LUAHAN HATI: Kembali ke jalan yang dirahmati ILAHI


Firman Allah Taala "Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya kejalan kebaikan dan bertakwa mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya, serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)" (AlLail:17-21)

Allah jadikan kita dengan sebaik-baik kejadian.
Bukankah kita akui bahawa Allah itu TUHAN kita? Iya..! Allah TUHAN sekalian alam...
Hidup kita dilandasi dengan dua jalan, 
jalan kebaikan dan jalan keburukan...

Setiap orang mempunyai sejarah silam dalam kehidupan,
sama ada baik atau buruk..
jika sejarah silam buruk yg dilakukan atas kehendak nafsu dan bisikan syaitan semata,
kita pasti akan menyesal sesudah melakukan perkara keburukan itu

kerana ianya tidak dapat ditukar jalan ceritanya.. andai dapat ku undur masa, aku ingin menjadi hamba Allah yang benar-benar bertaqwa kepada-NYA... takut... takut aku untuk melakukan maksiat kepada-NYA... 

Saban waktu aku berfikir.. kadang-kadang aku menyesal...
mengapa semua ini terjadi?
kenapa Allah pertemukan aku dengan dia?
Sungguh bukan itu kemahuan hatiku... dulu aku sungguh tidak suka kepada kaum adam..
kerana mereka kaum hawa boleh terjerat akan pujuk rayu mereka yang melalaikan...

tapi... aku tidak mampu untuk meleraikan perkara ini berseorangan...
sungguh sukar untuk aku terima hakikat bahawasanya aku dengan dia telah dipertemukan terlalu awal..
mungkin perasaan kasih sayang itu ada, tapi perasaan bersalah itu lebih hebat daripada segala perasaan yang ada... kerana aku belum bersedia menerima dia...

perhubungan yang terlalu awal ini banyak pahit daripada manis..
lebih banyak hempedu daripada madu...
kerana jalan ini, jalan hubungan ini tidak diredhai oleh ILAHI..
jalan maksiat dan zina yang terlalu terang lagi bersuluh yang aku dapatkan..
bukan jalan kepada keimanan yang bertambah,...
sungguh aku menyesal mengenalimu!

Ya Allah... terlalu sakit rasa hati apabila diperlakukan sebegini rupa..
sungguh aku benci dengan diriku yang sekarang...
aku tak tahu bagaimana lagi untuk aku meluahkan perasaanku ya Allah...
aku lebih rela jadi seorang budak yg JAHIL yg jauh daripada maksiat,
daripada menjadi seorang yg BERILMU tapi dekat dengan maksiat...

ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku...
aku sedih dengan keadaanku sekarang ya TUHAN...

jauhkanlah dia daripada hidupku untuk selamanya...
kerana banyak pahit yang aku dapat daripada manis yang aku hirup...

aku yakin dia lebih layak utk yang solehah
kerana aku bukan wanita solehah...

hari ini, di saat ini, detik ini, pada malam ini... bersamaa 04/01/2013
aku akan melupakanmu untuk selamanya..........

semoga Allah permudahkan segalanya untukku... Amin....

-SALAM MUJAHADAH-

Post a Comment

0 Comments