PETIKAN pengisian daripada Naib Presiden Ikhwanul Muslimeen tentang Jemaah dan Islam



MUQADDIMAH

"Jadilah kamu orang yang menyembah Allah sebelum kamu menjadi PEMIMPIN supaya kamu menjadi PEMIMPIN yang diredhai Allah SWT..."


ISI:-



  • Melihat keadaan Ummat Islam sekarang, ada yang baik dan ada yang tidak baik dari segi pegangan agamanya.. 
  • Islam ini 'Alamiyyah (International) sejak dari zaman Rasulullah saw lagi.. Kerana secara hakikatnya, Islam bukan terletak pada bangsa...
  • Allah mengarahkan kita supaya bersabar dan berjuang dan ia ditujukan kepada lelaki dan juga perempuan. Dalilnya, dalam surah al-Baqarah (kisah tentang Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga)
  • Menentang yang BATIL &  menegakkan yang HAQ (Kebenaran)
  • Rasulullah saw pernah bersabda mafhumnya: Jika mereka meletakkan/memberikan kepadaku matahari di tangan kanan dan bulan di tangan kiriku, aku tetap tidak akan meninggalkan dakwah ini..

SAMBUNGAN ISI KEDUA:

Belajar dari peribadi Rasulullah saw dan para sahabat

  • Para sahabat sentiasa solat di malam hari
  • Puasa di siang hari
  • Banyak bersujud kepada Allah
Inilah kesan-kesan TARBIYYAH Rasulullah saw kepada para SAHABAT.

Mereka berjuang di jalan Allah, membina hubungan dengan Allah, dan mereka dipesan "Janganlah kamu menuruti mereka yang derhaka kepada Allah dan hendaklah sujud kepada Allah.



ADA LIMA peribadi SAHABAT yang telah diTARBIYYAH oleh Rasulullah saw:


1- AKHLAK 

2- IMAN
3- Hubungan dengan Allah
4- Amal yang berterusan (Istiqamah)
5- Kesedaran (Sentiasa mencermin diri, tiada ujub, takabbur dll)


SYARAT untuk kembali kepada Allah dan untuk mengembalikan semula kemenangan kepada ISLAM ialah:



  1. Ikatan KEIMANAN: Hak kepada Allah
  2. Ikatan UKHWAH: Hidup berJEMA'AH, hak manusiawi 
Beliau berpesan, 

"ISLAM akan tertegak sekiranya kita menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga ikatan UKHWAH sesama muslim serta sentiasa hidup di dalam JEMA'AH..."


Allah berfirman mafhumnya di dalam surah al Muzammil,


"Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam walaupun sedikit, dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil", sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (bebanan yang berat)"


Jadi kesimpulan daripada ayat ini, ISLAM tidak akan menang melainkan penganutnya mempunyai KEIMANAN yang HEBAT!


Para sahabat dan tokoh Islam dahulu meletakkan DUNIA di belakang mereka.. Dahulu mereka menjadikan Arak, zina teman mereka, tetapi setelah IMAN berada dalam hati mereka, mereka menjadi UMMAH yang terbaik dan sebaiknya...


Itulah sejarah ISLAM mengajar kita banyak perkara...


Suatu hari, panglima pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq meminta Sayyidina Abu Bakar bantuan tentera sebanyak 4,000 orang. Tetapi, khalifah Abu Bakar menghantar hanya 4 orang sahaja.. Kemudian, Khalifah Abu Bakar juga sertakan surat dan beliau memberitahu nama sekian-sekian yang dihantarnya dan beliau juga menyatakan bahawa setiap seorang yang dihantar itu seolah-olah sama kekuatannya dengan 1,000 orang.. Jadinya, 4 orang itu sudah cukup untuk 4,000 orang.


Itulah dia kekuatan spritual yang ada pada para sahabat...


Kemudian, Naib Presiden Ikhwanul Muslimeen berkata, Umar al-Khattab pernah berpesan:

"ALLAH beri kemenangan kepada kita mengikut sejauh mana patuhnya kita kepada Allah, dan berapa jauhnya pula jauhnya kita terhadap maksiat kita kepada Allah..."

Sayyidina Umar juga berkata, "Aku tidak takut terhadap berapa musuh yang ada di hadapanku, tetapi aku takut terhadap dosa-dosa yang melekat dalam hati aku..."


Abdullah bin Rawahah berkata,

"Amal SOLEH kamu yang membawa kamu bertemu dengan musuh musuhmu bukannya senjata-senjatamu yang memberi peranan.."

Apabila para sahabat ditanya oleh musuh Islam, "Kenapa datang menentang/menyerang kami (yakni musuh Islam)?"


Mereka menjawab, "Kami ingin mengeluarkan manusia daripada kezaliman-kezaliman yang dilakukan oleh manusia kepada keadilan-keadilan yang disyari'atkan Islam.."


Para sahabat juga sentiasa merasa MA'IYYAH (Merasakan Allah sentiasa bersama) dan perasaan inilah menjadikan mereka kuat dan segala perkara sulit menjadi mudah dan musuh-musuh berasa takut dengan mereka.


Allah sifatkan orang orang yang benar-benar beriman seperti berikut:



  • Sedikit tidur di malam hari kerana beribadah
  • Waktu sahur (subuh) mereka beristighfar
  • Harta-harta mereka menjadi hak kepada orang-orang yang memerlukan
  • Allah membeli daripada orang orang mukmin, jiwa dan harta serta nyawa mereka.
  • Mereka terbunuh di jalan Allah
  • Khabaran berita gembira dengan kemenangan buat mereka yang bai'ah kepada Allah
Allah menyifatkan juga mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah di dalam surah at-taubah dengan 8 sifat:

  1. Orang-orang yang bertaubat.
  2. Orang-orang yang beribadat.
  3. Orang orang yang memuji Allah.
  4. Orang orang yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam).
  5. Orang orang yang rukuk.
  6. Orang orang yang sujud.
  7. Orang orang yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan.
  8. Dan orang orang yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
Allah menurunkan MALAIKAt berjuang bersama golongan mukminin dan Allah berfirman, "Sesungguhnya bukanlah kamu yang melontarkannya (menyerang/memanah) tetapi Allah lah yang melontarkannya (kepada musuh)"

Dan golongan mukiminun juga adalah mereka yang berjalan tunduk serta patuh kepada Allah.

ISI TERAKHIR
  • Sesungguhnya SYARI'AT terbina di atas KEIMANAN.
  • Iman yang betul dibuktikan dengan AMALAN yang sempurna.
  • Tanpa Amalan tiadalah KEIMANAN.
  • DIN (Agama) dan DAULAH (Negara) tidak boleh dipisahkan. 
  • Menyembah Allah takkan sempurna melainkan dengan JEMA'AH, cth: Solat jemaah dan عقد الأخوة (ikatan ukhuwwah) yang mantap.
Kerana dalam surah al-Fatihah jika kita lihat, penggunaan ayat إيّاك نعبد 
Penggunaan dhomir NAHNU yakni kepada-MU KAMI menyembah, membawa erti secara berjema'ah kita menyembah Allah...

Sebab itu Nabi Musa a.s dahulu meminta kepada Allah pembantu, iaitu saudaranya Nabi Harun a.s untuk bersama-sama menentang kezaliman yang dilakukan oleh Fir'aun yang dahsyat itu.


Akhir kalaam...



  • Hendaklah kita FAHAM ISlam dengan sebenarnya
  • Laksanakan Islam dengan sebaiknya
  • Orang-orang di sekeliling Rasulullah saw (yakni para sahabat dan para Rasul sebelumnya), mereka ini seperti yang termaktub di dalam surah al-Fath:
  1. Bersifat keras ke atas orang orang kafir dan sayang menyayangi sesama muslim.
  2. Mereka selalu sujud, rukuk, dan mencari kurniaan Allah.
  3. Jelas tanda-tanda sujud pada dahi mereka. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). 

Rasulullah saw berkata tentang ISLAM, "katakanlah wahai Fulan: Aku beriman kepada Allah dan kemudian istiqamahlah!"


Akhir sekali beliau berpesan kepada para pendengar, 

"JAGAlah AGAMAmu ini dengan sebaiknya dan jadilah di anatara golongan yang berJUANG di jalan Allah"

# Allahu a'lam 

SEBAGAI PEDOMAN DAN PERINGATAN:


"AKHLAK yang baik hanya diberi/dikurniakan oleh Allah kepada golongan yang dikasihi-NYA sahaja..."


-Naib Presiden Ikhwanul Muslimeen- at Masjid Shah Alam 


# Subhanallah...

Post a Comment

0 Comments