aku couple diorang tak tahu, aku keluar dating senyap2 diorang tak tahu, aku pernah buat dosa ringan2 dengan Haikal dorang tak tahu. aku betul2 buntu.... kadang2 aku rasa sedih dengan kehidupan aku, tapi aku bahagia dengan Haikal... Aku sayangkan dia......

Seminggu kemudian...

"Sampai hati abang buat Hani macamni..." aku muncungkan mulut tanda geram. semalam kantoi Haziq report kat aku yang Haikal main kayu 10! Geram!

"Laaa.. apa tiba2 ni.." haikal mencuit lembut dagu aku. Ah, pandai dia berhelah.

"Abang ada perempuan lain kan? " aku mulakan serangan pertama.

"Aikk, main buat cerita je.. mana ada la syg.. cinta abg hanya utk syg..."

"Tipu! Siapa Marina?" Aku serang serangan kedua.

"Ohh, Marina kawan satu group abang la...ala sayang ni cemburu ke? " Haikal memujuk lagi. "Dahla, jom kita duduk dalam kereta. dah pukul 8pm ni, nanti pukul 10pm dah kena hantar awak kat hostel, tak sempat nak mesra dengan awak kang...jom"

Walaupun aku tahu Haikal sebenarnya memang mendua tiga kan aku. Aku tahu dia sms dan calling Marina dan Balqis, Haziq tunjuk mesej2 haikal dengan marina.. bersayang abang jugak, habis kata2 cinta dia luah kat Marina.. tapi disebabkan aku sayangkan dia, aku masuk jugak dalam kereta seat belakang.. kami mulakan operasi cinta sepertimana remaja lain yg hangat bercinta buat....

Lima bulan kemudian.....

Ibu aku meninggal... Aku betul2 sedih. Ayah dah lama pergi. Aku tinggal dengan pakcik aku dan adik aku, Haris.

Kak Ain dan ahli2 usrah aku cukup menunjukkan simpati dan empati kat aku. Baru aku tahu Diorang sayangkan aku melebihi Haikal sayangkan aku. Haikal penipu! Aku bencikan dia!

bayangan lepas kembali bertandang. Dua bulan yg lepas, aku didapati mengandung. Ya! aku betul2 terkejut. Aku call Haikal. Aku tak sangka Haikal suruh aku gugurkan anak dia sendiri! ah, aku betul2 tertekan. berkali2 aku mesej dan call Haikal untuk jumpa dengan dia. Haikal tak reply mesej aku. Call pun tak jawab. rupanya Haikal dah tukar nombor. Aku bertambah sedih. Aku buntu, akhirnya aku buat keputusan menggugurkan kandunganku. Aku bertambah stress kerana aku sudah melakukan dua dosa sekaligus. Berzina dan membunuh!

Aku berjumpa dengan Kak Ain. Aku cerita segala2nya pada dia. Baru aku sedar, Kak Ain sangat baik. dia tak pandang aku hina. dia tolong aku mencari jalan penyelesaian. Akhirnya aku tersedar dengan ketukan hidayah dari-Nya.

Kak Ain banyak bagi kata2 motivasi pada aku. Kak Ain kata,
"Allah Maha Pengampun. Bermohonlah ampun pada-Nya, kerana Allah bersifat al-Ghafur dan al-Ghaffar, bermaksud sentiasa Maha Pengampun. Hani kan ambil course Bahasa Arab, pasti Hani lebih tahu dari akak."

Aku tertunduk malu. Malu sgt dgn kak Ain. aku ambik course islamic tapi aku dah lakukan dosa besar. Aku tahu haram mendekati zina. belum berzina lagi, dekat dengan zina pun dah haram, inikan pula berzina. Ya Allah... Aku betul2 menyesal. Sesungguhnya jalan zina itu sgt buruk dan keji.

Aku tersedar dari lamunan. Aku sekarang sudah komited dgn usrah kak Ain. Aku dapat rasa kemanisan dalam berbulatan gembira ini. Sungguh hebat ukhwah mereka. Terlalu banyak kasih syg yg sahabat usrah aku curahkan pada aku. Aku gembira dgn kurniaan sahabat seperti mereka ini. aku taknak berpisah dgn mereka sepertimana Haikal pergi tinggalkan aku. Dia bukan lelaki baik utk aku. dia hanya pergunakan aku utk nafsu dia saja. Aku menyesal kenal dengannya. Ya Allah, ampunilah segala dosaku.. Aku merasakan Engkau tidak akan meninggalkan aku lagi ke dalam lembah dosa dan maksiat. aku mahu berubah.. Aku mahu memiliki suami yg soleh. Ya, terima kasih ya Allah krn kurniakan aku taufiq dan hidayah-Mu.

Kak Ain mengakhiri usrah dengan sebaris ayat al-Quran surah al Baqarah ayat 216,
"Boleh jadi kamu tidak sukakan sesuatu padahal ia baik bagimu, dn boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik utkmu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..."

Jalan maksiat, percintaan dengan Haikal memang aku suka, tapi ia membawa natijah yg buruk kepada aku.

tapi jalan usrah, jalan Cinta Allah, kak Ain dan sahabat2 aku tak suka, tapi ia sebenarnya adalah terbaik utk aku..

Benarlah, Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui segala sesuatu.

Post a Comment

0 Comments