Bedah Filem: "FETIH 1453"

Bedah filem “Fetih 1453”:


Apa yang saya dapat dalam filem ini:-

1- Sedikit pelik watak isteri Sultan Muhammad al-Fateh dan anaknya yang wujud sebelum beliau menawan kota Konstantinopel. Sedangkan dalam buku sejarah Abdul Latip hanya menceritakan tentang isterinya selepas beliau menawan kota itu. Yakni Muhammad al Fateh berkahwin selepas beliau menawan kota itu. Tapi, saya ada terbaca dalam blog iskandarfateh menyatakan, [Muhammad berkahwin pada 15 Disember 1446 pada usia 14 tahun dengan Siti Aminah Gulbahar iaitu 5 tahun sebelum beliau menjadi Sultan. Dalam riwayat sejarah yang lain, nama isterinya itu adalah Siti Mukhrimatun binti Suleyman Bey dan usia Siti Mukhrimatun ketika dinikahi adalah 11 tahun dan beliau melahirkan zuriat pada 3 Disember 1447 yang kemudian dinamakan sebagai Beyazid. Beyazid bin Muhammad berusia 7 tahun ketika ayahnya menawan Konstantinopel.] (Sumber : Franz Babinger)

2- Jalan cerita ini yang menunjukkan Hassan Ulubate berhubungan dengan seorang wanita, iaitu anak kepada Urban (Pembuat Meriam). Dan yang memeningkan saya yg menonton filem ini tanpa subtitle ialah, siapakah wanita itu? Adakah dia awek Hassan atau isteri beliau? Ini yang membuatkan saya sedikit ‘gila’ memikirkan tentangnya. Untuk bersangka baik, saya menganggap saja itu adalah isteri Hassan. Allahu a’lam.

3- Filem ini berterabur dengan tokok tambah oleh Faruk Aksoy yang meletakkan penari-penari wanita dan pelayan-pelayan wanita yang agak seksi di istana Maharaja Konstantine. Saya harap scene ini boleh dipotong sebab tiada manfaat buat penonton dan pencinta sejarah Islam.

4- Filem ini menarik di akhir-akhir cerita, di mana Sultan Muhammad al Fateh mula menawan kota Konstantinopel. Scene yang menyentuh jiwa saya ialah:

i)  Ketika tentera-tentera Al Fateh yg menggali bawah tanah terpaksa 'bom' kan diri mereka sendiri untuk mengelak dan membunuh tentera-tentera Rom yang bersungguh untuk masuk ke dalam bawah tanah itu juga. Selepas bom berbunyi, pecah segala tanah hingga terkeluar isinya, kamera fokus wajah Sultan Muhammad Al-Fateh yang agak emosi bila melihat tenteranya sudah SYAHID di bawah sana...

ii)  Ketika Sultan Muhammad terpaksa menuju ke arah tentera laut yang sedang mengalami masalah dan kekalahan yang teruk. Sultan Muhammad terpaksa menjerit memberi arahan sehingga beliau masuk menunggang kudanya sekali menuju ke arah laut, sehingga kaki kudanya sudah ditenggelami air, sambil beliau memberikan arahan kepada tenteranya. Bersungguh Devrim Evin membawa watak Muhammad Al Fateh ketika itu. Dan Hassan Ulubate menegur Sultan Muhammad agar beliau naik ke darat takut-takut Sultan lemas ditenggelami air.

iii) Sewaktu Sultan Muhammad mengeluarkan arahan baru apabila beliau sudah berjaya diberi suntikan rohani dan semangat spritual oleh Syeikh Aq Syamsuddin al Wali, iaitu beliau menyuruh tenteranya mememindahkan 70 buah kapal hingga ke Golden Horn. Yang menyayatkan hati saya, melihat tenteta-tentera al fateh yang bersungguh menarik kapal-kapal itu sehingga tangan-tangan mereka berdarah dan ada sebahagian daripada mereka, kakinya terputus akibat terkena dan tertindih oleh kapal yang berat itu.

iv)  Ketika Hassan Ulubate Syahid dipanah sewaktu memacakkan benderanya di kota Konstantinopel setelah tentera Islam berjaya memasuki ke kawasan konstantinople.

5- Filem ini berakhir dengan sedikit emosi ketika Sultan Muhammad mencium seorang anak kepada orang tawanan (rakyat maharaja Konstantine yang telah ditawan) ketika beliau masuk dan melihat orang-orang tawanannya dan kebanyakannya adalah perempuan. Beliau mengikut sunnah Rasulullah saw dengan berlaku adil kepada mereka tanpa menzalimi sedikitpun antara mereka.

 *Alhamdulillah, filem arahan Faruk Aksoy ini sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada kita tentang gaya Sultan Muhammad menawan kota Konstantinopel. Dan, filem ini juga ada kelemahan dan ada juga kelebihan atas teknologi-teknologi tertentu. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.
 

Post a Comment

10 Comments

Seruling Senja said…
salam..singgah sana di bolg anda..sungguh chantek dan menarik.... nk tnya... kt mne boleh dapt filem ni..
"Bedah Filem: "FETIH 1453"" saya nk download... boleh bg link x... ok, Syukran.. :)
Anonymous said…
salam..singgah sana di bolg anda..sungguh chantek dan menarik.... nk tnya... kt mne boleh dapt filem ni..
"Bedah Filem: "FETIH 1453"" saya nk download... boleh bg link x... ok, Syukran.. :)
Delisha Haseena said…
wsslm, terima kasih krn sudi singgah di blog ana... untk filem fetih dah xde dkat internet setau ana, sbb katanya dah kena block sbb pihak turkey sekat dan ada licence nye, tp dvd rasanya dah kluar, anda blh hubungi terus kpd us Syaari yg ada simpanan dvd ni, nmbrnye, 013-6280186
Unknown said…
filem ni x mncerminkan islam bila watak pelakon wanita tidak mnutup aurat, malah seksi mnampakkan perhiasan dada lg tu..memalukan imej sejarah islam saja..
Unknown said…
filem ni x mncerminkan ciri2 keislaman bila watak pelakon wanita tidak menutup aurat,malah seksi lagi mnampakkan perhisan dada..mrosakkan imej sejarah islam saja
Delisha Haseena said…
Warakia: Yep, benar itu... Sebab itu sy ada tulis di situ, yg buruk dijadikan sempadan, yg baik dijadikan tauladan, inshaAllah.. biasalah kalau org buat filem krn komersial melebihi krn Ummah Islamiyyah...
Unknown said…
Assalamualaikum.. wahai sahabat
. Sy nur zahirah bte zaini. . Merupakan peminat baru sultan muhammad Al - Fateh ini. Sejujurnye sy mula terpikat akan kekacakkan pelakon nya iaitu dervim evin.Namun sejajar dgn watak yg ditunjukkan oeh beliau dan lagu yg sy dengar di YouTube lagu sultan muhammad Al - Fateh ini. Sy seakan jatuh cinta. Puas sy mencari cd filem fateh ini, sehingga kan sy minta pekerja kedai cd utk menghubungi sy jika ada cd trsebut. Sy amat tertarik dgn kisah sultan mehmed ini dan berniat utk ke konstatinople utk menyentuh tembok konstatinople dan melawat makam Sultan muhammad Al - Fateh ini. Ingin sekali sy melihat kota yg ditawan oleh sebaik2 raja dan sebaik2 tentera ini. . Mungkin ada jgk babak yg tidak logik dalam cerita ini, namun sy ingin mrngambil perkara yg baik2 utk sy jdkan pembakar semangat. . Semoga sy beroleh keberkatan didunia dan akhirat. Semoga kita boleh bersahabat.hubungi sy jika sudi.. ieraSkop. .ini id wechat sy.. atau fb sy iera_afcexgemini@yahoo.com. terima kasih
Delisha Haseena said…
Salam, terima kasih Iera krn sudi luangkan masa utk mmbaca ulasan saya.

"Kalau kamu rasa diri kamu masih lagi Sultan, sila datang sini pimpin tenteramu untuk melawan musuh, tetapi jika kamu rasa diri aku adalah Sultan, maka aku perintahkan kamu untuk segera datang menghadap dan segera memimpin tentera-tenteraku berhadapan dengan musuh!"

-Kata kata Sultan Muhammad al-fateh terhadap bapanya Sultan Murad II ketika Sultan Muhammad berumur 12 tahun-

ini antara sebab sy tertarik dgn beliau.. inshaAllah, boleh contact saya di FB Delisha Haseena.. :)
Anonymous said…
Kat mana saya bole dapat cd ni ?? merata kedai cd saya cari cerita ni tapi semua kata cd ni tak pernah ade ..mtak baik jasa bole saya tahu kat mana ade jual cd ni ??
Delisha Haseena said…
salam, terima kasih krn sudi singgah di blog DH.. untk filem fetih dah xde dkat internet setau sy, sbb katanya dah kena block sbb pihak turkey sekat dan ada licence nye, tp dvd rasanya dah kluar, anda blh hubungi terus kpd us Syaari yg ada simpanan dvd ni, nmbrnye, 013-6280186