Rasulullah saw Pembawa Rahmat Sekalian Alam


Speaker: Hj Rashid Bin Mat Jaais
Tempat: Tadika Generasiku Little Ones, Bangi
Masa: 9.30-10.30am
Program: Maulidur Rasul 
Tema: "Saya Sayang Rasulullah"


"Sesungguhnya Allah mengutuskan Rasul (Muhammad) sebagai pembawa rahmat untuk sekalian alam."


Apa yang dimaksudkan dengan RAHMAT?

Rahmat ialah kasih sayang yang dikurniakan Allah kepada hamba-hamba-NYA.. Tetapi apa makna rahmat yang disandarkan kepada Rasulullah saw?

ISI 1

Rahmat yang disandarkan kepada junjungan besar kita Muhammad saw ialah AKHLAK yang mulia.
Rasulullah saw pernah bersabda mafhumnya, "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan AKHLAK yang mulia.."

Allah SWT juga berfirman dalam al-Quran surah al-Qalam ayat 4 maksudnya, "Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai AKHLAK yang agung/yang amat mulia..."

Sayyidatina 'Aisyah juga pernah ditanya mengenai akhlak Rasulullah saw.. Beliau menjawab, bahawasanya akhlak Rasulullah adalah al-Quran...

Ini membawa maksud Rasulullah saw mengamalkan sepenuhnya apa yang diwahyukan kepadanya sehingga baginda saw digelar oleh Aisyah iaitu 'al-Quran yang hidup'.

Jadi, bagaimana mahu berakhlak seperti akhlak Rasulullah saw?

Inilah pokok dan akar yang sepatutnya kita dalami sejak dari awal lagi.. Jawapannya ialah 'ILMU'

Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah saw ialah surah al-'Alaq, iaitu 'IQRA'

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),(1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;(2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;(3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;(4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.(5)"

Inilah pentingnya ILMU.. Iaitu dengan membaca.. Jika kita tidak membaca iaitu belajar, makanya kita akan jahil selama-lamanya.. Sebab itu Yusuf Al-Qaradhawi meletakkan dalam priority (yakni keutamaan) yang paling utama adalah:

  • Perkara/sunnah/amalan yang paling utama sekali adalah JIHAD dan menuntut ILMU serta diajarkan ilmu itu kepada orang lain...



Tanpa ILMU kita takkan mampu berakhlak seperti akhlak Rasulullah saw.. Kerana apa?
Kerana bagaimana kita tahu akhlak Rasulullah saw? Kita boleh tahu dan faham akhlak Rasulullah saw adalah dengan membaca dan mengkaji sirah baginda saw serta sunnahnya.

Selepas itu, kita mengamalkannya (yakni mengamalkan akhlak baginda saw) dan di situlah terbinanya amalan sunnah mengikuti akhlak baginda saw...


ISI 2 


Tujuan baginda Muhammad saw diutuskan adalah untuk mengeluarkan kita daripada kegelapan kepada cahaya yakni dari kegelapan jahiliyyah kepada cahaya ilmu. Inilah dia rahmat yang nyata dan rahmat buat sekalian alam.

Dengan ILMU kita mampu bezakan mana akhlak yang baik dan mana akhlak yang buruk. serta kita mampu bezakan mana yang haq dan mana yang batil.


Sebab itulah pentingnya ilmu dan ilmu ini perlu dilahirkan dari awal lagi iaitu sebelum kita dilahirkan. Bagaimana caranya?




  1. Jika kita mahu seorang anak yang berilmu dan berakhlak mulia, kita pada asalnya hendaklah berakhlak dan berilmu terlebih dahulu.
  2. Pilih pasangan yang sekufu dan berakhlak serta berilmu agar sama-sama dapat melahirkan zuriat yang berakhlak dan berilmu.
  3. ketika anak di dalam perut, perbanyakkan membaca buku-buku ilmiyyah yang berkaitan dengan akhlak baginda saw dan juga sirah-sirah baginda saw.
  4. Ketika anak dilahirkan, hendaklah memilih bidan yang Muslim dan beriman serta terus diazankan/iqamat di telinga anak-anak.
  5. Ketika proses anak itu ingin membesar, ikutilah/praktikkan segala ilmu yang kita baca pada awalnya mengenai sirah baginda saw ketika baginda saw masih bayi dan kecil. Ajarkan ia kepada anak-anak kita.
  6. Selepas mereka sudah meningkat besar, pilihlah sekolah (Institution of Knowledge) yang betul-betul mengajarkan ilmu dunia dan akhirat, bukan ilmu dunia semata-mata.. 

Kita selalu menganggap bahawa pelajaran akademik paling utama. IQ paling penting buat anak-anak, mestilah bijak dan sebagainya. Jika tidak, IQ rendah dan sebagainya. Walhal, kita tak sedar bahawasanya yang paling penting sebagai ummat Rasulullah saw adalah SQ. Apa itu SQ?
SQ ialah Spritual Quality.

Ibnu Khaldun telah menggariskan atau membahagikan Quality yang paling penting ialah SQ. 

Peratusan yang diketengahkan oleh Ibnu Khaldun adalah seperti berikut:

IQ (Intellectual Quality): 20%
PQ (Physical Quality): 20%
EQ (Emotion Quality): 10%
SQ (Spritual Quality): 50%

Jadi, kita dapat lihat SQ yang paling tinggi peratusannya, kerana apa?

Kerana SQ inilah yang membentuk Akhlak yang mulia. Tanpa akhlak walaupun kita bijak dan pandai kita takkan berjaya! Kenapa????

Ini jawapannya.....

Sifat Rasulullah saw ada 4 yang wajib kita ketahui (yang peling penting):

  1. Siddiq (Bercakap benar)
  2. Amanah (Sentiasa jujur)
  3. Fathanah (Bijak)
  4. Tabligh (Sentiasa menyampaikan ilmu/wahyu)
Dengan sifat Siddiq dan amanah inilah yang menyebabkan ramai orang kafir memeluk agama Islam :)
Jadi keduanya ini adalah datang daripada SQ Rasulullah saw yang sangat mantap! Kerana itulah saya katakan SQ lebih utama dari yang lainnya.

Kalau nak dikatakan IQ penting, ya! memang IQ juga penting, sebab itulah ada juga sifat Rasulullah saw ialah Fathanah iaitu bijak. Tapi cuba bayangkan, ada IQ tinggi tapi tidak berakhlak, adakah orang mahu mendekati kita? Tapi jika kita tidak berapa bijak tapi mempunyai akhlak yang baik, pasti orang masih ingin mendekati kita :)

ISI 3

Akhir sekali, cuba kita lihat peribadi Rasulullah saw secara mendalam. Bagaimana Rasulullah saw telah membawa RAHMAT kepada umatnya dan seluruh makhluk?

Bayangkan, ketika baginda saw lahir ke dunia ini, bidan yang menyambutnya siapa?
Bayangkan, dua wanita hebat yang datang dari syurga menyambut baginda Muhammad saw ketika baginda lahir! Ya, kedua wanita hebat itu adalah ketua bidadari syurga, mereka ialah Sayyidatina Maryam dan Sayyidatina Asiah (Isteri Fir'aun).

Dan apabila Rasulullah saw lahir, terpadamlah api majusi yang selama ini menyala, gembiranya bapa saudara Nabi iaitu Abu Lahab kerana seronoknya atas kelahiran Rasulullah saw.. Dan kita dapat lihat ketika Rasulullah saw diberi kepada ibu susuan baginda yang kedua iaitu Halimatussa'diah. Bagaimana rezeki yang mencurah-curah datang kepadanya kerana membela dan menyusukan baginda Muhammad saw. Tidakkah ini menjadi bukti rahmatnya itu?

Apatah lagi selepas baginda saw meningkat dewasa. Tambah-tambah ketika baginda saw berusia 9 bulan sudah petah berkata-kata. Sebab itulah apabila baginda berniaga sehingga ke negeri Syam, perniagaannya menjadi untung. Kerana apa? Kerana Akhlak baginda yang sangat mulia. Itulah dia SQ yang sangat mantap!

Akhir kalaam, inilah serba sedikit yang dapat saya kongsi kepada semua pembaca agar dapat kita mengambil manfaat sebaiknya. Semua ilmu-ilmu ini saya dapat dari ayah saya sendiri, Hj Rashid yang banyak memberikan input berguna kepada saya dan relation akhlak Rasulullah saw ini sebagai RAHMAT kepada manusia sejagat.

# Marilah sama-sama kita contohi akhlak Rasulullah saw, iaitu KEKASIH Agung kita dan juga semestinya kekasih Allah SWT iaitu RABB AL-JALIL...

Rasulullah saw bersabda, "Siapa yang tidak suka akan sunnahku, maka dia bukanlah dari kalanganku..." 

Nak jadi ummat Rasulullah saw yang sejati? Maka, ikutilah sunnahnya! 

*Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat! -al hadith-

Allah a'lam.....


# Cintanya Rasulullah saw kepada umatnya.



# Salam Maulidur Rasul dari saya

Post a Comment

0 Comments