CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

mencari sinar~

Photobucket

aku dan sesuatu~

aku dan sesuatu~
something unexpected alwayz appears in our life,..is this fate or only a coincidence.....Allah knows everything.....

*i'm not a writer, i'm a mere volunteer missionary n storyteller*

"Inna Fatahnaa Laka FathanMubinaa"

Menarik di dalam~

Monday, March 26, 2012

Kisah Ashabul Kahfi (Pemuda-pemuda Gua)



Kisah ini berlaku kepada tujuh orang pemuda pada zaman Raja Dikyanus yang sangat kejam. Suatu hari, Raja Dikyanus mahu membunuh dan menyeksa sesiapa yang mengaku beriman pada agama selain dari agama yang dianutinya. Kekejaman itu terserlah apabila berlakunya dialog antara raja Dikyanus dengan pemuda2 tersebut.
Raja Dikyanus: Apakah yang engkau ingin katakan padaku, setelah ramai di antara rakyatku takut untuk bersuara di hadapanku. Katakanlah....
Maka dengan beraninya salah seorang daripada pemuda2 kahfi itu maju ke hadapan. Beliau pun bersuara: “Aku ingin katakan, agama yg selama ini kau dan rakyat lain anuti adalah agama yg salah. Dan kami hanya menyembah Tuhan yg satu (Allah). Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi, kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari pada-Nya, jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”
Dengan wajah bengis, maka marahlah Raja Dikyanus. Raja Dikyanus mengarahkan mereka dipancung. Tetapi mereka sempat melarikan diri sehingga mereka dikejar dan akhirnya mereka bersembunyi di dalam sebuah gua. Apabila sampai di dalam gua, mereka berasa cuak dan risau, lalu mereka berdoa, “Wahai Tuhan kami... Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.”
Kemudian tiba2 mereka semua berasa mengantuk yang amat dahsyat. Lalu mereka semua melelapkan mata dan tertidur......
Selepas beberapa hari, akhirnya tentera raja Dikyanus sampai di gua tersebut. Salah seorang daripada mereka pun berkata: “Aku rasa mereka bersembunyi di dalam gua ni. Pergi tengok dalam tu, kot2 ada kesan jejak mereka.”
Mereka pun mara dekat lubang gua itu, ternyata mereka terkejut besar dan berasa gerun melihat seekor anjing yang matanya terbuka besar dan elok berdiri di hadapan gua itu seolah2 sedang menjaga dan mengawal pintu gua itu. Mereka pun berlari ketakutan dan meninggalkan gua itu.
Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun bertukar. Akhirnya bumi berubah wajah dengan beberapa kurun telah berlalu, iaitu 309 tahun telah berlalu. Mereka pun tersedar dari lena yang panjang...
“Hm, berapa lama kita sudah tidur?” Tiba2 salah seorang daripada mereka bersuara.
“Sehari kot, ataupun separuh hari...” Sorang lagi menjawab sambil menggosok2 matanya.
Tiba2 salah seorang daripada mereka bangun sambil mengurut2 badannya yang kebas sambil berkata, “Tuhan kita lebih menengetahui tentang lamanya kita tidur, sekarang apa kata kita utus salah seorang daripada kita membawa wang perak ini ke bandar, kemudian pergilah cari dan pilih mana-mana jenis makanan yang baik lagi halal (yang dijual di situ), dan yg pasti kita mestilah berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh semasa di bandar, dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari identiti kita.. boleh?”
“Boleh, kerana kalau mereka mengetahui hal kita, mesti mereka akan merejam dan membunuh kita atau mereka akan mengembalikan kita kepada agama mereka secara paksa dan jika berlaku demikian, kita sekali-kali tidak akan berjaya selama-lamanya.” Tambah salah seorang lagi daripada mereka.
Akhirnya mereka semua bersetuju dengan keputusan itu.

Sesampainya di bandar salah seorang yang sukarela untuk membeli barang itu pun beli barang dengan menggunakan wang perak tadi. Tetapi peniaga di situ hairan dan musykil. Beliau pun berkata, “Ini duit zaman dulu. Kenapa kamu masih simpan wang seperti ini?”
Pemuda kahfi itu menjawab, “Betul ke duit ini tidak laku? Habis, kamu semua guna duit apa?”
Lalu, lelaki itu pun tnjuk duit yg digunakannya, ternyata duit itu adalah mata wang yg tidak pernah dia tahu sebelum ini. Pemuda kahfi segera pulang semula ke gua.
“Kamu semua nak tahu, duit perak ini tak laku! Mereka semua sudah menggunakan duit baru. Dan baru aku perasan, semua suasana di sekeliling kita berubah. Ternyata zaman pemerintahan di sini juga berubah kerana aku terdengar mereka bercerita tentang raja di sini yg aku tidak pernah dengar namanya.” Bersungguh dia menceritakan kepada sahabat2nya yg lain.
“Jadi, kita sudah tidur terlalu lama, sehingga dunia sudah berubah???” bulat mata pemuda kahfi itu kerana terkejut.
“Subhanallah.... ini satu tanda kekuasaan-Nya yang maha besar.... Sudah pasti keluarga2 kita sudah tiada lagi....” matanya dipejam kerana terkenangkan ahli keluarganya. Mereka pun memutuskan untuk pulang dan keluar dari gua itu.
Apabila keluar mereka terkejut kerana ramai yang berkumpul di luar gua bagi melihat mereka. Rupanya cerita tadi sudah tersebar. Bahawasanya mereka adalah pemuda yg pernah lari suatu ketika dahulu dan telah mati dan sekarang telah hidup kembali. Jadi ke semua rakyat2 di situ berasa takjub. Mereka pun datang dan ingin melihat muka2 pemuda kahfi itu.
Selepas itu, ternyata sudah berubah, apabila mereka pula telah dikatakan tuhan dan dikurniakan keajaiban, akhirnya mereka dipuja dan disembah oleh rakyat pada masa itu.
Kerana perkara ini suatu syirik. Salah seorang daripada mereka bersuara, “Ya Allah, perkara ini tidak boleh berterusan, kerana ini semua syirik belaka. Sesungguhnya Engkaulah yg menghidupkan dan mematikan, maka matikanlah kami semua, supaya mereka smua berhenti menyembah kami, ya Tuhan....”
Maka Allah perkenankan doa mereka, akhirnya mereka smua dimatikan oleh Allah SWT....
TAMAT


No comments :

KHAZINATUL ASRAR~

copy this to your blog
Photobucket

Semoga bermanfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berbicara bersama...~