CERPEN: Peristiwa benar yang memberi inspirasi kepada diri



PERISTIWA PETANG TADI DI MASJID UIAM, GOMBAK:

Tengah bersemangat diskus tajwid bersama student Accounting, tiba2 datang seorang muslimah menegur kami.. Rupanya dia minta tolong terjemahkan bahasa arab ke melayu word by word untuk dia mudah faham.. Saya pun tolong terjemahkan untuknya.. tengah2 terjemah saya tanya, "Ni subjek Aqidah kan?" dia pun jawab, "Aah... Sy suka subjek ni, tp sy tak suka menghafal tanpa memahami, saya nak ingat dan hafal dgn mudah kalau terjemah satu2,." Saya pun tersenyum, saya tanya, "Ni subjek nak exam ke? Awak course apa?" Dia jawab, "Saya pelajar UM, ambik course Bio Tech, ni bukan subjek untuk exam, tapi saya saja nak belajar utk fardhu ain.. yelah, kalau kahwin nanti senang nak ajar anak2.. walaupun tugas isteri hanya melayan suami je, dan suami sepatutnya didik anak2, tapi isteri kena bantu suami didik anak2.. jadi sbb tu la sy nak talaqqi subjek fardhu ain macamni..."

Subhanallah... bagusnya... saya bertasbih dlm hati sambil sempat melihat penampilannya, berjubah dan bertudung labuh, malah lebih labuh dr tudung saya.. sungguh mantap!

Dia tny saya dulu sekolah mana? saya jwab sekolah agama menengah kat sepang.. dia terus cakap, "saya tak berpeluang belajar bahasa arab dan agama.. tp saya minat sgt bahasa arab.. sgt2 nak kuasai bahasa ni.." Sya pun puji, "Oh, bagus sangat2 kesungguhan awak ni.. tapi kenapa sampai datang UIA?" dia jawab, "Oh, saya suka duduk masjid, mencari ketenangan.. sebabtu saya datang sini.." Saya tnya lagi, "tapi kenapa pilih masjid UIA?" Dia jawab, "Sebab macam Masjid Nabawi,. saya teringin nak pergi Masjid Nabawi.."

*Masha-Allah.. Subhanallah.. Itu je yg mampu saya lontarkan.. panjang lagi perbualan kami.. tapi banyak pengajaran yg saya ambil dan dapat dr dia.. walaupun dia tak pernah sekolah agama, tapi dia sangat bersungguh belajar agama bukan kerana EXAM dan  dia berpakaian lebih solehah dari pakaian pelajar sekolah agama.. Ya Rahman.. untung siapa jadi suami dia.. kesungguhan dia untuk menuntut ilmu dan memikirkan masalah ummah sangat hebat.. moga dapat kita ambil pengajaran bersama...

- Aku termuhasabah sendirian -

Post a Comment

0 Comments