CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

mencari sinar~

Photobucket

aku dan sesuatu~

aku dan sesuatu~
something unexpected alwayz appears in our life,..is this fate or only a coincidence.....Allah knows everything.....

*i'm not a writer, i'm a mere volunteer missionary n storyteller*

"Inna Fatahnaa Laka FathanMubinaa"

Menarik di dalam~

Friday, March 8, 2013

Mengapa Aku Memilih Islam?



Semenjak aku bisa berfikir, aku mula hairan dengan kepercayaan agama aku sendiri. Aku selalu tanya kepada papi aku (Ayah aku) mengapa tuhan kita ada tiga? Bukankah tuhan tiga nanti sukar untuk mentadbir dunia? Ayah aku marah dan berkata, jika kamu mampu bertanya sedemikian, bermakna kamu tidak beriman dengan agama kamu! Agama ini bukan fikir ikut logik saja.. tapi kena imani! Tegasnya..

Selepas usiaku mencecah 18 tahun aku buat keputusan untuk menukar agama. Aku memilih Islam setelah aku mengenali seorang ustaz yang bernama Fatih (tidak silap saya). Ustaz ini selalu cerita kepadaku mengenai Sultan Muhammad al Fateh sehingga lama kelamaan aku tertarik untuk memeluk Islam kerana Muhammad Al-Fatih. 

Sekarang aku cuba untuk dakwah bapaku. Aku berusaha mengatakan bahawa ISLAM agama SYUMUL dan terHEBAT! Tetapi sekarang dia pula yang argue denganku, katanya, "Mengapa kamu lebih2 bersemangat berdakwah berbanding umat muslim sendiri. Papi (Ayah) tengok orang muslim pun teruk dan banyak yang tersasar dari agama mereka. Bermakna agama kamu ini tidak bagus. Apa saja pula kamu yang baru saja Islamnya!" Ayah aku mengkritik sifat orang Islam yang sudah lama Islamnya.

Aku bingung. Lalu aku dapat ilham. "Papi, beza antara Muslim dengan Islam. Jauh ketara perbezaannya. Muslim itu orang Islam yang diajari dan tidak semestinya mereka semua amal dengan ajaran Islam. Walhal, ISLAM itu adalah AJARAN..."

Diam....

Sekarang aku berusaha untuk menjadikan semua umat Muslim sukses dalam berdakwah. Mengajak mereka faham Islam dan amalkan Islam. Agar orang bukan Islam tidak lagi pertikaikan agama kita.

#Ini kisah benar. Saya taip semula cerita ini untuk manfaat bersama. Aku di dalam cerita ini adalah Felix Y Siauw. Beliau sekarang merupakan seorang Islamic Inspirator. Program-programnya disusun sedemikian rupa sehingga membangkitkan nilai-nilai ilahiah di dalam diri setiap individu sehingga mampu dan mau menjalani hidup dan beraktivitas di dalamnya dengan mulia. Al Qur’an dan as Sunnah selalu menjadi landasannya dalam menginspirasi aktivitasnya maupun merubah performa setiap individu yang mengikuti program-programnya. :) Saya salah seorang individu berkenaan, Yang benar, Dalila Hanim.


2 comments :

cimon said...

Hati yg ikhlas kunci kejayaan dakwah. (^_^)

Delisha Haseena said...

Iye... benar sekali....

KHAZINATUL ASRAR~

copy this to your blog
Photobucket

Semoga bermanfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berbicara bersama...~