Muhasabah diri lebih Allah sukai dari ibadah 70 tahun



Telah disebutkan dalam beberapa pengajian bahawa seorang ahli ibadat dari Bani Israel telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun, dia tidak pernah melakukan maksiat walaupun sekali. Pada suatu ketika diminta daripadanya untuk dia berdoa agar hujan diturunkan kepada bani israel, maka dia berdoa, tetapi hujan tidak turun. Dia kembali ke tempat ibadatnya sambil menangis serta berkata, “Wahai Tuhanku, selama 70 tahun aku beribadat kepada-Mu dan aku tidak pernah melakukan maksiat kepada-Mu, kemudian aku memohon hujan daripada-Mu tetapi tidak dikurniakan,”  kemudian dia memandang dirinya dan berkata,: “Aku memohon ampun kepada Allah, aku kembali kepada Tuhanku.. wahai nafsu yang jahat! Jikalau 70 tahun engkau ikhlas dan benar kerana Allah, kenapakah Allah tidak menerima doaku, kerana Allah tidak akan menzalimi sesiapa?”

Dan tidak syak lagi, jika Dia tangguhkan permintaanmu, sesungguhnya ia ditangguh disebabkan kelemahan kekurangan atau keburukan yang ada dalam ibadatmu. Maka dia memandang kepada dirinya sambil menyalahkan dan bermuhasabah serta marah ke atas dirinya kerana Allah atas apa yang berlalu selama 70 tahun yang lampau. Dan ketika mana dia sedang mengingati tahun-tahun yang berlalu dengan bermuhasabah dan memarahi ke atas dirinya, datanglah seseorang ke pintu tempat ibadatnya sambil mendoakan dengan keamanan, dialah Nabi pada zaman itu. Katanya, “Sesungguhnya Allah memerintahkanku untuk mengucapkan salam daripada-Nya kepadamu serta Tuhanmu berkata padamu: “Sesungguhnya saat kamu meratapi diri kamu kerana Allah, adalah saat yang paling disukai-Nya daripada ibadatmu 70 tahun lalu..”

Apabila seorang hamba menghadapkan kemarahan terhadap dirinya sendiri kerana Allah Ta’ala, ini akan membuahkan di dalam hatinya rasa tambah hampirnya kepada Allah. Maka hikmah kemampuan marah yang diwujudkan dalam dirimu, supaya kamu marah ke atas diri atau orang lain kerana Allah. Ianya kerana Allah bukan kerana dirinya.


-sumber, Syeikh Habib Ali al Jufri-

Post a Comment

0 Comments