Terasa hati dengan pendakwah! (Da'ie)



kalau orang berdakwah kat kita dan kita takde rasa apa2 itu tanda hati kita keras, dah jadi batu..

tapi sekiranya kita terasa hati dengan orang yang berdakwah kat kita, itu petanda kita pnya hati masih hidup..

Antara ciri2 dakwah berkesan ialah org terasa dengan apa yang kita peringatkan kepada mereka.. contohnya kita suruh tutup aurat dan orang yang tak tutup aurat terasa hati.. sebab dia memang tengah mendedahkan auratnya, ya! itu tanda dakwah anda berkesan.

Sebab tu dalam surah 'Abasa Allah menegur Rasulullah saw dan Rasulullah saw terasa hati serta segera memperbaiki semula apa yg ditegur oleh Allah itu.

Apatah lagi kita manusia biasa, berlambak2 dalam al-Quran Allah tegur kita dengan bermacam2 hukum dan ayat sindirian serta ayat warning agar kita mengikut apa yg disuruh, tidakkah kita terasa hati??

Jika anda pernah terasa hati terhadap post, artikel atau apa sahaja berkenaan dengan peringatan yg dituju kepada umum, itu petanda hati anda masih hidup..

MAKA, cepat2lah memperbaiki diri apabila terasa hati dengan dakwah seseorang.. kerana sesungguhnya tiada manusia yang sempurna!

Jom, take it positive!^^

Post a Comment

1 Comments