Asyik CINTA CINTA CINTA!

Asyik CINTA je?

Ramai golongan aktivis dakwah santai dan golongan akademik yang mengkritik filem Islamik, novel Islamik yang wujud di Malaysia banyak berbaur konsep atau genre Cinta.

Mereka Kritik, marah dan seolah-olah merasa jijik dengan pembawakan novel atau filem cinta yang ditonjolkan oleh penulis, atau pengarah dalam sesebuah karya mereka.

Please don't judge a book by it's cover!

Ramai yang salah faham dengan penbawakan konsep cinta oleh seseorang yang ingin berkarya. Bukankah ini cara fikiran seorang business Man yang hebat? Fikir tentang Marketing, market paling tinggi yang menimpa golongan remaja khususnya pastinya melibatkan cinta.

Namun....

Ramai pengkarya yang tersilap langkah dan pembawakan yang terlampau-lampau dalam percintaan sehingga timbul rasa muak dalam sesetengah pihak.

Kita pun tahu cinta itu tersangat penting, kerana dengan cinta wujudnya kita di dunia ini. Dengan cinta wujudnya syurga, dengan Cinta juga wujudnya rahmat Tuhan.

Jika cinta tidak penting, mengapa dalam al-Quran boleh wujudnya kalimah cinta. Perkataan 'Hubbun' yakni Cinta ada dalam al-Quran?

قل ان كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله. .....

Kataknlah (wahai Muhammad) jika kamu semua menCINTAi Allah maka ikutlah aku nescaya Allah akan menCINTAi dan mengasihi kamu...

Ini bukti CINTA is very important, that is why mestilah ada seorang yang mampu membawa konsep cinta kepada cinta yang sebenar.

Jadi jangan terlalu bangga mengkritik karya orang lain jika anda bukan AHLI dalam  bidang tersebut. Allah berfirman,

فاسئلوا اهل الذكر ان كنتم لا تعلمون. ..

Tanya pada yang TAHU jika kamu tidak tahu.

Berfikirlah sebelum bercakap atau komen, serta berfikir sebelum bertindak.

Hormati cara berdakwah bagi setiap da'ie yang wujud di dunia ini. Biar dia mulakan dari bawah, kerana mungkin dakwah sedikit dia itu lebih baik dari kamu yang bajet berdakwah gah tapi hasilnya tidak seberapa.

Hormat! Respect each other. Jangan terlalu bangga diri jika anda berada di atas. Pandang-pandang ke bawah juga.

Jika kamu mahir bidang matematik atau sains, maka berdakwahlah mngikut kemahiran kamu. Jika kamu selesa berdakwah dalam ilmu teknologi, maka teruskan usaha dakwahmu itu. Ada yang mahir dan selesa dalam genre cinta, biarkan dia berdakwah dengan cinta. Masing2 boleh berdakwah mengikut keselesaan dan kemahiran masing2.. Yang penting Menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

MogA Allah merahmati kita semua. Amin.

By Delisha Haseena.    

Post a Comment

4 Comments

ReapernomercyZ said…
sebabnya kerana nila.. rosaklah susu.
ReapernomercyZ said…
sebab kerana nila yg setitik dua, rosak susu sebelanga.
ReapernomercyZ said…
sebab kerana nila yg setitik dua, rosak susu sebelanga.